Friday, September 29, 2017

Makcik Lebuhraya

Hari Selasa...
Perjalanan di lebuh raya
Berhenti di Hentian Sebelah
Masuk tandas
Then nak touch up

Makcik:Cantik baju
Me: Terima kasih
Makcik: Nak pergi mana
Me: Nak pi....
Makcik: Dari mana?
Me : Dari ....
Makcik: ##%+?
Me: Haah ya
Makcik: Owh kerja ....lah ye
Me: 😁
Makcik: Haritu ada gak ....katanya nak pi ....
Me: Samalah makcik
.....
.....
.....
Makcik: Itulah anak makcik minat sukan. Sekolah Sukan...nak masuk Sukma. Tahun ni form 5. Nak sambung belajar....Tapi tulah tak cukup.... Zakat tak dapat pulak kali ini. Tadi sembang dengan kawan kat luar pasal tulah. Haritu ada datin datang nampak kasut sukan teruk sangat. Dia sponsor kasut tuh...
Me: Anak makcik sekolah mana?
Makcik: sekolah.....Dia nak sambung belajar
Me: Sambung mana?
Makcik: Form 6 kot....
Me: Anak makcik berapa orang?
Makcik: 7
Me: semua masih sekolah?
Makcik: Taklah...ada yg kahwin ada anak...bla...bla..mengandung...jatuh...Pakcik dah takde masa 45 tahun...Itu yg susah. Nak beli modes sukan pun tak cukup...
Me: Makcik ambillah ni....ni je yg ada
Makcik: Eh tak payahlah...
Me: Tolonglah ambil makcik...
Makcik: Terima kasih ya...
....
....
Makcik: kaki makcik ni bengkak. Sakit nak pakai kasut. Tapi tak berani nak pi klinik
Me: Memang bengkak tu. Janganlah biar je. Pilah klinik utk check....oklah makcik saya kena pergi dulu ya.
Makcik: Terima kasih ya...elok2 ya....

Begitulah
Kisah di lebuhraya
Baru SATU kisah orang yg memerlukan kita dengar
Bukan untuk menunjuk2
Tapi sekadar untuk berkongsi pengalaman
Walaupun teragak2 untuk menghulur bantuan
Kerana di dalam purse hanya ada sedikit sahaja
Risau tak cukup untuk belanja sendiri
Bagaimana nak makan utk 2 hari, isi minyak
atau jika sesuatu berlaku?
Tawakal je lah...hulur hampir separuh dari yg ada
Macam tak percaya....
memang cukup belanja makan
Tak perlu isi minyak...
I pun tak larat keluar pi shopping or pusing2
Hujan lebat pula
Tiada kesempatan nak withdraw duit juga
Tetapi setelah dua hari kembali masih ada lagi baki separuh....
Seolah duit yang tinggal tu tak luak pula
Alhamdulillah....






No comments:

Post a Comment