Showing posts with label my trainee. Show all posts
Showing posts with label my trainee. Show all posts

Friday, March 2, 2018

Buatlah: Degil

Should I say
Kacang lupakan kulit
Pernah jadi trainee I dulu

Dapat pula bertugas sekali
Then berpisah
Then kembali bersama

Bila I di atas pun
Dia dah berani tunjuk belang
Memanglah dipertikai bila disuruh prepare document
Tapi copy paste kerja orang
So apa yg ko buat
Lepas tu buat muka dan cakap dgn nada protes

Semalam paksa-paksa I buat dokumen inspection. Memanglah salah I coz lewat.
Sepatutnya diskus tapi I pun lupa
Lagipun jadual pack sangat semalam.
Tapi perlu sama2 saling mengingatlah

Alih2 dia mesej tanya ada kesilapankah
Dah tu dah nampak silap betulkanlah 😅
Awat nak tanya2 pula
That reminds me of that we discuss to ensure the consistency....
Tapi katanya nak outstation today
Oklah tak boleh next weeklah...
Katanya tetap nak proceed juga coz dah mula 😅....
Tugas I to coordinate
Tapi orang dah decide tak mau ikut, terpulanglah....
If anything ko tanggunglah ya...
Yelah bila berseronok itu jadi keutamaan
Berseronok guna duit sendiri tu masing2lah
Ni berseronok dengan menyalahguna
Dengan famili lagi....
😱😱😱😱

You see when we are no one
Our ex trainee pun bolayan
Terguris hatiku...
Berkatkah ilmu yg dulu tu ya????


Friday, May 12, 2017

Nonstop n nak meletop

Seriously penatlah
Asyiklah out station
From 28 april to 4th may
Kena pergi macam2 tempat
Yang waze bawa ke ceruk mana
Pusing keliling memang tak hairan
Yang susah nak cari parking tak perlu cakaplah
Tempat yg ada kawalan keselamatan ketat pun ada
Kereta kena parking luar
Dah tu guano aku nak jln jauh dan mendaki bukit
Dalam keadaan panas, debu dan lecak?

Bila balik ofis definitely piling of work
And appointment, meeting, workshop definitely not included....
Dalam semput...
Tiba2 semalam dapat info kena pi outstation lagi 😭😭😭
Perlu cari peserta lain juga
I memang tak suka keluarkan arahan
Lagi2 last minutes
Habis ko ingat orang suka?
Dah inform ada info yg tak diketahui pun ada yg tanya juga
Ada gak konon ada aktiviti lain
Dah lama approve
Ko tak dapat pi ko cari pengganti
Ko tak dapat cari pengganti ko boleh pula suruh boss assign sesape
Cantik muka ko...
Senang cerita ko siapkan kerja awal

My trainee dah la takde rasa tanggungjawab dengan diri sendiri
Biar je...tak kisah je....
Akibatnya rugi masa dan duit
Banyak kali nasihat dan pesan
Banyak kali tolong dan habiskan masa untuk dia
Tapi tak berubah
Dah ku hamun last monday
Pulak semua kerja perlu terangkan betul2
Tiada common sense
Perlu buat demo
Perlu tunggu dia buat satu sampel
Kena pantau
Jika tak buat semua tu...akibatnya kena ulang byk kali
Habis tu bila kerja aku nak siap
Suppose them membantu kami
Bukan menyusahkan...
Kerja mudah je tapi tak boleh fikir
Yang terbaru ...ada pihak beri dokumen yg dimasukkan dalam banyak envelope yg tertera nama banyak companies. Tapi tiada nama penerima. So di suruh tulis nama penerima di bahagian ATAS alamat. Aku cakap dan aku tunjuk.
Alamat tak lengkap semak dan baiki.
Guess what ???
Petang tadi ada envelopes yg dipulangkan
Kenapa???
Kerana alamat tak lengkap
Guess what apa aku nampak???
Nama penerima di bawah alamat
Dengan tulis entah apa2
Senget benget 😠😠😠😠
Aduhai malulah kami pada companies tu
You see why I bebel even benda kecik?
Benda kecik pun dia tak boleh fikir dan buat
Even aku dah cakap dan tunjuk
Belum lagi kerja yg aku tak tunjuk 😭😭😭
Ni baru satu contoh
Belum lagi yg lain
Perangai gini rasa2 ada orang nak terima kerja?
Kalau dapat pun, silap haribulan tak sampai seminggu dah kena terminate....
What is happening to our younger generation?
The sad truth 😰😰😰😰






Wednesday, June 29, 2016

Cicipan malam...

Konon moreh lah tu


Nachos+guacamole hantam sajalah...

Moreh semalamlah tu. Untuk buka, I beli nasi lomak+ayam rempah+sambal kerang+kacang botor....


Menu berbuka hari Isnin leftover ler 😂😂😂.


Udang kunyit+pajeri nenas+jering....
Kuih apatuh..yg bersambal tu beli lah...

Isninku...
Hari yg kalut...eh!ada ke hari yg tak kalut n bz??
Sibuk buat itu ini
Trainee yg buat hal tu tau pulak datang
Lepas tu tiba2 ada org call nak jadi my trainee
Apa ko takut dgn singa ni????
Tengahari mesyuarat dgn customer
Balik ofis 4pm sambung buat kerja lagi...

Selasaku
Sediakan form utk customers
Tghari jumpa them
3.30pm mesyuarat dgn second boss
Ok reminder utk our new project.
Boss kata jgn buat sorang.
Ada kes customerku....pening...kena buat report.




Sunday, May 22, 2016

Bila lambku rentung ...


Tu menu last nite ...
Rentung pada rupa, tapi rasa tetap ok. Cuma mgkin dah dekat sebulan dibeli, kali ini rasa perapan tu kureng ...Sayuran hijau tiada, so guna jelah saki baki carrot dan mushroom in can.

Tengoklah menu sarapan pagi sabtu tak sedar diri...
Leftover kfc fried chicken n pizza hut chicken drummet...


But the fried chicken was so fulfilling. I ended up eating the drummet for lunch. Yesterday is lazy day ....I didnt do anything except washing clothes and cleaning kitchen.

So, this morning I gotta lots of things to do. Checking my trainee work for 2 hours, washing clothes, cleaning my living room and dining area as well as the porch. Later, I got discussion with my trainee and went to check my friend's house and cleaned her porch.

And from 1-3.30pm I just lying down on the sofa. Too tired to do anything, pain in arm and I got headache.

Hope that I manage to mop the floor and fold my long abandon piles of clothes. Owh...update the document for new project as well.

Update 8pm:
Did I mop the floor?
😆😉😉😉
Did I fold my clothes?
Hmm...my friends came to visit 😅.
So will try to update the new project document.
Now kekenyangan mkn sotong+bihun+2 glases of mango n dragon fruit juice.
Lagi 1 jam Clever Malaysia.
Dissapointed to see the sabahan n malacca girl out of the competition.
So, really hope that those who never out of the competition will win...Mary and Jane? Not my favourite...but hey deserve it...they survive from the beginning to the end, not those who been out and back due to people voting....
Really clever or people choice???
Clever girl or Lucky girl?







Monday, May 9, 2016

Semuanya nak cepat...

Bila brekky beehun, maka makanlah ni for lunch


Luckily bawa bekal, otherwise memang tak sempat keluar. Working nonstop from 8.50am-6.50pm.

Asal nak cepat, PA I bermesyuarat
Asal PA bermesyuarat, I nak cepat
Habis bila kerja I nak siap???

Asal nak cepat, ada tugas baru pula
orang atas nak cepat
Kalau nak cepat, mintalah awal
Bukannya pagi ni minta, esok kena bentang
Habis, bila I nak tido???

Asal nak cepat, colleague tak beri kerjasama
Buat tak nampak emel
Yang nampak emel...
- request macam2
- tak baca arahan
- tiada common sense
- berkokok di WA ...memang ratu
- tak faham atau mengada-ngada
- dah pesan, pun berkokok lagi

Asal nak cepat, kena tumpu pada trainee
Geram pasal terhegeh-hegeh
Tak boleh terima banyak arahan
Kena cakap satu berulang kali
Dah siap, baru boleh mula tugas lain
Takkan hari-hari I nak spend masa nearly 2 jam
- beritahu apa yg perlu dibuat
- ingatkan apa yg diselesaikan
- semak kerja dia
- baiki kerja dia
- suruh dia update depan mata I

Asal nak cepat, ada yang ambil kesempatan
Banyak alasan
Versi pertama takde, ok dah suruh letak
Versi kedua pun takde, ok komen lagi
Versi ketiga...ok ada. Tapi bukan dlm dokumen utama 😠😠😠😠.
Versi pertama tiada kriteria, dah pesan masukkan
Versi kedua, apa bezanya dengan terdahulu?
Versi ketiga, ...4-5 perkataan je?
Perkataan, bukan ayat?
I had enough
It is up you
You are responsible for your work

Asal nak cepat, printer rosak!!!
Bukan satu, bukan dua, tapi TIGA !!!

Sekian luahan ....
Aku tak kira, aku penat, aku ngantuk, aku nak tidur
Sejam bangun semula.


Friday, April 15, 2016

Bila stress lagi....

Bila banyak sangat kerja, tak tahu mana yg nak didahulukan....datang pula kerja yg due datenya esok hari. Maka, senja khamis on the way balik rumah beli I singgah beli ni


Awal pagi jumaat I siapkan perancangan struktur untuk junior customer, alih-alih sampai ofis bila baca e-mel ada info terbaru pula. Tak ke kerja sia-sia gara-gara info yg tak seragam. Dah la nak semuanya cepat. Pulak tu kalut nak key in plan for super junior customer. Due date jumaat. Stress!!!...I pi kemas and decorate meeting room. Agak terasa hati my trainee buat kerja mengelap, membalut dan menyusun, tapi tak pandang pun mata I when I was talking to him. Mesti merajuk dimarah pada petang khamis kerana utamakan kerja org lain dari kerja yg I suruh. Bersabar jelah dapat trainee gini 😀😀😀