Terkejut, geram, marah dan sedih bila mengetahui berita malam tadi.
Apalah nak jadi dengan anak-anak masa kini???
1. Seawal usia 11 tahun sudah tidak bersekolah
2. Pada usia muda telah terlibat dengan gejala yg merosakkan seperti mengambil ganja dan terlibat dengan jenayah.
3. Bukan hanya terlibat melakukan jenayah, malah merancang untuk melakukan jenayah yang menyebabkan kematian
4. Begitu mudah hilang pertimbangan hanya kerana perkara kecil.
5. Sanggup membuat khianat kerana dendam.
6. Di manakah sikap perikemanusian mereka?
7. Tidak terfikirkah mereka mengenai ibu bapa dan masa depan mereka?
Berikut adalah Tujuh fakta susulan penahanan suspek kebakaran Pusat Tahfiz...sumber dari Astro Awani
1. Kebakaran akibat khianat berpunca daripada tindakan ejek mengejek di antara suspek dengan penghuni asrama pusat tahfiz.
2. Semua tujuh suspek yang ditahan berusia di antara 11 dan 18 tahun dan tidak bersekolah.
3. Enam daripada mereka positif dadah jenis ganja dan dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan merusuh dan curi kenderaan.
4. Polis sahkan dua tong gas yang ditemukan di tingkat dua dibawa naik dari tingkat bawah.
5. Polis rampas lima helai seluar dan baju, empat topi keledar, tiga motosikal dan tiga telefon bimbit.
6. Pelajar tahfiz yang ditahan sebelum ini bukan suspek, tidak mengenali suspek dan terselamat daripada menjadi mangsa kerana tidur di surau pada hari kejadian.
7. Rakaman CCTV premis berhampiran bantu dalam memberi petunjuk terhadap penahanan semua suspek.
Jika ikut hati memang nak jika mereka ini terbukti bersalah, dihukum seperti apa dan bagaimana mangsa rasa. Tapi apa pula beza kita dengan mereka????
Maka, Kita doa2 yg baik-baik. Semoga anak-anak ini mengambil peluang yang ada semasa ditahan atau menjalani hukuman dengan memikirkan kembali sebab dan akibat tindakan melulu mereka, reflek diri dan insaf akan perbuatan mereka. Semoga mereka diberi petunjuk dan hidayah.
Semoga kejadian ini membuka mata dan menjadi ikhtibar kepada semua pihak terutamanya ibu bapa, masyarakat dan pihak berwajib. Banyak yg perlu dilakukan untuk mengelakkan pekara seumpama ini berulang lagi dan membendung gejala sosial dan jenayah dalam kalangan remaja. Memang memerlukan komitmen dan usaha pelbagai pihak.
No comments:
Post a Comment