Saturday, November 8, 2014

Pemalas, Penipu, kurang ajar dan mungkin pendendam

I terkejut melihat notis pemberitahuan tidak berjaya untuk buat serahan barang pada pukul 10.50 am apabila keluar dari rumah around 12.20pm. Bila masa depa datang? Padahal dari pagi I memang tidak ke mana pun. Tidaklah I dengar bunyi hon kenderaan, doorbell, panggilan telefon dan jeritan manusia. Kalau ia pun ada banyak barang nak dihantar, susah sangatkah nak turun dari kenderaan dan tekan loceng. Daripada penat jari menulis notis bukankah lebih baik keluarkan suara memanggil tuan rumah. Bukankah boleh dikatakan sebagai PEMALAS? Then menjadi PENIPU kononnya penerima not available.

I kalau boleh tidak mahu buat aduan pada khidmat pelanggan kerana tidak mahu staf tersebut ditegur or dimarah. Tak pasal2 nanti I pula yg kena marah. Tapi I perlu suarakan hak I sebagai pelanggan yang telah membayar perkhidmatan. Selain itu I tidak mahu perkara yang sama berulang lagi. Apa guna I bayar this service jika I perlu pick up the parcel by myself?

Bila call customer care around 1.20pm, alasannya mungkin I tak dengar, mungkin I dalam bilik air. Hello!!!! I tak masuk bilik air dari pukul 10am ya. Takkanlah I pekak sangat tak dengar walaupun sedang menonton TV. Nak dengar apanya kalau memang tak tekan loceng atau call I. I ada juga tanya apa prosedur serahan barang. Menurut staf tersebut panggilan telefon dibuat jika alamat yg diberi tidak dijumpai. Seriously???? HMM....maka perlulah membuat aduan.

Akhirnya around 3.30pm terdengar bunyi hon kenderaan yang ditekan beberapa kali dan dengan pantas. Macam marah je. Bila I keluar rumah jangankan diberi salam tapi disambut oleh muka kelat si penghantar. I pun buat muka juga haha. Lansung tak cakap apa2 dan tak keluar dari kenderaan. Hanya hulurkan file yg ada borang utk I tandatangan. Akhirnya dapatlah I memegang parcel tu. Ucapan terima kasih I lansung tidak dijawab oleh si penghantar. Malah dia mengundur kenderaan dengan 'ganas' sampai berbunyi seretan tayar begitu juga bila berlalu pergi. Kalau ia pun marah kerana terima aduan janganlah KURANG AJAR. Kalau buat kerja dengan baik tiadalah orang nak buat aduan kan.

Bila I buka parcel, beginilah keadaannya walaupun dibaluti bubble wrap....



Ya kemik teruk atas bawah. Hmmmm I tak mahu menuduh, tapi tidak mustahil ia perbuatan khianat orang yang PENDENDAM. Jika benar, biarlah tuhan membalasnya ....





2 comments:

  1. macam kena pijak! mmg kena complain ni....sykt penghantaran mana ni?

    ReplyDelete
  2. sy pnah kn, 2x dpt brg rosak & lastly penjual terpaksa ganti ngan duit...kecewa btl.

    ReplyDelete