Pagi tadi sampai ofis around 9.30am
Tapi hati macam tak tenang
Fikiran adakala buntu
Adakala fikir macam2
Kerja tertangguh dan yg mendatang
Apa yg penting
Dahulukan yg perlu segera
Apa yg patut ditandatangan
Apa yg patut disahkan
Senaraikan semua yg perlu dibuat
Pi mesyuarat tp kurang fokus
Balik ofis semak minit mesyuarat unit kami
Rasa nak hangin je
Ni minit mesyuarat atau laporan perbualan
Di kala serabut
Ada pihak yg perlu bantuan kami
Tapi demand itu ini
Asyiklah datang mengganggu
Senang ada kabel besar
Arah itu ini
Tak faham2 terang byk kali
Baguslah aniaya kami
Kerah kami
Ambil masa kami
Tapi yg dapat nama hanya ko
Tapi yg dapat mata hanya ko
Bila balik rumah
Seperti ada sesuatu yg terbuku di hati
Bila rehat
Tontonlah Saimdang
Episod akhir.....
Perpisahan yg sukar
Bergugurlah air mata
Berselang seli....
Antara tragisnya kisah mereka
Dan kisah diri sendiri.....
Apapun rasa lega
Bila dapat melepaskan
Sesuatu yg tak diketahui
Yg bikin hati sayu.....
Fikiran kosong ....
Kerana itulah aku kurang suka ke mana2
Atau beramai2
Masa di sana hingar berborak
Atau hanya jadi pemerhati
Masa di sana seronok bagai nak rak
Atau rasa terpinggir
Apapun yg berlaku
Bila balik mesti rasa ITU datang
Apapun hidup perlu diteruskan
Syukur dengan apa yg ada
Dan nikmatilah....
No comments:
Post a Comment