Tuesday, November 27, 2018

PEMBONCENG, PEMONTENG DAN PENGHALAU

Semalam si penyampai dah pesan
Apakah tugasan?
Apakah tindakan?
Semua disenaraikan

Di kala kalian hilang tak dikesan
Di kala kalian enak menikmati kudapan
Kami jenuh membuat sumbang saran
Akhirnya mencapai persetujuan

Pagi ini si kepala hebat dengan idea
Sepertiga bahan telah tersedia
Kami berdua menurut sahaja
Bahan lain ditambah kemudian pula

Tiba-tiba muncul seorang datang bertanya
Melihat-melihat lantas ingin turut serta
Kemudian datang dua yang lain pula
Ingin turut serta dengan selamba 😰

Eh! Datang yang lain juga
Muncul entah dari mana
Muncul yg lain pula
Lagi pelik dari sebelah sana

Susahnya orang tak faham bahasa
Logik akal entah ke mana
Dah nampak kami ramai anggota
Kenapa tetap dijadikan mangsa ?

Apa masalahnya kalau berusaha?
Terapkan dalam bidang sendiri sebaiknya
Ada empat kumpulan lain di sebelah sana
Kenapa di sini jadi tumpuan mereka?

Di kala kami sibuk merekacipta
Hanya dua orang yang bersama
Yang lain entah ke mana...
Kami sengsara kamu bersukaria

Di kala aku berkejar ke sini sana
Kotak multibahagian sempat ku bina
Papan warna turut disedia
Set lengkap kiranya

Di kala aku menambah rajah bewarna
Kalian entah di mana
Di kala aku menulis semula
Yg nak bantu tak faham pula

Yang buat lagi kecewa
Si kepala menerima sesiapa sahaja
SI PEMBONCENG dan SI PEMONTENG diambil kira
Jika baik hati pun perlulah persetujuan bersama

Hati sakit memang terasa
Bukan berkira
Berkongsi ada caranya
Bukan hanya muncul bila tiba masanya

Si penyampai tahu siapa yg buat kerja
Tapi bila ditanya buat-buat tak faham pula
Belajar tinggi common sense tiada
Selain temboknya muka 😅

Tu tak masuk kisah lain pula
Pada hari sebelumnya aku tercari-cari anggota
Kerana kroni aku dipinggir dan dihalau juga
Memang sampai hati dia....

Walau memang sukar
Segala yg negatif perlu dihindar
Ada hikmah yang keluar
Tanpa disangka kami juara diwar-war 😍









No comments:

Post a Comment