Pagi ahad dimulakan dengan kopi, lepat pisang dan kuih kasui.
Bila dah habis cuci bilik air dan cuci pakaian etc, tibalah masa untuk sofa dan tv. Patutnya maksimum 1 jam je, tapi berjam2 pulak.
Petang ahad ada sakit hati apabila bahan yang dihantar ke kedai tidak memuaskan hati. Kita nak tolong orang kita, tapi faham-faham saja lah. Macam2 rasa ada ... marah, sakit hati, kecewa, sedih dan hampir menitiskan air mata dalam kedai. Bukannya ratus-ratus tetapi hampir rm2k. Memang harga dikurangkan sikit tapi tetap tak boleh mengubati hati yang kecewa. Macam sia2 segala pengorbanan tidur pukul 1/2/3 pagi untuk menyiapkannya. Malah 5 pagi pun ada. Paling teruk hari khamis lepas saya hanya tidur 2 jam sahaja....
No comments:
Post a Comment