Tuesday, August 13, 2013

Berurut di hari raya

Orang sibuk pi beraya, I sibuk pi berurut hari Ahad lepas. Kami pi beraya di hari raya pertama je. Habih tu dah semua pakcik makcik kat kampung ni kan :P. Tetamu pun boleh dibilang dengan jari. Bohsan dok umah. Rasa nak termuntah tengok TV. Tak Tv, makan,. Tak makan, tido. My niece tak balik raya, my nephew pulak balik rumah nenek sana. I was the first customer. Urut kaki 1 jam (Rm38), urut badan 1 1/2 ((Rm65) jam. Bab kaki tuh, wpun sakit tapi lega. Bab badan mmg sakit gilos.....angin satu hal, urat tegang satu hal terutama bahagian bahu dan tangan kanan. Bila diurut, menjeritlah....Sampai harini masih rasa sakitnya. I suka pi kat tempat urut sebelah McDonald ni. Ye lah tempat wanita kat atas, cantik dan selesa pulak ....Tapi gambo hampeh coz guna hp cap ayam ;)....

Naik tangga

 Turun tangga


 Sambil urut kaki,

 layan je la TV....


 Tempat urut badan...mestilah golap :P


Then, dah selesai apalagi...jom McD.......hahaha mana tak anginnya kan.


Ingat nak balik, tetiba melencong pi nilai square, mencari kain lycra.  Rasa nak buat ala2 busana Muslimah...labuh and longgar. Jumpa di Bunga Raya Textile RM15/m. Tapi corak tak menarik. Jelita Textile tutup pulak, nak jugak jenguk Japanese Cotton.

Lepas tu singgah solat di Giant...hehehe Masjid besar dekat je dengan Nilai Square tuh. Habih tu I kan tak pakai tudung, tau pulak segan ek......

Then punyalah tak senonoh, patutnya terus balik. Boleh pulak I menyinggah pi cuci cuci rambut. Hish awat mahal sangat RM30. Biasa ku rasa RM25 ajo...Katanya "Biasa mmg macam tu ma...". La iyo ko.......

Sakan memanjakan diri. Luckily, boleh menahan diri dari pi buat facial treatment pulak hehehhe. Bayar nearly RM135-RM165 for each session, tapi muka tetap berjerawat dan berjeragat gak hhhehe. So, lenkali buat je la sendiri scrub n mask tu ya. Duit kat bank tu pun dah menyusut sangat tu. Gaji lagi 12 harikan. Hmmm..macam perlu guna guna duit raya yg tak habis tu hehehhe...

Psst pagi tadi I sarapan meatball you...semata-mata nak perabih thick cream that will be expired next 2 days.


Tapi ni versi ngelat and caca marba ya..... Versi asal from scratch sila google ya. Beli je frozen meat balls. Then rebus sekejap dengan air yang dicampur Seasoned Salt McCormick. Agak2 dah masak, angkat dan toskan. Air rebusan tu simpanlah ya. Then masukkan meatball dalam sandwich zipper bag. Masukkan pulak seasoned salt. Zip the bag dan goncang. Simpan dalam fridge semalaman untuk rasa yang lebih enak. Kalau dah lapar sangat abaikan je the red color steps heheheh. Then panaskan minyak sikit dalam pan dan goreng meatball sehingga perang. Angkat dan toskan. Then, masukkan 2 sudu tepung dalam pan tadi. Kacau dan tambah stok daging (air rebusan meatball semalam or beli je kat kedai hehehhe). Then, tambah thick cream. Perasakan dengan bbq sauce and seasoned salt. Siap.....

Harini kira bz lah. Dok menggulung carpet, basuh baju dan menyiapkan kerja-kerja opis. Huhu..esok start kerja, harini barulah kalut. Macam kena stay up je. Maklumlah I dok relax sakan since Raya ke-2 hingga kelmarin. So now padan muko den .........



Sunday, August 11, 2013

Lemang kepalohotak n kahwin

Raya Day 1
Pi beraya rumah my aunt.
Makan rendang+nasi impit sambil mendengar celoteh my aunt pasal tempahan lemangnya tiada dalam senarai penjual one day before raya
Nak terjojol mata  bila I dengar dia sebut "Kepalohotak ko" kepada si penjual.
Serius I tak control keterkujatan I :P
Hehehhe....memang kasar ek. Tapi semasa kecil tu dah biasa dengar.
Jangan sesekali sebut depan abah, sesilap kena libas or rotan.....


Raya Day 2
Pepagi lagi I dah terkejut dengan kedatangan rakan yang hampir 23 tahun tak jumpa. Aku bermimpi atau dia yang mengigau hehehhe. Padahal rumah dia seberang jalan rumah mak tu je hehheeh. Ye la dah sekolah menengah berbeza, then I pulak pi belajar dari Melaka, Kedah dan Penang.....Lagipun dia kahwin awal. Tapi macam biasa dialog yang tak diingini untuk sesape yang masih bujang, comel oppps tapi belum kahwin macam I....

Mak kawan : Ko bila lagi?
Me : Hehehhe...Insya Allah
Mak Kawan : Lepas raya ya?
Me : Insya Allah....(sambil berlalu meninggalkan mereka)
Mak Kawan : Jangan marah...gurau je
Me : Takla.... (Sambil menoleh kebelakang memandang  makcik dan tersengih )

Tapi dalam hati gerrammmmmmmmmmmmmmmmm
Walaupun macam biasa dah boleh agak soalan tu akan timbul, tapi aku tetap terasa dan bengang.
Tidaklah marah, kena redha kan walaupun malu tu tetap ada.
Kesian dengan mak pun satu hal. Harap mak tak malu lah ada anak macam I.
Teringat kisah kawan I, mak dia memang cakap depan2 yang dia malu ada anak yang tak kahwin lagi......Habis tu belum jodoh lagi kan. Kadang-kadang orang ni sibuk je, tapi tak mahu pulak tolong kita. Bila kita gurau-gurau suruh carikan, banyak pulak alasan...takut tak serasi lah, takde kawan bujanglah..hah tahupun. Lagi teruk dengan kasar cakap "Cari sendirilah". Ada jugak yang kata kita ni memilih. Habih tu beli ikan kat pasar tu kena dipilih. Inikan pulak orang yang kita nak hadap hari-hari kan ;))....whatever. Yang penting kita yakin dengan Allah :). Kalau kita lambat dapat yang kita hajati, Allah nak uji kita. Kalau kita tak dapat yang kita ingini, Allah merancang yang lebih baik untuk kita :).

Hah kan...melalut lagi..
psst ada cerita lain lagi pasal makcik ni, tapi entri lain ya

Raya Day 3
Petang ada bebudak datang. Mak yang layan coz aku nak solat.
Bila aku keluar bilik, dah senyap je..cepat betul bebudak tu balik. So, aku ke serambi nak menengok balang kuih, kot ada yg perlu ditambah. Terkejut aku lihat lumut hiasan pada gubahan orchid berterabur atas meja.

Lagi geram, bila melihat batu hiasan berlumut dari polistren berlubang -lubang kena cucuk......eeeeeeeee....(tu gambar gubahan semasa sihat walafiat). Kalau nak datang beraya, dok ontok-ontok boleh tak !!!!!!

Cucu cucuk gubahan orkidku, nenek pulak hiris hatiku. Soba jolah kan....

Tuesday, August 6, 2013

Deko-deko caca marba

Biasanya bila nak raya ni, kerja deko-deko rumah kampung merangkap mengemas dan membersih, memanglah kerja I. Maka hari ini kita mulakan dengan menyapu+lap habuk, mop lantai, menyapu lagi, mendeko, vakum dan menyapu lagi....Sempat lagi menyambil, membasuh baju dan menyapu luar rumah. Ponek boto acik, milah woi........ Longoh dah tangan acik ni ha.

Oklah, nilah hasil deko di serambi ..........Satu bahagian English style kononnya.



 Asalnya ini.........


Dihiasi dengan bunga, table runner dan throw cushion  baru. Bunga tu I gubah sendiri aka main cucuk aje ;). Bunga di hujung tu dan juga tikar buluh berbunga adalah barang lama


Yang satu lagi asalnya begini ....


Jadilah ini ala-ala klasik gitu tapi carpet=failed....


Semuanya lama kecuali the red+black cushion  yg dibeli di Jusco 2 weeks ago and carved carpet yang di kidnap from my house hehhehe.


Eh! carpet baru harus di bentang.


I planned nak beli tikar atau carpet kecil RM100, alih2 terbeli carpet besar....terpengaruh beli dua terus. Hish, sungguhlah pelanggan yang kurang rasional. Dahlah kena speaking London memanjang kat kilang carpet kat Nilai3 tuh. Habih tu dah pekerjanya ada Filipino and Hindustan kot. I cakap bahasa melayu dia buat muka blur. Merah muka I bila dia tanya can you speak English. Pulak tu ada bangla tu ingat I orang Philipine jugak grrrrrrr.

Macam biasa, nak cerita lain mesti bebel lain jugak.

Okay, rumah tengah dilupa jangan.......
Bentanglah carpet lama. Azabnya nak keluarkan dari stor.


Biar carpet terbentang luas gitu with minimun furniture. Kat sini sanak sedara nak makan ketupat lemang nanti....Bebudak yang datang beraya tapi nak duit raya je, pi makan kat serambi hehehe. Eloklah sangatlah tu carpet merah menyala, langsir maroon hahhah.


Haritu beli langsir tu eden lupolah warna carpet tuh.

Lupa pulak, buka gulungan carpet terjumpa ni hahhaha.......


Serambi dah, ruang tengah dah....tapi bilik macam tongkang pecah, dapur macam nak runtuh...Takpe, takpe insyaAllah bila ada duit lebih kita baiki dapur, kita cat satu rumah luar dan dalam. Kali terakhir cat luar rumah tahun 2005/2006 kot. I bergaduh besar dengan tukang cat, coz I nak warna coklat, dia pi cat kuning cair.  Tapi bila makcik I masuk rumah, sibuk je tanya awat tak cat dalam sekali. Boleh je, berilah budgetnya :P. Kali terakhir cat bahagian dalam tahun 2000 kot hehhehe. Memanglah cat dah luntur, kesan hakisan banjir lagi selain hasil seni my nephew ;)))))))))...

Oklah you all.....
Selamat Hari Raya Aidilfitri 
dan
Maaf zahir dan batin



Friday, August 2, 2013

Duit raya dah habis huhuhu.........

I went to Maybank today around 12pm, nak tukar duit raya.
Tapi staf Maybank kata kena tunggu 2.30pm maklumlah last day katanya ...........

Then, I went to Hong Leong Bank, buka je pintu terus ternampak notis
 "Penukaran duit raya dah habis"

Pi Bank Islam, hanya ada duit RM1......Bolehlah tukar sikit.

Pi Bank Simpanan Nasional pun  duit raya yileks............

Tak larat nak pi tengok Ambank pulak.

Maka, call abah minta dia tukarkan duit. Luckily dia ada kawan yang bekerja di bank.
Ok, duit RM5 duit lama ya...khabarnya bank Negara tak keluarkan duit baru tahun ini.....

Kesimpulannya, tukarlah duit raya awal :)


Thursday, August 1, 2013

The Apprentice Asia : Jonathan n Nash

Yeay !!!!!!!!!
Jonathan the Filipino wins the Apprentice Asia

He chose Nash, Sam and Celina (contestants who were fired earlier ) to help him in the final challenge which was the charity auction for Air Asia foundation


Tapi yang tak bestnya adakah hanya ilusi bila I ternampak Nash (=Malaysian=financial consultant=pelakon iklan=suami artis)  memegang gelas yang berisi cecair kekuningan?
Adakah ia champagne?
White wine?

Takkanlah dia nak tunjuk kat satu Malaysia dia minum yang tak sepatutnya

Bersangka baik ia adalah jus epal
Adakah jus epal secerah itu?
Adakah jus epal sparkle sebegitu?
Eh kan ada sparkling apple juice ;)....

Wednesday, July 31, 2013

Tolong jangan terjun

Semalam saya terkejut, risau dan takut
Dia beritahu saya, dia ada gangguan pemikiran
Kawannya beritahu saya, mungkin gangguan dalaman atau makhluk halus
Kawannya menambah, sehari sebelum itu dia kata dia rasa nak terjun tingkap
Saya jadi tidak tentu arah
Saya menghubungi dan berjumpa orang tertentu
Saya tidak mahu tanggung seorang

Saya hubungi dia
Dia kata dia fikir yang bukan-bukan
Dia kata ada rasa nak bunuh diri
Dia nak berubat
Jika tidak berjaya, dia mahu jumpa pakar
Saya mencadangkan dia kongsi atau bincang dengan orang tertentu
Antaranya kaunselor
Dia setuju........
Saya minta dia jaga diri, jangan berseorangan dan amalkan ayat Ruqyah
Bila perbualan berakhir, saya sebak...
Dia baik dan hormat orang
Mungkin dia tertekan dan perlukan perhatian
Ya Allah lindungilah dia .......


Monday, July 29, 2013

Langsir siap 1 jam Di Nilai 3

Itu dusta ya puan-puan ....
Kejadian semalam=orang shopping raya di hari AHAD.
I tunggu dekat 2 jam chet!!!!!!!!!
Bila I bebel, pandai pulak taukeh Cina menjawab and mode ambi hati

"Biasalah kalau last minute...."
"You bawak ong...sebab tu ramai customer "

Bila I minta discount dengan si bangla sebab lambat, pandailah bangla takut gaji kena potong hahahha......tak berani angkat muka tuh.

Terpaksa bayar guna credit card.

Punyalah ramai orang di NIlai 3. 
Susah nak parking, kereta pun susah nak gerak.....
Duit ATM pun kehabisan

Pi Ambank ATM dalam Marrybrown :
Nak withdraw RM1000, tak boleh coz ada RM10 je. 
Bila aku tekan pilihan RM200-RM50 pu je, takde respond, so cancel je la....

Pi RHB ATM kat 7-E:
Tried to withdraw RM1000, katanya jumlah yang I masukkan tidak sah.
Tried to withdraw RM500, pun katanya tak sah.
hatta RM100, pun samo gak....frust!!!, I terus ambil 100plus dan bayar...eHHHH........

Dah hangin pasal ATM, hangin pulak pasal langsir tuh.
Jenjalan cari pasal lagi kat Nilai Textile Walk.
Pi cari blaus Mak. Dia suka t-shirt Oz size 22 yang I beli kat Millers.
Tapi kat Malaysia, susah nak cari tshirt, blaus berlambak lah...

Borak dengan orang kat kedai tu, pasal ATM machine....
Owh rupanya ada Agrobank ATM machine dekat Pasar Nilai3 ya Puan-puan.
Tapi I dah sangat penat nak berjalan kaki ya....
 
In case you all, kehabisan duit cam I dan yang lain2 pelanggan yang kecewa tak boleh shopping lebih.
Tapi kalau rajin, ko patah balik la ke Petronas Taman Semarak atau mana-mana bank kat situ hehehhe.

Eh! tajuk pasal langsir, I pi cerita pasal ATM pulak kan hehhehe......

Langsir ni RM8 semeter kot. 


 So, kos keseluruhan untuk satu tingkap 3 daun=RM88. Dua daun RM57 kot. Langsir murah je, tapi rasanya jadi mahal coz upah jahit tuh. Walaupun niat I nak pi NIlai just cari bunga, tapi langsir baru untuk ruang TV dan rumah tengah ada juga dalam plan wpun idok le penting sangat.

Kalau nak yang design baru, ada velvet sikit, berat, berkualiti dan pasti tahan lama ~ RM144/tingkap ya....semeter RM30-38 kot. Psst...ramai beli yang merah tu dan jugak coklat yang berbunga tuh



Orang kata biar alah membeli, menang memakai. Langsir kat serambi rumah I agak mahal juga(ikut budget I la hehhe), tapi dah 7 tahun masih bersinar dan berseri. So, lagi 3 tahun, mungkin kita ganti baru hehhehe.

Semasa, I patah balik dari 7-E, yang berhenti di kedai SAKA. Kedai ni macam2 keperluan rumah ada, dari pinggan mangkuk, barang letrik, barang plastik dan juga certain hardware. Maka I terbeli bekas kuih raya yang simple RM23.80 ni.........Dah buhsan I tengok bekas berbunga matahari tuh. Kalau yang colurful stripes macam kat Jusco, ada orang tu cakap stripes tu mudah tanggal...


Tetiba terbekenan dengan stripes plastic table cloth ni ....RM9/meter......


dan juga corak yg atas sekali
 

Tersinggah jugak kedai yang jual storage stool=RM10..cuci mata je, cash money tak cukup la. Lagipun tak plan n tak perlu pun :P.

 
Entri langsir di akhiri dengan gubahan orkid RM99 or RM94 kot ............dah orchid in trend kononnya ;)..........


Setangkai RM16.90...entahlah..alih2 RM13.90 hehheh.  Batu=polistrene berlumut tu RM6.90 sebungkus kot. Sponge Rm1.30...kali ni I pantau betul2 harga each item one by one coz tak mau lebih RM100 macam harituh. Tapi I lupa tanya pasal daun tuh...Huhu...I ingat murah je. Chet daun tu RM8.90/2 kelopak kot. Kalau guna 4?  Takpe...nak sedapkan hati....dia ada akar, so seems real kononnya  hehhehe.....

Yang pasti, bunga apatah ni RM14.90 setangkai.....chett patut nak raya turun harga. Kenapa ku rasa dah naik harga singgit........


Punyalah kepenatan, terus I pi urut kaki n bahu RM55/1.5 hours....

Oklah I nak sambung buat paper nih....sat gi nak pi ofis semula.....




Tuesday, July 23, 2013

Beli sekali, makan berhari-hari

Hari pertama Ramadhan 10/7, I beli food di kedai berhampiran rumah. I beli lauk ikan dan masak lemak batang keladi. Tidaklah ada gambarnya..first day puasa kan.

Hari ke-2 Ramadhan, kawan ajak berbuka puasa di rumahnya. Roasted chicken and whipped potato. Sedap.....tapi gambarnya dalam hp pulak. Tak koser den nak upload ke blog.

Then, hari ke-3 puasa=hari jumaat, kawan yang lain pula ajak pi Pasar Ramadhan. Beli nasi kerabu. Pun tiada gambar hehehe.....

Hari ke-4 Ramadhan,, I beli food di kedai berhampiran rumah je. I beli ikan 3 rasa+masak lomak nenas ikan masin.


Lauk batang keladi tu, lauk first day hehehhe.  Then hari ke-5=hari Ahad I pi bazar Ramadhan. Memang aim nak beli nasi tomato kat satu gerai ni coz ada acar jelatah. Gerai lain biasa letak timun/tomato je....Tapi terbeli kat kedai lain coz kesian pulak tengok muka adik2 penjual tuh. I tambah kerabu kacang botol. I ada beli juga dendeng daging, sambal bilis dan sambal ikan. Tamak kan.........


Hari ke-6, dok makan leftover nasi tomat+lauk dendeng+kerabu... Then, hari ke-7, makan leftover lauk kedai

dan juga lauk PARAM hari ke-5.


Hari ke-8= hari rabu, pi PARAM lagi. Kali ini beli ayam percik dan kerabu


I beli juga lauk gulai pucuk ubi. Hari ke 9, barulah makan lauk tu+leftover dendeng+telur kicap yang dimasak sendirilah.....


Hari ke-10, beli kerabu mangga+sambal cili api keli cinonit 


Sekian, menu berbuka puasa I setakat ini hehehhe

Jerebu dan kisah burung lagi ...

Nampaknya jerebu kembali lagi .....

Itu cuacalah...
Hatiku hampir juga berjerebu tengahari tadi...
Ku sangka si burung boleh terbang bebas
Sedang enak bermalasan di atas sofa
Tiba-tiba aku dapat panggilan dari operator
Ow..o...mesti panggilan yang penting

Tiada di ofis, handphone dihubungi...
Terasa cuak bila si dia mengeluarkan kata-kata....
Huhu...silapkah aku?
Peraturan sudah berubahkah?
Lega juga aku tidak khabarkan pada si burung semalam
Khuatir juga bila perasaan boleh bebas, tiba-tiba perlu dikurung semula

Bergegaslah aku ke tempat mencari rezeki
Mencari orang yang berkaitan ...
Owh! Lega...burung tetap boleh terbang bebas
Malah, lagi tinggi dari semalam ...
Tinggi tak tinggi, yang penting BEBAS
Jika dia terkurung, aku pun terpalit sama......

Monday, July 22, 2013

Antara simpati dan integriti

Ya, memang serba salah .........

Jika dibantu, adilkah?

Jika tidak dibantu, sampai bila dia harus begitu ?

Ya, perlu ada tolak ansur dan pertimbangan ...

Tapi, kelihatannya si dia memang tidak mampu ...

Telah ku tunjukkan pintu, kenapa mesti begitu ?

Meninggi suara kerana kecewa

Pastinya, kesal bertamu  ...

Haruskah aku tewas dengan air matanya?

Serba salah menghilang, rasa bersalah mendatang

Kenapa diganggu orang yang perlukan ketenangan ?

Jalan samar aku suluhi .....

Ku pinta dia berdoa ...

Aku juga berharap ...

Alhamdulillah si dia akhirnya boleh terbang bebas ....

Walaupun tidak tinggi, tapi tetap bebas dari sangkar ....


-Monday 1.45pm-