Showing posts with label korean drama. Show all posts
Showing posts with label korean drama. Show all posts

Monday, January 31, 2022

Sad and Unsatisfying Ending

Snowdrop....
Who follow this kdrama?

Last month asyik keluar di IG
Tertarik utk tonton
Tapi ada terbaca ada pihak yg protes drama ini
And cuba untuk hentikan tayangan
But biasalah kejap nak tengok
Kejap tak nak

Di youtube pastilah tiada yg complete
Memang ada pilihan utk tgk at certain k-drama website
Tapi mcm kena download apatah
After all ikut kebiasaan terdahulu byk iklan

Promo di astro pun ada
Tapi dalam disney hotstar
Tapi I dah terlepas tarikh utk activate
So biarlah je la...

Tiba2 I dapat mesej dari astro on saturday 22 jan
Kata i belum activate that free package
Benda free jgn ditolak 😅
Bila tgk package ni biasa je
Ada movie+drama lama+baru
But pastilah pilihan yg sikit saja
Whateverlah...
Yg penting boleh tonton yg nk ditonton


Maka, last weekend bermarathonlah I menonton
Sehinggalah cuti thaipusam till ep 13
Lepas tu padan muka tertunggu ep 14

Hari sabtu 29 jan my schedule was packed
Apalagi hadap customerlah 😅
10.30am-2pm
4-6.20pm
8.30-11.20pm
So 30 jan pagi baru dapat tonton ep 14
Tertunggu2 lah ep15
Only dah nearly midnite baru ada ep15.
Bila habisnya je tonton on 31 jan 1.30am
Eh...ep16 dah ada....
Maka, at 3am tamatlah sudah my new addiction
Walaupun expected ending
But still sad and unsatisfying ending
This feeling just like watching ...
the ending of Scarlet Heart and The Red Sleeve


#BDP01022022



Tuesday, October 26, 2021

Reminiscing Winter Sonata

 Lately dok dengar lagu BTS, Adele, Christina Perry, Celine Dion and Maher Zain je....

Tiba2 semalam teringat k-drama dedulu,  Winter Sonata



Malam ni teringat pula Autumn in my heart.



Tapi lupa jalan ceritanya
So googlelah....
Sambil baca sinopsis 
sambil dengar OST
Tak semena2 rasa sebak 
Berjuraian air mata
😭😭😭

Dah kenapa???
Emosi sangat???
🤦‍♀️😅😁🤣


Thursday, August 3, 2017

Percaya dan tast tu biar berpada-pada

Siapa ikut kdrama Queen of seven days?
Mesti dah naik menyampah with Lady Shin.

Masa dia kecik tiba2 dia tak mengaku, akibatnya si prince kena singkir kot.
Bila prince kembali, dia pi beritahu king yg memang nak prince mati.
Dah tau king tu kejam, tetap percaya dengan si King. Tapi degil tak ikut kata prince.
Terbaru...bila ada pemberontakan untuk guling kuasa king yg kejam, si prince suruh dia pi selamatkan parentsnya. Tapi dia pi ikut king bersiar waktu malam..
Parentsnya pun tak bertempat taat, dah orang tak benarkan keluar rumah, tetap nsk keluar jumpa king. Kan dah kena bunuh.
Akhirnya Prince jadi King, the old King kena desposed.
Lady Shin jadilah Queen.
Tapi dalam latest spoiler dia nak bunuh her husband the new king coz the death of her parents.
Tak cukup dengan itu dia pi lepaskan the old King.
Hmm...taat ke bebal 😅😅😅.

Yang aku sibuk bebel dah kenapa?
Tidurlah awal.
Esok nak out station 😁😁😁.
Tadi dah pulun clearkan yg serabut at master bedroom and guest room.
Then packing for tomorow.
Cuma belum susun stuff in working bag.
Alamak! I have yet to book the hotel.
Minyak tak sempat isi tadi.
Master card Bank Islam belum set pin
Visa card belum activate.
Kereta pun tak bersihkan and check.
Semoga semua urusan dipermudahkan dan dilancarkan perjalanan.

Sunday, May 21, 2017

Jumpa macam-macam

Rasanya minggu ni sangat tak aktif dan produktif. Memang tak larat especially semalam. Hari ini konon nak buat macam2 tapi hmm....camtu jugak. Konon nak lipat baju. Tapi lipat sikit pi dapur pula. Basuh pinggan sikit teringat peti sejuk. Hah! Oklah bersihkan peti sejuk dulu. Ternampaklah pulak rak sebelah. Ok kemas juga. Barulah sambung basuh pinggan dan bersihkan stove and table top. Tapi hangin je tengok tahi cicak sana sini 😠😠😠. Then sambung lipat kain sambil tengok Melodi. Then melepak dan melepek depan tv 😅😅😅. Oklah tu kan ada juga perkembangan jugalah 😅😅😅. Sat gi menyapu downstairs, jemur kain dan kemas upstair pulak ya....

Masa mengemas jumpa macam2. Bekas ikea yg tak pernah dibuka plastik dan diguna, bekas almond yg jatuh terbalik belakang tumbler. Mug kitkat yg tak pernah dikeluarkan dari kotak. Hah! Yg ini saja gandingkan dengan kitkat tray 😍😍😍


Nihah beli mahal2 tapi lupa nak makan.


Tapi pelik dua2 dah berubah warna. Tapi yg protein drink tu expiry datenya 2018....



So, lepas ni kena fikir sebelum beli. Hmm...doktor kliniklah ni. I yg bendul mengikut je 😅😅😅.

Dah nak puasa ni eloklah review my lifestyle and time management. Luckily all recorded kdrama yg I suka dah habis tengok....Greatest love dah habis tengok masa cuti 2 minggu lepas. Great wives hari khamis lepas kot...But how la...tiba2 esok malam ada Hati Seorang Cinderalla ek...








Monday, May 8, 2017

Hati Sayu....

Pagi tadi sampai ofis around 9.30am
Tapi hati macam tak tenang
Fikiran adakala buntu
Adakala fikir macam2
Kerja tertangguh dan yg mendatang

Apa yg penting
Dahulukan yg perlu segera
Apa yg patut ditandatangan
Apa yg patut disahkan
Senaraikan semua yg perlu dibuat

Pi mesyuarat tp kurang fokus
Balik ofis semak minit mesyuarat unit kami
Rasa nak hangin je
Ni minit mesyuarat atau laporan perbualan

Di kala serabut
Ada pihak yg perlu bantuan kami
Tapi demand itu ini
Asyiklah datang mengganggu
Senang ada kabel besar
Arah itu ini
Tak faham2 terang byk kali
Baguslah aniaya kami
Kerah kami
Ambil masa kami
Tapi yg dapat nama hanya ko
Tapi yg dapat mata hanya ko

Bila balik rumah
Seperti ada sesuatu yg terbuku di hati
Bila rehat
Tontonlah Saimdang
Episod akhir.....



Perpisahan yg sukar
Bergugurlah air mata
Berselang seli....
Antara tragisnya kisah mereka
Dan kisah diri sendiri.....

Apapun rasa lega
Bila dapat melepaskan
Sesuatu yg tak diketahui
Yg bikin hati sayu.....
Fikiran kosong ....

Kerana itulah aku kurang suka ke mana2
Atau beramai2
Masa di sana hingar berborak
Atau hanya jadi pemerhati
Masa di sana seronok bagai nak rak
Atau rasa terpinggir
Apapun yg berlaku
Bila balik mesti rasa ITU datang

Apapun hidup perlu diteruskan
Syukur dengan apa yg ada
Dan nikmatilah....