Thursday, May 4, 2017

Halangan berbuat baik 4.0

Siapa yg tak mahu berbuat baik?
Siapa yang tak mahu membantu orang yg memerlukan?
Siapa yang tidak kasihan?

Adakalanya kita pun agak terdesak
Bukan tak mampu
Bukan tiada sumber lain
Cuma yg mudah digapai itu tiba2 terhad
Tiba2 banyak yg perlu dibayar
Di kala itulah perlu balik kampung
Di kala itulah ada yg perlu dibaiki
Di kala itulah ada yg perlu dibeli
Sabtu lepas ada yg nak pinjam bayar sewa rumah
Hari ini ada yg memerlukan untuk balik menziarah orang sakit

Pilihan kita
Nak beri atau tak?
Jika beri, takut tak cukup yg tinggal
Jika tak beri, kasihan

Fikiran kita
Mereka berkata benar atau bohong?

Terlintas juga di hati
Betulkah seperti dikata rakan sekerja?
Masih terngiang2 senyum dan tawa mereka
Masih terasa pedihnya hati dibuat begitu
Adakah saya mudah jatuh simpati?
Adakah saya mudah percaya kata2 org?
Atau senang cerita saya mudah ditipu?

Fikir kali kedua
Kita bantu kerana Allah
Kerana kita memang nak bantu
Kita puas dapat ringankan beban orang
Kita seronok untuk gembirakan orang
Tak perlu risau cukup tak cukup
Cubalah menguruskan sumber yg ada sebaiknya
Perlu percaya pada rezekiNya
Dalam sibuk buat kira2...tiba2 ada rezeki yg datang misalnya passive income....
Nikmat yg manakah nak kita dustakan
Dan jika mereka menipu biarlah mereka tanggung akibatnya
Kita cuma perlu berhati2...




No comments:

Post a Comment