Sunday, November 23, 2014

Ikhlas atau menunjuk?

I don' t understand why certain people always make an excuse saya ikhlas nak menegur demi kebaikan. Tidak elok buka aib sendiri di FB. Habis tu kenapa tak menegur personally kepada orang tu. Guna je la private message tu. Perlukah buat satu post khas dalam FB menegur orang tersebut? Bukankah buat pembaca tertanya-tanya dan tercari- cari siapakah orang yang buka aib sendiri tu? Bukankah dah memalukan orang itu. Antara buka aib sendiri dan mengaibkan orang, mana lagi teruk????? Dah anda yang kata orang tu buka aib sendiri, habis tu kenapa nak hebohkan dan besarkan aib orang.

Membesarkan aib orang satu hal, membangga diri dengan apa yang anda buat dan bagaimana anda uruskan satu hal. Konon niat nak berkongsi, habis tu ingat orang tu nak buat apa? Mungkin juga orang tu saja nak release tension. So bila dapat feedback dari rakan2 fb, maka tenanglah hatinya. Mungkin juga dia nak pandangan sahaja. Dan apa yang dia post tak semestinya menggambarkan dia hari2 begitu. Mungkin juga hanya berlaku sekali tu sahaja. Nobody is perfect. Sekurang- kurangnya orang tu tak hipokrit. Jangan kufur nikmat. Itu masa dia. Who knows if we were in her shoes we act worse than that.

Padahal isunya kecil sahaja. Ya, memang bergantung kepada si pembacalah. Ada yang rasa besar, ada yang rasa remeh temeh. Tak suka abaikan. Kalau rasa nak komen, bagilah komen membina. Jika betul nak buat post khas hanya kongsikan APA dan BAGAIMANA, tak perlulah merujuk kepada SIAPA.

Eh...yg aku dok bebel kat blog ni dah kenapa? Pi je lah hantar private message kepada orang hebat itu ....Hmmm 2 x 5.


No comments:

Post a Comment