Monday, July 5, 2010

Tak suka orang selfish

Sebelum aku membebel pasal selfish ni...layan je la dulu, makhluk-makhluk yg suka makan fish ni...
Kenapa membebel ni????? Biasalah dengan perangai manusia yg pelik-pelik ni...

Well, haritu punya trip bengang dengan orang yg selfish n sangatlah kedekut bukan sahaja dengan duit, malah cameranya. I mean kalau kita pi sesama, tak kisahlah nak share makanan pun. Yang peliknya, kalau makanan kita dia makan, malah tak sabar2 nak habiskan walaupun kita ingat nak simpan lagi. Dia punya makanan hmmm......ada kami rasa ke???? Lagi kesian ada adik tu dah belanja kami mocha ngan choc cake, then belikan donut for breakfast n belikan sauce for lunch....tapi bila adik tu nak tumpang camera si kakak ini n nak menengok kembali gambar yg dah di snap...bole minah ni tak bagi. Bateri camera aku pun dah weak, tapi adakalanya aku tolong gak snap gambar adik tu n tunjuk hasilnya...tawakal je la kan. Yelah kita pergi sekali tu je..klu boleh naklah gambar terbaik. Pulak tu, bila adik tu nak pi pantai dia tak nak, padahal dia pi shopping lelama tu boleh pulak...tak ke selfish ke namanya...

Lagi sedih n bengang, masa kat airport...Yelah, kalau dah flight pukul 8.55, takkan kita awal sangat 7.30am nak pi boarding area tuh. Lagipun bukannya ramai orang pun. So, bila dah check in, aku belum la lagi nak masuk ke boarding area tuh...takkan aku nak buang jus dan buah aku. Baik aku perabih dulu...Dia tak sabar2 nak masuk. So, I told them to just go ahead..kalau nak masuk, masuklah dulu. I wanna finish my food n drink. Guess what..memang tak sangka depa masuk je n left me alone behind....What??? I just say it....sampai hati kan..........Hehehe, salah aku jugak kan, apahal nak kecik ati...dah aku suruh depa masuk dulu. Tapi nilah first time aku jumpa kengkawan yg sangat selfish...Padahal, memang kena tunggu gak dalam boarding area tuh hahaha...lagipun bukannya jauh cam KLIA tu sampai kena naik train. Ni kat bilik sebelah je hahaha...belakang kaunter check in.

Trip kali ni pulak, pun ada gak manusia pelik...dia takde masalah ngan camera dia, tapi nak tumpang camera kita. I pun tak kisahlah, kita take turn guna camera masing2...Tapi memory card aku dah full, tu yg aku kena buang gambar sesikit. Tapi dia gedik jugak nak guna my camera. Not only that suruh ambil banyak kali. Bila time aku punya turn...memory card full sekali lagi. Bengang tak, dia tak mintak maap. Lagi bengang buat muka selamba. Masa dia sibuk posing ngan camera dia pulak. Kita terkial nak mendelete gambar....Bila kita ambil gambar kat satu area tuh..kadang2 kita nak ambil gambar sorang, dia suka sangat nak nyibuk nak join sekali..padahal bila dia sorang, takde pulak kita nak nyibuk. Lagi bengang bila kita dah ambil gambar depa, patutnya turn depa lah amik gambar kita kat situ..boleh depa tinggal kan je kita kat situ terkulat2........Ingatkan buat perangai sekejap je, hari berikutnya pun buat hal lagi. Dah tau my camera battery already weak, still nak tumpang camera I, padahal dia berlagak dia ada bawak extra battery for her camera. But still, layan je la. My camera pun pelik, kejap 1 bar battery, kejap 2 bar battery. So, masa on the way home, aku pun saja tangkap gambar sunset and memang battery sign blinking. So, aku cecepat switch off the camera. Sebab bosan, aku try bukak balik..ok pulak. dah tau takkan ambil gambar lagi...aku pun tengok balik gambar2 yg telah di snap. Boleh minah tu cakap- tahan lagi batteri kamera akak ya....Apasal nak sindir2 pulak. Bengang la kot, coz aku tak kasi sangat dia guna sangat my camera...lagipun dia ingat aku tipu la tuh. Lantaklah la kan janji I'm telling the truth.

Kenkadang kita suka suka gambar candid, tapi dia purposefully kacau dengan berposing...Not only that, bila kita nak capture certain moment, yg kita rasa menarik...dia boleh tetiba melompat depan my camera....sakit hati!!!!!!!!!! As a result of course I miss that moment...yg nampak hanya gambar kapla dia...Come on u r not 7 or 17 anymore, but 27...tak fikir perasan org lain. Hmm..tapi mungkin aku pun camtu gak...dah 30an tapi masih terlompat2 n terkinja2 lagi yg buat orang heran jugak kot..

Pasal gambar pun satu hal, kalau dia suka gambar dia besar2, tapi tak nampak pemandangan..tu suka hati dia lah. Ni bila kita dah setkan camera, dia tinggal nak tekan je...still nak ubah2 jugak. Sesudahnya amat sakit hati, bila tengok gambar dia yg kita ambilkan oklah ada gambar dia dari hujung kapla ke kaki dengan pemandangan sekali...Bila tengok gambar kita, dahlah dekat sangat, kaki tak nampak...pemandangan yilek!!!! Padanlah muka aku kan, sape suruh dia. Next time kenalah beli tripod........kalau tak jadi ke, tak puas hati ke kat diri sendiri je. Psst....adakah aku jahat kalau aku pi delete gambar dia tuh..wakakaa...sebab tak puas hati gambar dia yg aku tangkap tu cantik.

Pulak tu, guna barang kita...punyalah lama, sampai kita kena jemput pulak. Bila kita dah guna, mintaklah dia hantar ke dapur, in case orang lain nak guna...coz I nak bersiap, boleh dia kata dia dah malas nak ke dapur....Tapi at last, pergi jugak ke living room yg sebelah dapur tuh...Sebelum tuh tak tolong basuh pinggan/periuk pun. Dahla lambat kuar nak menolong ke dapur, alih2 sampai je dining room terus ngap makanan dulu. Aku yg dok mengadap memasak menyiapkan makanan tu pun tak sempat nak ngap lagi. Tatkala orang lain sibuk mengangkat barang nak balik, dia pulak pi sibuk bergambar..mestilah orang kuat rombongan cik kiah bengang kan, dahlah penat drive, masak etc...Bila disuruh ambil makanan malas. Konon tak lapar lagi. Tapi kesian lah driver dah lapar sangat. Time ngangkat barang makan nak yg ringan je. Tapi dengan tak segannya, boleh dia memula2 makan dulu. Ko iya pun, bagilah driver yg kepenatan dan kelaparan makan dulu. Takpun dahulukan lah tukang masak or bebudak lelaki dulu. Pulak tu, dah makan tinggal je pinggan tuh atas meja, kemas la. Rasanya masa berhenti makan pun kat cafe pun camtu. Tergedik2 minta knife n fork. Tapi tak guna pun. Then, dia boleh biarkan plastic knife atas meja, bukannya nak pi buang. Kat bilik pun camtuh...tisu2 yg dah berguna n ada kesan darah jerawat dia pun, dia boleh biar atas meja...Malulah kalau ketua rombongan check bilikkan...perempuan pulak tu. So, sape yg nak pi kutip n buang...haku jugak. Aku pun satu hal, sanggup pi buang semata-mata tak nak dituduh pengotor...yelah kami share bilik kan. Mana depa tau sape yg buat...depa aim semualah kan. Konon masuk toilet gelilah, rasa nak muntah la bila masuk toilet yg kita dah guna. Kita tak basuh dengan airlah. Mana dia tau kita ada wet tissue or not. Padahal kita sebelum kuar toilet siap dah check banyak kali n lapkan the top of toilet seat . Sebenarnya sape yg pengotor. Takkan I nak guna botol air, then minum guna botol air tuh????? Then dengan kurang ajarnye pi percikkan air dari botol yg dah diletak dilantai toilet tu kat aku...dengan pi sandarkan botol yg basah tu kat kaki aku...

Kan tak baik cakap pasal orang, mengungkit etc....tapi geram sangatlah..menyampah dan tak tahan dengan perangai manusia ni..ish......Tapi, aku kena muhasabah diri gak. Aku pun salah gak. Aku pun bukannya baik sangat. I mean mesti ada sikap n perangai aku depa tak suka. Cara aku bercakap n tegur depa dan tak suka cara depa tu mungkin obvious sangat. Meaning that..aku ni kureng communication skill...tak tahu camno nak tegur orang, kalau kita tak berapa berkenan dengan perangai depa, pepandai la kan cakap elok2..ni so obvious. Tapi susah nak cakap orang tak faham bahasa ni. Buat ikut suka dia je n ala2 muka tembok. Memang bagus take things easy..but sometimes kena pikir gak pasal orang lain. My prinsip is aku tak suka nyusahkan orang, and hopefully orang tak nyusahkan aku gak. Tak kisah orang nak mintak tolong...tolong selagi mampu, tapi takdelah sampai aku yang terkorban.......Rasanya, dedulu aku pernah cakap kan..kalau kawan tak nak berubah, akulah yg kena berubah...lebih sabar dengan orng cam gitu n cuba mengawal diri n memperbaiki kemahiran berkomunikasi...supaya orang yg tak reti bahasa tu, boleh jadi reti bahasa hahaha...

Thursday, July 1, 2010

MoRE and More WeiGhT.......

Pagi semalam, tak tahu nak masak apa buat bekal. Memula ingat nak beli je. Tapi mahal pulakkan. Nak buat omelette, telur pulak dah habis. Tetiba teringat ada roti naan instant...apalagi terus je masak chicken curry pepagi buta hahaha...Campak je semua bahan dalam periuk, tiru style my sri lankan housemate-ayam, curry/chili/tumeric/black paper powder, bawang, halia, pes asam jawa, air...tak yah letak minyak n santan. Tapi termasam pulak, hahaha terpaksa letak gula...Hmm ada ke org masak kari letak gula. Bila tengok banyak kuah, pi gatal tangan letak tepung jagung...sesudahnya pekat la pulak cam ni ha..........

Pagi tadi pun, buat bekal ni jugak....Cuma bila malam, macam suka nak makan benda goreng2 la. Macam dinner tadi teringin nak makan cekodok. Jenuh nak pi lenyek pisang yg tak berapa nak masak lagi tuh. Pulak tu tepung pun tinggal sikit sangat. Dapatlah sikit je cekodoknyer. Jadilah, asal boleh rasa. Hari selasa pulak pi buat jejemput bilis...pi gatal letak tepung beras...hambik ko...keras pulak jejemputnya, lagi parah ikan bilis liat. Yg penting habis den tolan hahaha.
So, kesimpulannya...I put on MORE WEIGHT huhu...now 45.5 kg. Dari 43.5kg konon nak turunkan ke 42kg, lagi bagus 40kg. Hmm sesudahnya...naik ke 44.5kg...45....45.5....Kena kasi turun balik, jangan lepasi angka 45 tu.........

Psst..tadi call my abah..Biasalah dia tanya pasal study camna. So, ceritalah pasal pakcik dah pindah Adelaide n mungkin kena stop my second project. Dah borak macam2..tetiba dia tanya soalan yg dia tak pernah tanya...mungkin dulu dia pernah tanya, but maybe it didn't sound serious like this time.........Rasa sebak pulak. Nak buat guano kan. What can I say...Insya Allah. Memang nak nangis pun masa tu...so, aku cecepatlah end that call....

..............................my work...............................................

Tadi, aku dah senaraikan apa yg aku dah buat n resultnya dan juga apa yg patut aku buat. Then pi jumpa my-co, bagitau pasal dimension yg aku silap kira. Tapi dia macam susah nak percaya. Dia check jugak kat internet. Dia kata, maybe what I said is true. Bila bagitau pasal result yg tak sama ngan previous literature..dia kata dont worry too much. Just write whatever my result is. Nanti bila Adelaide boleh gak tunjuk kat pakcik. Then, I told her if I construct a new model..very complex and tedious. I also ask her opinion, whether I can extend my first project. She suggested to me to do that if I'm free...Hmm..bilo lak tu kan. In fact, she also suggested several structures..interesting. Tapi bila pikir balik...it seems that she wants me to proceed with the second project. I thought last two days she wants me to stop it. Conpius..........

Tetiba, lepas tu she came to my room telling that the dimension is correct.But, once I check again from the internet it's wrong.......camno tuh???? Susah gak nak argue...so tonite I have to really understand the concept and have relevant material to support my argument.

Wednesday, June 30, 2010

Aku serabut....

Serabut la....Tapi, korang layan je lah nengok my marble cake niha...

Konon nak pelbagaikan perisa..ada coco, pandan, rose...Hmm, kesimpulannya janganlah letak perisa rose itu hahaha...Biarlah dua perisa je hahaha. Dahla berlubang-lubang. My housemate cakap sebab baking powder tak rata...yolah tu haha...coz aku ayak sekali ja. Eh, nanti dulu....ado laie niha....apo bondo eh tu....
.
.
.
.
.

Akhirnya tertunai la hasrat di hati nak makan kuih seri muka jagung...not only that, hasil air tangan den hahaha. Once again...pertama kali membuatnya. Lombik sikit pulut hehehe..ingatkan kena rendam dulu pulutnya. Rupanya, bila tengok resipi, AS tak perlu pun rendam...lepas tu pulak confuse nak sukat air hahaha. Apa-apa2 pun sodap....Terima kasih AS :). Suka nengok kuih muih di rumah As tau....

Buat last Tuesday, for my hongkong friends who moved to Adelaide huhuhu........sedih tau. Sayu sangat masa peluk his wife...Depa suka kuih seri muka tu...

Bila dah pi ronda2 pi jumpa kengkawan niha

n merehatkan minda last week, punyalah bersemangat jumpa my-co semalam. Yalah nak tunjuk my result for last week yg nampak logik n similar to experimental result. Alih2 my-co tanya kenapa aku guna new formula in my model. Bila aku cakap ada previous literature guna, dia cakap pulak aku kena make sure constant yg aku guna tuh compatible with the formula. Pulak dah....bila pikir balik, macam tak je. Alih2 she kinda of suggested to me to stop this project. What????? Tapi memang pun, it so difficult..and so many atoms that I should consider. Ni kiranya the simplest structure..belum laie, complex structure......That's why aku tak dapat result yg ok walaupun dah ngadapnya setahun huhuhu.......Lagipun, haritu stop sekejap coz nak concentrate in my first project. Aku cakap ngan my-co, aku nak cuba lagi......

Pagi tadi kebetulan terbaca satu artikel..then I realised that selama ni ada dimension yg aku salah kira coz salah faham la tuh. Tapi bila run the program, the result tak logik pulak. Habih tu camno....serabut sesangat. Buat apa pun, serba tak kena...kejap cari artikel pasal bonding, kejap proceed ngan that program, kejap try la other method....kejap baca artikel semalam, kejap buat new model...tapi complex sangat kalu nak kira sesatu, kejap baca pula artikel untuk extend my first project. Ntahlah...my friend kata kena think postive. Memanglah...but at the moment, kapla dah sakit...Tu la, bila dah stress suka sangat ngadap coke ngan potato chips...lagilah tak baik untuk kesihatankan.

What should I do....Allah knows.........Ya Allah, permudahkan urusanku...berilah aku kekuatan, ketabahan dan kesabaran. Sesungguhnya yang sukar bagiku adalah yang mudah bagiMu.......Ya Fatah, Ya Razak, Ya Wahab..........

Monday, June 28, 2010

Another world ....and I miss nasik..........

I went to another 'world' last friday............


But, I really miss nasik ....so my nasi goreng kampung for lunch today.

Dah kenyang...so I have to do the laundry n start to write my second ppr...zoommmmmm!!!!!

Monday, June 21, 2010

sambal bayam + rebus ayam.....

Hmm..........apa ke benda aku type tuh...silap ek ?

Siang tadi masak lauk ni, sambal ayam dan rebus bayam la hehehe...Actually rendang ngan pulut tu ada lagi. Tapi tak berani nak makan bebanyak coz, pulut ni macam bisa pulak ya. Cepat ngantuk n badan lemah semacam je lepas makannyer....Banyak alasankan, padahal dah memang banyak toksid dalam badan...Jangan gelak nengok sambal ayam tak bertulang n terlebih kuah tu ya. Ye la kan jumaat minggu lepas pi K-mart, then singgah beli ayam ni. Malas pulak beli whole chicken...coz orang tu tak potong. So beli je la chicken breast n sekilo chicken wings, buat stok dua bulan. Boleh ke??? So chicken wings khas untuk bakar/panggang/goreng je ya...Yg semalam buat rendang tuh spesel sikit, takkan nak buat rendang daging ayam je...tak best la pulak.

Patutnya for dinner makan je lah lauk tu kan. Tapi my tekak ngidam nak makan benda goreng2 n crunchy...hah ! hambek ko

Hehehe...macam-macam ada !!!!
My cherry tomato+green apple+sausages+french fries+prawn cracker....


Psst...potato fries tu leftover from last saturday...alamak dah lebih seminggu, sayang nak buang. Kalau kat kg dah selamat jadi habuan our chickens.......Sambil makan sambil nengok Masterchef Australia but not in OZ...in London. Here, look at their desert for yesterday challenge, inspiration from the royal crown. Wow !!! macaroon made by the youngest, ambitious and hardworking contestant, Calumn...

Source: http://www.masterchef.com.au/violet-macaroons-with-raspberries-and-butter-cream.htm

Support Marion too........and she's the winner for today's challenge...really strong contestant. Here's the picture for yesterday challenge too

http://www.masterchef.com.au/pistachio-sponge-with-raspberry-and-lychee-syrup.htm

Don't forget the true survivor and knowledgeable Jono.....Menyampah kat Joanne, patutnya dah lama kena singkir..dahlah tak pernah menang apa2 cabaran as the rest participants..berlagak pulak tu. She always lucky. But why they didn't choose the weakest contestants for yesterday challenge n have the pressure test today..or else we can happily say good bye to her. But, last time...she managed to go through with the test..hmm.....In fact today, her dish is the simplest one compared to others.

Semalam kan, tertengok Nona TV3. Tertengoklah si Razis Ismail ni..penyanyi zaman I kekanak riang ni. La ni dah jadi pengusaha kantin...wife cantik n anak2 pun comel2.



Actually sayu tengok dia and dengar lagu dia. He reminds me of my late Pak Andak, who left us forever in 1995 due to leukemia. Kind of regret coz I never visit him while he was in the hospital. Semoga dicucuri rahmat ke arah rohnya...Al-fatihah.

----------------------Just as reminder- my work journal --------------

Harini tak pi uni. So, sambil kemas kertas2 yg berselerak...sambil check my programming. Alhamdulillah, finally I got the expected result. So, tonite maybe I can merge my ring, disk n two rings result. And proceed with my writing...Oh no!!! I really forgot to check my calculation for the band........But, I got stuck with Jab we met....

Sunday, June 20, 2010

Berapa kali pertama ?????????

Seronok gakkan buat ekperimen kat sini...as usual first time in my life....Mesti my mum berbangga dengan anaknya yg malas nak jenguk dapur sebelum ni hehehe.

My pulut kuning and rendang ayam. Resipi pulut kuning tu asalnya dari rumah kakLiza, tapi saya jumpa di rumah Mamafami, Terima kasih bebanyak kakLiza n mamafami :). Sebab takde asam keping, saya letak je pes asam jawa sikit. As usual, saya buat sikit jela...dua cawan pulut. Rendang tu saya beli kat kedai aje, ala pakcik Berahim takkan tak kenal kot....Hahaha, sauce/paste ajelah...

Punyalah teringin nak makan pulut kuning ni since last year kan, alhamdulillah dapat gak makan air tangan sendiri. Bersungguh pi jalan kaki ke kedai vietnam tuh, semata2 nak cari beras pulut. Seronok gak jumpa sayur makanan popeye, kat woolies mahal ya amat. Then apalagi pi cuci mata n tingkap hahaha...Actually kena carik socks. Yang ado ni, semua dah ala2 berbulu. Boot purple haritu pulak besar kot....pepagi terjaga dah tercabut dari kaki.

Bila pi Myer...obviously cashier girl tu terkezut aku ada Myer card. Pelik sangat ke aku ada card. Aku pi Jusco cashier tak heran pun ngan kad jusco aku tuh...Apsal ntah, sekarang orang cam pelik je tengok aku. Macam hari Rabu lepas aku pakai long winter coat. Then, khamis pakai knee long knit dress...Tetiba my friend, the hongkong guy said " Hey Fey, what happen...you look more smart". Sib baiklah dia tak kata aku hensem n macho hahaha. E..eleh mamat ni, belum lagi aku pakai aku punya boot yg ntah bila akan dibeli itu hahaha....Sah, sahlah selama ni aku pi uni tak properly dressing kot. I mean just simple n sempoi..harap tak sampai tahap selebet, or worse selekeh la. Yelah asyik t-shirt ngan boyish jacket kot.

23 yang melekat pada diri

Nilah first time menjawab tag. Dari siapa yek? Cikgu Normah la. Selama ni kalau dapat tag dok tangguh2, terus lupa...Lagipun memang tak reti pun hahaha...

Hamboi...23 perkara tuh, apo banyak bona....

  1. Perahsia. Saya ni bukanlah perahsia sangat, kalau cuba nak berahsia pasal diri sendiri dengan kawan, at last tercakap jugak. But certain story for certain trusted friends. Tapi bila bab famili di kampung, memang saya perahsia sikit. Kalau korang ada rahsia, jangan cerita ngan den, takut den terpecah rahsia hahaha. However adakalanya kalau kawan tak cakap "jgn cakap dgn sesape" pun..saya tetap rahsiakan jika saya rasa perkara ini akan memalukan dia ataupun orang yang sibuk bertanya itu sukar dipercayai atau suka ngubah cerita
  2. Anak polis. So far tak pernahlah jatuh cinta ngan anak polis hahaha...e..eh, kawan rapat masa kat sekolah menengah dulu anak pegawai polis. Sebagai orang kampung, saya cukup jakun bila tau dia pandai main piano n terror bahasa inggeris.
  3. Anak sulung. Orang kata anak sulung ni banyak mengalahkan..kesian diaorang, dapat adik cam saya yg suka buli kaklong nye masa kekecik. Bila dia dah keje, aku suka mintak baju dia..Nyesal pulak, napelah aku nakal sangat ek ? Tapi bila aku dah keja, aku selalulah belanja kaklong makan n pi holidays/vacation ;)
  4. Cikgu Sains. Cikgu sains masa sekolah rendah pernah cekik aku sebab aku cakap ayam tu reptilia. Cikgu sains masa F1 dulu ada bagi hadiah buku cerita coz aku score markah tertinggi 80 ke 85 tak hingat. Cikgu sains masa form2, husband kepada sepupu mak aku..tak suka sebab dia suka jadikan aku sebagai contoh dalam pengajaran. Siap lukis gambar aku tengah tido tuh, masa nak ajar pengaliran udara. Cikgu kimia masa sekolah kat NS adalah husband kepada makcik aku...sogan lak ai, sib baik pindah ke melaka. cikgu kimia masa form4 pulak...hehehe seronok dapat coklat bila score kuiz. Tapi sedih, lepas tu aku tak score dah. Cikgu biologi pulak warden, bila bulan puasa...selalu ketuk bilik kitorang, suruh pi sahur. Harap wife dia tak jealos hahaha...Masa kat Penang, terkejut tengok biology lecturer mengajar pakai purple jeans ....
  5. Normah.
    Sapa lagi...cikgu yang tag saya lah :P. Rasanya masa matrik dulu, cikgu Norma adalah our biology lecturer. Pernah gak serumah ngan Norma tak samapi dua bulan kot...
  6. Anak seorang. Anak seorang pun takde...buat masa inilah hahaha. Itulah si anak tunggal, my one and only buah hati pengarang jantung pisang...my nephew yg kuat ngepow aku n maknya....
  7. Membaca. Buku ilmiah wajib...Dedulu suka baca novel romance. Sukalah pi Chowrasta pi sewa buku. Dah kerja baca majalah lah.
  8. Memasak. Tak suka masak pun sebelum ni. Rugi masa, tenaga n wang kalau makan sorang. Tapi, bila sampai OZ, nak tak nak memang kena masak...dah teringin kan. OK gak...banyak dishes yg first time masak di sini. In fact cooking sometimes can be considered as stress therapy too :))
  9. Menangguh kerja. Habit la...Tak pernah berubah. Pernah cuba, sekejap je hingat. When the time comes, nyesal tak sudah. Psst..kali ini tag pun tangguh sehari kot.
  10. Make up. Saya suka gak tengok orang make up, tapi yg nampak natural la..takyah tebal2 sangat sampai beza sangat warna muka ngan leher tuh. Teringin nak belajar make up. Tapi tulah..rimas pakai make up, lama pulak tu nak ready. Dulu pi keja pakai compact powder ngan lipstick. Dah jadi student semula ni, pakai lip gloss ngan benda baby johnson tu ja...Dah semaye...tak pakai apa2 dah...plain.pale.....natural beauty kan hahaha...
  11. Bercermin mata. Alhamdulillah tak perlu pakai cermin mata. Ada orang kata kalau I pakai spek ni, nampak genius hahaha. Cermin mata ceklat yg aku memula beli kat Bukit Jambul Penang dengan harga RM30. Tahun lepas baru beli yg ok :)).
  12. Menonton wayang gambar. Suka, lama tak pergi...cuma tak best coz selalu rasa nak pi toilet. First time pegi sendiri masa zaman kekanak dulu pi nengok cerita Jurassic Park. Hampeh boto..dah 3/4 tayangan, black out pulak.
  13. September. Isk..my besday lah. Cikgu Normah kata Dr Fadzillah Kamsah beritau orang yang lahir bulan September, pandai-pandai...Pandai apa ek? berblogging ke jawab tag hahaha...Mudah-mudahan, pandai semuanya lah...amin.
  14. Sekolah. Memula sekolah kat kg sampai darjah 4, then kena kuar sikit kg, then sekolah kat pekan. Pindah pulak Melaka. Sambung pulak ke Kedah dan Penang. Pi sekejap Kelantan, lari balik Penang. I love staying in Penang, macam2 ada.....Selangor pun ada gak...n now OZ.
  15. Pedas. Suka gak podeh2 ni, tapi bukanlah pedas yg terlampau. Tapi sayang perut tak tahan. Selalu kena gelak coz orang NS yg tak tahan pedas. Lagipun abah orang Selangor suka kari, mana suka masak lomak cili api.
  16. Laksa Penang. Suka gak...Tapi lagi suka pasemboq penang kot.
  17. Ketinggian. Alamak!!! 145 cm kot............
  18. Berat badan. Ni apa tanya2 soalan sensitip kat orang yg tengah naik berat badan ni...semalam aku timbang 44.5kg. Harini 45 kg kot........best gak kalau dapat 40kg.
  19. Cita-cita. Huish....banyak, memula nak jadi Doktor, tetiba akauntan. Then, arkitek. Tetiba terambil applied science but still ada computer programming. Terpikir gak nak jadi designer. Pernah gak jawab supervisor kilang...tapi kena gelak dek budak Fizik. Lepas tu pikir, kalau amik phd boleh gak jadik Doktor kan hehehe...Tapi Dr. la, not DR.....:)
  20. Bercakap. Bergantung bercakap dengan sape. Ramai kata i sombong/pendiam. Tapi bila dah kenal, siap cakap aku ni kecoh jugak ek......
  21. Shopping. Huish...my hobby hahaha....my therapy...Suka survey dulu la. Haritu balik malaysia penat cari beg dari Jusco Seremban-MidValley-Sogo. At last beli kat Seremban. Konon nak murah, last2 kos transport yg mahal. Kat sini masuk mall banyak kali coz pekenan kat satu t-shirt tuh, tapi harga dia mahal sangat. So, bila harga dia aud15 terus ambil...alih2 dapat aud13, lagilah seronok...material pun bagus..
  22. Majalah. Memang suka baca majalah keluarga+nona kot, Jelita banyak iklan. Pernah gak beli majalah Rapi, tapi badan tak pulak rapi2 nyer....
  23. Warna...I suka hijau, Tapi bukan cam warna sebatian kimia yg hijau kotor tuh lak. Apatah experiment tuh yg menghasilkan mendakan hijau kotor tuh. Tapi earth color cam ceklat tu suka gak. Selalu cakap ngan kawan, I suka warna buruk2. Tapi ada gak baju merah terang macam go xi fa chai tu...Senang cite, any colour will do as long as yg pekenan dihati.

Friday, June 18, 2010

Leftover..leftover lah, janji tak sakit perut :))

Tadi aku melantak grilled chicken + mee goreng for dinner...

Psst..nampak tak tuh. Ado sambal kicap...hahaha sambal kicap masa buat soto haritu. Grilled chicken tu pulak hari jumaat lepas punyer. Mee goreng ni pulak, masak pagi semalam...letak je apa yg ada dalam fridge tuh. Malas nak masak nasi. Dasat ek utk lima kali makan...hasil dari 1 1/2 bungkus instant noodle. Hahaha..semuanya leftover=lebihan. Kedekut, tak nak membazir, nak jimat, dah pokai..atau tak banyak makan. Tapi jawapan last, sukar untuk ku terima ;)...............

----------------------Just as reminder- my work journal :))--------------

Konon, rabu malam nak type proposal kan...sesudahnya hanya cari relevant figure from the internet n bookmark je. Semalam pulak pi uni lambat. Ye la kena goreng mee pepagi. Pulak tu, bila nak pi mandi...cleaner pulak nak buat keja...hmm..alasan kan. Since hasil my work agak kureng the day before, maka aku try using new constant. Then teringat pulak my-co pernah suggest guna different potential equation. Bila torai, cam ok pulak hasilnya. At 4pm...pi cuci tingkap pulak ;))........

As usual, konon malam nak type proposal...tak jugak ter type. Gara2 fikirkan masalah orang...antara kasihan kawan yg perlu pertolongan dan rasa serba salah untuk menolong base on previous experience. Biasalah aku ramai kawan2 yg jenis tak boleh orang lebih dari mereka ni. So, call la my kengkawan lain tanya pendapat. Actually aku memang malas nak pikir benda ni but since ia melibatkan aku n my future relation with her. Betul jugak kata my friend Cik M, kita ada byk benda nak pikir tak perlu pikir benda remeh temeh. Lagipun, dia kata buat apa kita penat2 fikir pasal orang lain ..depa belum tentu pikir pasal kita. Betul gak apa dia cakap tuh. Korang tau tak, mana dia dapat kata2 tuh...dia kata dari aku. Ek??? Aku pun tak hingat hahaha. Banyak gak aku borak ngan cik M ni. Nanti2 aku share ek. Tapi seriously, I'm still thinking about my kawan yg perlu pertolongan itew ...so how????

Pagi tadi, kalut gak pi uni. Buat kerja..continue with yesterday work..Tapi cam pelik pulak graphnya. Bila check, alamak !!!!! rupanya aku hanya tukar equation dia separuh je...So, kena buat semula untuk semua parameter huhuhu...5.30pm baru solosai...........

Wednesday, June 16, 2010

Bubur kacang hijau bertukar ke warna kuning dan merah????

Semalam my hmate buat pengat labu, tetiba den teringin nak makan bubur kacang hijau. Maka den rebuslah kacang...bila dah tambah santan, rasa macam sikit pulak kacang hijau tuh. Takkan nak tambah lagi kacang, nanti ada pulak terkeras n terlembik. At last tambah la jagung. Tetiba jadi sikit pulak kuahnya...Bantai je la, malas nak tambah air lagi. Best gak ngap bubur kacang+jagung ni, then den campur lak ngan pengat labu my friend hahaha...senang makan sekali harung kan.

Tapi, takkan labu warna merahkan hahaha...pengat labu dah habis. Tadi den tambah air dan tambah bebola tepung la-tepung pulut+tepung gandum. My version of bubur kacang hijau+jagung berbola tepung. Tokonang zaman kekanak ribena dulu, mak selalu buat bubur kacang campur bebola tepung. Selalunya kami adik beradik tak makan kacang, tapi dok berebutkan tepung....

----------------------Just as reminder- my work journal :))--------------

Agaknya, penangan bubur kacang ni..last nite/this morning I manage to stay up hahaha..1am je la to find idea and "make up" my proposal draft. Akibatnya..terlambat la pi uni. Sib baiklah ada lagi sambal tumis nak bawak bekal+buat je la telur dadar lagi. Sampai je uni, terus cari pakcik nak discuss pasal band/tube model yg dia interested sangat tuh. Ada dua jenis pulak, single band n double band. Nanti dia kecik ati pulak kalau aku tak buat. Yg lawaknya dia tanya sebenarnya aku nak buat yg mana. Agaknya dia pelik, semalam aku cam mandom, harini macam ambitious sangat kot hahaha. Aku cakaplah nak siapkan dulu ring model, only then I proceed with the band. So, kat opis tadi pulun la dapatkan numerical result for ring model. Ada pulak result cam pelik. Bila tukar constant lagi tak logik. Then, proceed with the band model, dah tukar radius pun result cam pelik. Godek2 programming pun cam sama je resultnya.......hmm esok je la sambung. Malam ni, nak type proposal...........chaiyuk chaiyuk...

Tuesday, June 15, 2010

Pantang nampak, mesti terliur...

Tak ingat pi singgah rumah sape haritu, ada pulak my fevret sambal tumis ikan bilis ...makan pulak ngan telur dadar ngan kicap... As usual den memang pantang nampak, mesti drooling punyer...maka semalam teruslah masak n makan hahaha....

Mintak maapla...lauk simple nak masuk blog ke? Nikan my diari hehehe..kok den sakit perut, gain weight den bolehlah keep track apa yg den makan kan. Tapi tu la haritu berlagak bagitau hmate, makan nasi n tak makan nasi samo jo my weight. So dengan tak sedar dirinya, hari jumaat minum coke sebotol, sabtu melantak fries+fried chicken, hari ahad minum sprite sebotol...Pagi tadi timbang ..huhuhu..dah naik sekilo ke 44.5kg. Tengok cermin pun, pipi pun tembam semacam je. Serve me right huh!!!!

Harini kena la pi uni. Maklum la semalam kan cuti....Queen besday. Hmm... Australia ada queen yek ;). Sampai uni, buatla delivery my "kuih lapis" tu hahaha. Pakcik pun dah balik dari hongkong. Apalagi aku serang dia la..nak tanya pasal paper classification scheme and mintak his signature for assignment of copyright. Dia pun cam nak lari2 je..Pandang aku tidak, bila masuk bilik aku cari my ofismate..nyampah...kecik ati tau. Lepas tu dia ada gak tanya what I'm doing currently, aku cakaplah yg aku buat something that I've already discussed with my-co. Tapi dia cam tak berminat pulak ngan my new ring model tu, dia prefer aku proceed with the old band/tube model yg bermasalah tu..tapi kena tukar sikitlah parameternya. Boleh ke???