Malam tadi aku menunggu housemate ku yang sedang membuat pembayaran at check out counter Woolworths. Tiba-tiba dia datang kepadaku dan terus menangis sambil berkata "Kakakku meninggal"......Innalillah...Kelu lidah. Aku hanya mampu memeluk dia dan minta dia bersabar. Dia baru sahaja mendapat panggilan dari Indonesia bahawa kakaknya yang gedi (abang sulung) baru meninggal. Kematian abangnya memang tidak dijangka kerana abangnya memang seorang yang aktif berolahraga dan tidak pernah menunjukkan tanda-tanda sakit. Jika tidak silap, abangnya dimasukkan ke hospital dua atau tiga hari lepas kerana sesak nafas. Selepas pemeriksaan, doktor mendapati terdapat cecair dalam paru-parunya. Memandangkan, keadaannya telah stabil dia dibenarkan pulang. Namun, tiba-tiba dia mengalami sesak nafas semula dan akhirnya meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke ICU.
Memang berasa sedih dan simpati dengan housemateku ini, ditambah pula dia baru kehilangan bapaknya pada bulan Mei tahun ini (Lihat entri lepas). Malahan ibunya pula sedang sakit gara-gara terjatuh didalam bilik air semasa hari raya Aidilfitri tahun ini.
Semasa menunggu bas, kelihatan housemateku sudah berhenti menangis dan sedikit tenang. Semasa dalam bas, dia asyik bercerita mengenai abangnya. Selepas kami turun dari bas dan berjalan kaki pulang ke kediaman, tiba-tiba dia berkata kami dah pilih untuk belajar jauh dari kampung. Walaupun adik beradiknya jauh dari kampung mereka di Solo, tapi mereka masih boleh pulang menziarah dan menguruskan jenazah. Tapi dia jauh di Australia.
Begitulah dugaan kami yang jauh di perantauan. Jika berlaku sesuatu di kampung kami tidak berkesempatan untuk pulang kerana kekangan masa (perjalanan yang jauh dan tuntutan belajar) dan kesempitan wang. Contohnya macam housemateku, mungkin dia tidak kesempitan wang, tetapi memang tidak sempat untuk pulang untuk melihat abangnya buat kali terakhir kerana dia perlu menaiki penerbangan pada malam tadi juga. Memang tidak sempat untuk ke airport tambahan pula perlu check in awal untuk penerbangan antarabangsa. Malahan, sebaik sahaja sampai di Jakarta, dia perlu menaiki penerbangan ke Solo dan seterusnya perlu masa lagi untuk kembali ke kampungnya. Mungkin jenazah abangnya telah selamat dikebumikan, sebaik dia sampai ke sana. Hanya doa yang mampu dititipkan.....Al fatihah.....
No comments:
Post a Comment