Ada orang bila kita mengadu rumah kita ada kerosakan atau ada masalah dia kata itu semua duniawi.
Ada orang bila kawan yang lain kata nak beli rumah yang ke-3 atau ke-4 dia kata itu semua duniawi. Katanya lagi kenapa sibuk sangat kejar pelaburan masa depan, lainlah untuk buat kebaikan dan amal kebajikan.
Tapi orang yang sama juga bila datang rumah kita suruh kita beli kerusi lain kerana tidak selesa duduk di atas kerusi kita yang sedia ada.
Orang yang sama juga suruh kita beli langsir tingkap mungkin kerana sakit mata melihat helaian kain kosong yang tidak berjahit berjuntaian di tingkap.
Orang yang sama juga beri hint yang depan rumah kita teruk.
Orang yang sama juga sibuk nak tukar kereta bila tengok ramai kawan berkereta baru.
Orang yang sama juga kerap menambah koleksi barang kemas.
Memang cakap tak serupa bikin.
Satu lagi kalau orang tu pun banyak duit lebih jugak mungkin juga dia nak beli rumah kedua ketiga jugakan.
No comments:
Post a Comment