Bersabarlah duhai hati
Bila rakan2 memohon
Cadangan mereka ditolak
Bila kita berusaha nak dapatkan untuk mereka
Walaupun malu tapi kita tebalkan muka
Walaupun ramai tak setuju kita beri justifikasi
Walaupun ramai kata ada risiko berulang
Akhirnya dapat juga
Alhamdulillah
Bersabarlah duhai hati
Jika setelah kita penat berusaha
Akhirnya kita dilupakan
Tidak di bawa berbincang untuk memilih
Bersabarlah duhai hati
Bila kita mohon nak bawa orang tambahan
Sebab kita tahu takkan ramai
Katanya tak boleh
Bila kita dah sampai
Katanya boleh pula sebab tak ramai orang
Bila kehadiran kita dibiarkan
Bila tiba waktu puncak kita terus dipinggirkan
Walhal kita atasan mereka
Bila banyak lebihan
Katanya tak boleh sebab ada yg belum datang
Walhal lagi 5 minit waktu tamat
Walhal kita pun ada juga buat sesuatu....
Bunyinya memang macam mengungkit
Tapi bukan sekali ini berlaku
Banyak kali?
Kerap kali
Bersabarlah duhai hati
Janganlah sensitif sangat.....
No comments:
Post a Comment