Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Tuesday, April 19, 2022

Ramadhan weight

Dah 3am ni...
But tak boleh tidur 😭😭😭
Nk muntah tengok IG/FB/youtube
Or belek2 gambar lama
Lagi sakit hati pun ada
Coz byk gambar when I was 16kg lighter
Quite ok skin and No pigmentation
With thick and healthy hair

Dah tu...passed is passed...
Bukannya nak pi tahajud ke kan
Pi buat benda2 mengarut
Apalah nak jadi?

Sejak puasa ni
Tak larat nak sahur berat
Biasa kurma dgn susu/air kosong
Or tak terbangun sahur 🤦‍♀️

Rasa dah kurangkan portion makan waktu beebuka
Kadang2 cuba juga suku2 separuh
No ice cream
Selagi boleh cuba elak sweet food kuih/cake etc
Melainkan teringin sangat 
Ada juga orang beri

Baru sekali beli taufufah
Baru sekali beli 2 paket kuih 
Dan sebekas bubur pulut hitam 
Tu pun limitkan sehari 1-2 ketul
End up tak habis
Since dah almost 2 weeks
I terpaksa buang
Sayang....tapi memang tak selera
Lagipun dah keras 😅

Tapi tang air tu susah sikit 🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️
Baru sekali minum air berkarbonat-F&N orange 😅
Air kelapa no sugar 1x
Air cincau tin 1x, 
matcha green tea 2x, 
hazelnut matcha ice blended 1x
Blend fruit juice sendiri 1x
Buat lemon asam boi madu 2x

Owh selain makan buah naga/anggur/mangga/tembikai
But buah kan manis
So I kawal juga portion

But without exerciselah
Selain lemau
Memang tiada semangat nak mulakan
So very slow weight loss....
Lepas tu padan muka
Dissappointed 😭
Harapan tinggi 😅


Here is my note
0. 3 april: first day ramadhan
1. 4 april: puasa 1-64.5kg
2. 5 april : 63.2kg
3. 6/04: 62.6 kg(diarrhea) 🤦‍♀️😅
4. 7/4: 62.6 kg
5. 8/4: 62.2 kg(total lose for 5 days=2.3kg)
       Expectation:
            7 days=3 kg..........61.5kg
          14 days=6kg.........58.5kg
          30 days=12kg ....52kg???
6.9/4: 61.9 (6d=2.6kg)
          Static/gain 🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️
7. 15/4: 61.7 (12d=2.9kg)
          Static/gain 🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️
8. 18/4: 61.4(15d=3.1kg)
         New expectation:
         30days=6.2kg...58.3kg

Tapi bila fikir semula...
Dulu tahun 2017 ada coach
Utk 2 bulan...
Once/twice a week adalah exercise 1-1.30jam
Makan kadang jaga kadang tak 🤣
Dari 60kg turun ke 57kg
Turun 3 kg je 🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️
But mmg nmpk juga inches loss
Bayangkan dulu dengan exercise pun turun sikit je
Mmg jenis low metabolic rate kot 😁



Sunday, April 10, 2022

Menu Ramadhan 7 hari

First day-Ahad
Walaupun tak puasa 😅
Masak apa ada...
Tak sempat/larat pi kedai
So sambal sardin+paratha

Second day-Isnin
Baru start puasa
But I saja ambil cuti
I cancelled Meeting with customers as well
Konon nk kemas rumah
But tak gerak
I tambah gochucaru (cili korea) dalam sambal sardin supaya pedas
Tp tak pedas pun 🤣
Dan goreng telur+lobak asin



Third day
Konon nak pi withdraw duit
Tapi teringin sambal petai
Pi bazar ramadhan
Dah la it was drizzling
Kecewa....
Hmmm...sana sini roti john
Kuih pun tak byk pilihan
Or banyak dah habis
Air pun tak menarik
Takde org jual lauk
Dalam pada takde apa tu byk gak I beli 😅
Antaranya mee kari +air kelapa + taufufah 



Tapi esoknya I terpaksa ambil EL
I had diarrhea 🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️

Fourth day
Nasi ayam golek 
dari bazar ramadhan semalamnya


Tapi kira candle light breakfasting 😅
Coz black out ....



Fifthday
Pun nak cari lauk di gerai/kedai nearby my house
Lauk di kedai tak byk pilihan.
Lagipun semua ayam
So I pi kedai lain
Beli ikan bakar +teh hijau
Pi gerai tamak pulak
Beli bubur pulut hitam+kuih kaswi+kuih sagu
Tapi mkn kuih je...
So hadaplah sehari seketul 😅🤣
Keras dah...nanti kena kukus semula
Bila taip post ni baru teringat bubur 🤦‍♀️😅



Sixth day
Teringin burger pulak
Konon nak belanja my nearby customers
But I just asked siapa yg ada
Tak ckp nk belanja pun
Masing2 senyap2...
Sedihkan...niat nak bersedekah pun tak tercapai
Alhamdulillah ada security guards at my work place
Tapi tak cukup pulak burgernya for them 😅
Harap them share lah
Anyway here was my portion



Seventh day
Misi mengosongkan fridge
Kali ni modify sambal sardin
Curah lebihan kuah mee kari
Jadilah...kari sardin 🤣🤣🤣
Masak telur dadar
Tumis brocoli sos tiram
Penuh pinggan
Suapan ke-3 dah senak perut 🤣🤣🤣








Tuesday, March 22, 2022

63 kg????

63 kg ????
Well....
That is my target weight for this week
Thanks to puasa syaaban 😍
Slow and steady weight loss
Better than nothing 
Ayat penyedap hati 🤣🤣🤣

14/3/2022: 65.5 kg
19/3/2022: 64.1kg (after 5 days-1.4kg loss)
22/3/2022: 63.6 kg(after 3 days-0.5kg loss)
But I think my weight scale almost gone haywire today
Sekejap 63.9
Sekejap 63.4
63.2 pun ada
63.7 pun ada 😅
But yg kerap muncul mmg 63.6

So hopefully
Bolehlah dapat 63kg by end of this week
Tapi tu la bila puasa ni
Selera besar
Mcm2 yg teringin

Petang semalam tetiba teringin satay
But delivery after isyak
So berbuka dulu dengan leftover nasi kandar
Dan sotong masala 
Sotong tu mmg besau
Ada lagi 1/3

So kiranya utk supper
I had this beetroot+celery+apple+ginger juice


Konon nak rasa asli
Without any additional flavour
But awat tak sedap 🤣🤣
Terpaksa letak madu sikit...
The first time I tried this juice was at Olive Ganu
Sedap pulak

Owh yes
I had satay as well...



Today teringin burger yg ada pickled jalapeno and caramelised onion pulak 🤦‍♀️
So tang mana nak capai 63 kg tu 🤔😅🤣

Oklah nak buat kerja ni
Mmg lately lemau nau
Padahal byk kerja...
Kena lawan
💪💪💪💪






Wednesday, April 10, 2019

Selera orang puasa

Semalam puasa
Tak...bukan puasa sunat
Puasa ganti la 😭
Padanlah muka kan
Bila last minute...
Every year gitu...
Harapnya tak ulang for next year...

Since sampai rumah lewat
Cecepat reheat food
Then baru tukar baju
Tiba2 azan pun kedengaran
Minumlah air kosong dan jamah puding caramel dari majlis isnin....


Then barulah makan leftover nasi arab.


Ada jenis coleslawkan tu...
Yg putih semacam tu leftover kfc punya
Cheapskate kan 🤣🤣🤣....

Dah lepas isyak
Teringin pula mangga asam boi...
Tak sempat cari asam boi serbuk di kedai
Gali peti sejuk
Jumpalah 3 biji asam boi stok ntah bila...
So tumbuk kasi hancur
Nak pedas stok cili api tak dak
Cili flakes dominos kan ada...
So be creativelah kan....


Sedapnya mangga asam boiku
🤣😋😍

Dah nak tido
Nampak pulak tart nenas memanggil


Makan satu je la
Seriously...antara tart tersedap
Jem yg sedap dan basenya terasa lemak masin butternya...

Tu diakan...
SELERA ORANG PUASA
😅😅🤣🤣🤣

Actually semalam...
Memang byk list of things to do
Out of sudden my custome7r yg senyap sunyi tu
Tanya her status
Bila reply senyap
Bila call x angkat

So senang je report to her family
Tanya staf psl her status
Inform coordinator juga
Kalau nak teruskan, usahalah
Kalau tak nak teruskan, maklumkan
Why burden us like this
Selagi she is under me
Selagi tu I pikul tanggungjawab
Tak pasal2 I kena soal siasat nanti
😡😡😡😡

Tu kisah orang lain
Ni kisah me
Nak buat appointment utk fisioterapi punyalah susah
Sebelum tu call ofc disuruh hubungi staf lain
Bila call x angkat2 pula
Semalam call barulah angkat
Disuruhnya hantar butiran thru whatsapp
Tapi tak reply
Call ofc lagi tak angkat pula
Bila dapat katanya hp di atas
Rasa ada mesej masuk
Then petang tu replylah kan
Takpun pagi ini...
Takde pun...
Habis tu bila I nk tau slotnya

Bila call hospital nak buat appointment jumpa pakar
Pun susah nak get thru
Perlu cuba byk kali
Alhamdulillah dapat gak set appointment
Bertabahlah walaupun perlu tunggu lama

Keluar sekejap cuba cari farewell gift
Tak tau nak cari apa
Coz my friend ni lain sikit 😅
klu tak suka mmg tak suka
Risau either tak pakai or dia buang je
Bila dah set mind hanya beli utk anaknya
Tiba2 terfikir why not a pen...
Geram pun ada awatlah masa pi AEON Seremban and Nilai tak terfikirkan pen

But pi Kedai pertama brand entah apa2
Layan tak layan je
Pi kedai kedua ada parker and sheaffer
Tapi stok lama
Warna yg I nak macam tiada
Akhirnya tauke jumpa stok dalam paket yg dah kuning
Siap ada keychain world cup lagi
World cup bilalah tu 🤣🤣🤣
Harga rm64
Dia nak jual rm60
Sekali I belek belakang harga RM54
Dia beri RM50
Mintak kurang tak mau beri
Siap kena marah lagi
Jika ikut hati I blah je
Tapi disebabkan terdesak I tahan je lah...
Hmm...tak guna masuk TV jika sombong ya nyonya
Nak je rasa viralkan...
Tengok gaya pun dah lama takde pengunjung
Dulu pernah beli binding tape dah reput 😅
Nampak sangat takde new stock
Apapun Alhamdulillah ada gak something for my friend


Balik office
Kepenatanlah....
Tiba2 my colleague ajak join her CSR end of this month
Bagus jugakan to learn something new

Then rasa serabut...
Tak tau how to rearrange my customer's document
Banyak school of thoughts
Belek sana sini
Makin confuse
Makin takut
Tapi kena follow juga our place restriction 😅
Semoga Allah beri saya ilham dan permudahkan urusan
Amin






Thursday, March 22, 2018

Ranting again...

I have been up since 4am
But do nothing
Kok iya pun pilah tahajud kan

Semalam bekejar ke office
Kononnya ada appointment at 10.30am.
Tungu punya tunggu orangnya tak kunjung tiba
Elok2 I ok dah mula hangin
Then barulah terima mesej darinya yg dia lambat sikit
By 11am tak muncul juga
Selamba kan....
Elok je aku send mesej tanya where is she
Dia pun muncul 😅

So dia tunjuk her report
I tanya apatuh
Dia senyap
Buat muka blur
Memang aku yg dah hangin makin hangin
Benda simple macam cover pun entah apa2
Berdas-das aku tembak
Pandai pulak buat muka sedih
Dah tahu akibat
Tetap saja cari penyakit
So hadaplah 😅

Siapa tak meletop
Janji jumpa 9 mac
Dia minta postpone ke 12 Mac
Tapi 12 mac tak muncul dan senyap
Pada 14 Mac I suruh dia datang 5pm
Dia minta tukar ke 15 Mac coz tak ready report lagi
Tapi tak muncul juga dan senyap
Aikk...habis tu sebelum ni minta tunda ke 13 Mac masih tak siapkah?
Pada 20 Mac I memang hilang sabar
Terus hantar mesej bebelan
Selain reminder jika nak settle pada masanya
Bolehlah ikut slot perjumpaan cadangan
Tak nak ? Sudah!!!
Buat apa tercari-cari orang yg tak kisah dan tak sedar diri....

Dahlah kita pula yg tercari2 dia byk kali
Tak muncul pula
Bila muncul lewat pula
Kok report tip top ok lagi
Ni belum buka lagi dah sakit hati 😠
Setelah disoaljawab akhirnya mengaku
Sibuk kerja part time
Eh! Priority ko apa???
Ko sendiri yg pilih jalan ni
Tiada orang paksa pun
Then show your effortlah...
Kerja part time bukan isunya
Ni soal keutamaan
Soal sikap
Soal pengurusan masa

Tapi I biasalah
Dah meletop2 I boleh cool down n discuss like nothing happen...
Try to be patience with the sloppy report
Kalau ikut hati mau meletop lagi
Ko tak tengok panduankah?
Ko tak semakkah???
Ko tak tengok previous reportkah?
Ko takde common sense?
Dalam pada cuba bersabar
Akhirnya I give up
Penatlah ulang cakap
Dia boleh tanya apa dia 😠😠😠
That is it...tak kuasa dah
Before she leave,  I asked her to write a list of things to do, capture it and send to me immediately
Tapi katanya nak tulis bagi cantik
Hmm...after 18 hours I have yet to receive the so called better version of the list 😠😠😠

Dahlah hati masih ada saki baki hangin
Bila check n compare certain documents properly mmg ada masalah inconsistent infos
Emel pada orang tertentu ...
Macam biasa boss senyap
Yg senior dalam pada nak beri pandangan
Sempat juga dok pertikai
But at least he gave response 😅

Tapi mmg ptg semalam badan I lemah sangat
Memang perlu rehat
Coz during lunch hour I still menghadap laptop

Then menghadap report by my cencaru customer 😅
Biasalah....telan je lah jika tak mau sakit hati

Elok2 bersemangat nak perabihkan
Ada pula colleague datang membawa buah tangan...
Eh rezeki jgn ditolak
Jika dia bercerita dengar je lah
Walaupun kita pun sebenarnya menyampah dengan orang yg diceritakan
Kita senyap sahaja
Or tanya je lah walaupun dah tahu
But jgn menambah perisa 😅
Memang...
Siapa yg tak rimas dgn orang yg asyik show off
Lepas tu rasa hebat
Jika dia meluah perasan dengar je lah
Projek for fun jadi burden pula
Betul juga apa dia cakap
Jika dah bersetuju nak join projek bersama
Buatlah sama2
Jangan asyik harap dia
Jika tak boleh nak ikut schedule
Maklumkan lebih awal
Jangan dok senyap sampai jadi huru hara
Dok rasa merekalah yg paling sibuk
And tak pandang dengan orang2 mcm my colleague...
Nak gelak pun ada
Bila dia kata...agaknya tulah yg I rasa satu ketika dulu bila org could not be bother
Yes...absolutely 😁....

Bila kami ada mesyuarat pintu 😅
Ada senior yg join bebel pasal her tenggiri
😂😂😂
Sama jelah peel tenggiri di mana
Dia pun antara colleague yg dpt email psl inconsistency...
Katanya pening baca my email 😅
Menurutnya tak perlulah nak stress
Ikut je la apa yg sepatutnya..
Jika dah mmg program A buatlah A
Dan tak perlulah mendalam sangat
Bukannya peringkat tinggi pun
Yg penting prosesnya

Then I sent message to my cencaru 😅
Risau pula...
Alhamdulillah the expert done with the checking with few correction here n there

Around 6.45pm barulah I balik
And dropped by at the cafe to buy laksa
Sempat lagi goreng karipap walaupun hangus 😅..


Itulah menu berbuka....
Tulah padan muka...
now baru kalut nk ganti puasa 😅😅😅




Tuesday, March 20, 2018

Aku perhati je

It has been 10 days since my last post.
Senyap tu tanda busy bebeno lah kan.
Takpelah will do the backdated post later.
Sebagai seorang yg ada mild ocd  I tak boleh jika my post tak ikut tarikh kejadian 😅😅.

Anyway what happened today??

Allergic teruk
Bengkak dah macam kartun 😅😅
Naik rashes
Due to thai food yg ada elemen penyebab allergy
Seafood-sotong
Ayam paprik mungkin ayam tak fresh+sos ikan
Kailan ikan masin-ikan masin + sos tiram
So I have to avoid all these...
Sampai bila nak bergantung pada ubat??

Bila lewat sampai office terus dok mengadap my customer work...
Biasalah memandai ubah perkara yg tak sepatutnya
Kita dah sediakan
Suruh check pun tak betul
End up I juga yg betulkan 😠
Of course I yg banyak usaha, cari n baiki material n kejar mereka.
Eh! Siapa yg customer niha?
Taulah korang bayar...
But hello...kalau attitude n behaviour gini
Korang rasa boleh pi jauh ke?
Tak cukup usaha
Kerja sambil lewa
Takde common sense
Report entah apa2
Emel pun hampeh
Semualah kena dimaklumkan dan diingatkan
Eh...I ni PA mereka????

Tak kisahlah si bilis ke
Si cencaru ke
Sikap sama je...
Eh si cencaru is worse
Perlu di kejar selalu
Keep on giving excuse
When given a chance
She did not turned up
So what she has been doing for the past 2 weeks?
Bila ditanya
Baru mengaku celaru
Pulak dah...
Habih tu nak tunggu luka bernanah ke???

Bila luah dengan kawan
Dituduhnya I takut dengan customer
Eh! Hello do you know what does it means by responsilibity?
I really put effort on it
I even have taken precaution action
So if anything unwanted thing happened later
I will just happily writing a report
Coz I know I have done my best
Together with a proof
Bukannya takde rasa bertanggungjawab
tak buat kerja kerana ego
dan tuduh boss tak kompeten
Bukannya menunjukkan kurang adab
Pergi begitu sahaja
Macam dia....

Akhirnya bil elektrik yg ditunggu2 telah tiba
Eloklah selesaikan cepat
Malas nak berurusan dengan orang yg ada masalah tak sabar and tak sedar diri

Bila mesyuarat
Baguslah....
Betulkan apa yg biasa
Biasakan apa yg betul
Tapi rasa gerun pula
Macam ilmu ku kini tidak cukup
Keliru pun ada
Orang tu kata boleh expand
Orang ni kata kenapa nk bebankan
Orang tu kata kena perlulah valid
Orang ni kata kalau level bilis tak perlu
Guna apa yg ada...
yg pentingnya tahu prosesnya
Habih tu kalau yg ada pun tak betul 😅😅
Apa yg penting make sure in the correct scope
AKU PERHATI JE PEEL SORANG2
Boleh dilihat yg lama ada diam membisu
Yg baru begitulah selamba....
Faham memang lapar mencari
Tapi entahlah....
Bila kita bersuara
Dan mungkin kedengaran tidak pasti
Janganlah kata hanya tahu yg satu je dengan angkuhnya
Janganlah sampai berpandangan sesama sendiri dan ketawakan orang

Tapi itulah kan....
Bila nak ditunjuk sesuatu
Kita pun terfikir nak semak emel lama
Dan dokumen yg ada
Memang ada isu yg tidak terjawab
Antara yg satu sahaja atau gabungan
Panik juga adakah aku tersilap?
Ok...dulu memang begitu
Yg terkini lain pula...
Untuk kepastian ku bertanya pada si angkuh yg juga si ketawa
Tersilap bahan?
Tau pula panik 😅😅😅
Nak je cakap ...padan muka
Tapi kesian pula...so give her support
Not to worry...Betulkan je lah yg silap itu
So you see berguna gak orang nmpk dah tak relevan ni kan
Boleh je nak buat tak tahu
Coz not under my responsibility anymore
😉😉😉😉
But that is not me...
I love my unit...

Petang pun ada appointment dgn customer
Ada isu pasal 'sekejap'
It is hard to accept when people does not has any common sense
I pula jadi macam penyambut tetamu
Kan I dah meletop
But after that we are ok

So akhirnya balik around 7pm...
And had this for my break fast


Alhamdulillah...
Dapat nikmat bila ada yg selalu berkongsi rezekinya....
Begitulah dia dulu dan kini...
But ....guess what...
I had rice etc after that...
Camno nak kurus 😅

Kalau siapa baca sampai sini
Anda hebat...
Hebat bertahan 😁
Dengan cerita yg bosan

You see...
Bila lama tak bersiaran
Semua nak cerita
Padahal kisah sehari je 😅😅😅


Wednesday, March 29, 2017

Ngidam petai

Hari Isnin puasa
Balik lewat tak larat masak
So beli at mamak je


Dah sakit serba serbi
So tak jadi pun nak puasa seminggu direct
Hari selasa terpaksa took a leave to get a treatment
Sakit pun makan tak hingat
Sedapnya petai 😍😍




Thursday, May 26, 2016

Bila ada niat itu

Menu for break my fasting...


Tak kuasa nak rotate gambo 😂😂😂
Konon je air n fries...the big fat burger are not in the pic.

Someone gave me kfc box for lunch. But I was fasting today. I packed roti jala, leftover from the discussion session. Suddenly I felt like to give it to someone...anyone. But once I got out the lift to the lobby there is no one suitable to give out to. Alhamdulillah rezeki mat motor at the porch.

Rasa happy bila tengok orang happy. 
Really make my day after a long, hectic and annoying day.

I attended a one day discussion session to prepare a document for our new project today...or should I say brainstorming session to find bombastic words and mission to find supporting data. After lunch break I made a call to someone at other unit asking for certain document. A bit annoyed when their unit didn't follow the procedure even though they need our service. The staff was so rude...didn't admit their mistake but blaimed me instead and gave lots of excuses. Huh..no wonder he still at that post after 16 years. I have no intention to look down on others...hmm..that is the fact.


Tuesday, May 24, 2016

Bacang dan sambal hitam


Sedapnya lahai bacang cicah sambal hitam. Makan gitu je....for supper.

Untuk berbuka puasa I makan leftover food from sunday dinner.


Tu menu semalan. Harini pun dok mengadap food yg sama. Tapi for dinner lah... Tak larat nak puasa pula coz rasa sakit kepala, loya, mata nak terkatup, sakit perut dan badan bisa.

Hari ini memang busy. Meeting pagi petang. So many issues in the morning...Adakala kita bersuara. Adakala kita dengar. When people do not want to coorporate in doing something even though we have supported them...Keep on refusing..When the new comers/juniors do not have sense of belonging. When the boss express his dissapointment and frustation. Yup...sometimes I am in his shoes. Definitely I understand what he feels...Tengahari I sekolahkan ramai orang...opps...either colleagues, trainees or customer. Kalau tak faham gak..I dunno what to say. Petang...huhuhu..perkara yg nak dielakkan itu tetap terjadi...Sekali lagi I penyumbang masalah. Maka, pasrah. Harap diberi peluang...I masih belajar. Tapi tak puas hati why always me yg jadi pilihan..namaku special kot 😁😁. Later, I usaha cari dokumen sana sini demi nak bantu customer. Tapi kalau dia tak tahu nak bersyukur dan tak mahu tolong diri sendiri...setakat itu je la I boleh tolong. I pun banyak kerja lain. Around 6.40pm I rasa macam ada yg meninjau, tak sedap hati ...cabut balik 😅😅.


Thursday, April 28, 2016

Breakfasting menu: Day 1


I left office around 7pm and definitely too tired to cook. Luckily, Domino Delivery my savior...camno nak kuruih??? Tak sedar diri pi minum pepsi. Chet...tak sedar diri ada gastrik. Biasalah bila stress, nak makan....nak makan banyak.

As usual today was a nonstop work from 9am to 7pm. I sorted documents from morning to evening, but still couldnt finish it. However, I still need to do other tasks. In the morning, I had one hour discussion with colleagues about the fund for participants etc for our end of year program. They also suggested new activities for next month workshop. Then, I sent an email regarding that matter to the committee, followed by reminder for tommorow adhoc meeting and super junior customers'status in system.  I didnt even have a break during lunch hour and as a result I got migraine, stiff neck and shoulder pain. Next, I checked junior staff evaluation but need to remind them on certain items. Right after that meeting with my trainees...or should I say nagging...sleep during office hours, didnt do the correction as I asked them to, no common sense. Just wasting my time checking their task several time and sometimes act like their PA to remind them. But yet someone blaimed me it is all my fault...my unclear explanation. Hello, do I need to explain every single thing? They are not school children...whatever.  Only those who are working with them know how challenging and stressful it was. Well...these were only up to 3pm tasks. Tak kuasa nak recall and type even though it is good for memory practice.

Nak rehat jap sambil tonton recorded hlive inspiration. Really inspired to see Rosyam Nor and his farm ....taiwan markisa, sour sop and jackfruit. Tu tak masuk ternakan lembu dan biri2.



Thursday, June 25, 2015

Pembuka selera Ramadhan

Tak perlu nasi briani,
Tak perlu chicken chop,
Tak perlu kuih muih,
Cukup dengan sambal bilis dan telur dadar hangus
dan nasi tambah kicap
Berselera sungguh berbuka


Tuesday, July 23, 2013

Beli sekali, makan berhari-hari

Hari pertama Ramadhan 10/7, I beli food di kedai berhampiran rumah. I beli lauk ikan dan masak lemak batang keladi. Tidaklah ada gambarnya..first day puasa kan.

Hari ke-2 Ramadhan, kawan ajak berbuka puasa di rumahnya. Roasted chicken and whipped potato. Sedap.....tapi gambarnya dalam hp pulak. Tak koser den nak upload ke blog.

Then, hari ke-3 puasa=hari jumaat, kawan yang lain pula ajak pi Pasar Ramadhan. Beli nasi kerabu. Pun tiada gambar hehehe.....

Hari ke-4 Ramadhan,, I beli food di kedai berhampiran rumah je. I beli ikan 3 rasa+masak lomak nenas ikan masin.


Lauk batang keladi tu, lauk first day hehehhe.  Then hari ke-5=hari Ahad I pi bazar Ramadhan. Memang aim nak beli nasi tomato kat satu gerai ni coz ada acar jelatah. Gerai lain biasa letak timun/tomato je....Tapi terbeli kat kedai lain coz kesian pulak tengok muka adik2 penjual tuh. I tambah kerabu kacang botol. I ada beli juga dendeng daging, sambal bilis dan sambal ikan. Tamak kan.........


Hari ke-6, dok makan leftover nasi tomat+lauk dendeng+kerabu... Then, hari ke-7, makan leftover lauk kedai

dan juga lauk PARAM hari ke-5.


Hari ke-8= hari rabu, pi PARAM lagi. Kali ini beli ayam percik dan kerabu


I beli juga lauk gulai pucuk ubi. Hari ke 9, barulah makan lauk tu+leftover dendeng+telur kicap yang dimasak sendirilah.....


Hari ke-10, beli kerabu mangga+sambal cili api keli cinonit 


Sekian, menu berbuka puasa I setakat ini hehehhe

Friday, May 18, 2012

Merah petak atau belang

Sebelum kita borak pasal si petak dan belang, meh nak tunjuk menu buka puasa ganti from Tuesday to Thursday 17/05/2012...


Tak sempat masak on Tuesday, so bila je food ....Setakat Salmon wrap pun Aud3.50 kan. Tapi memang kira dah murah giler. Harga asal Aud7.50 ye puan-puan. So nak murah belilah lagi 30 minutes before the closing time hehehe...Bijak tak???. Tapi aku makan one piece je la. Balik rumah aku melantak biskut cicah mushroom soup. Then lapar lagi, so just makan corn kernel...chet ingatkan creamy...Takpelah telan je. Macam tekak tak puasa ek....Makin pening dengan paper revision. Dah tambah term, result makin pelik. Bila check, ada yg tersilap coeficients, ok sikit, but still tak logik. So balik malam lah....Bawah ni library yg jarang ku kunjungi. Yelah dah boleh dapat bahan online, tergedik2 masuk library buat apa. Lainlah nak pinjam buku2 lama...

Toleh jap...hok bangunan imaginary tulah school kami...Gelap kan. Bahaya jalan sensorang, kat celah2 pokok tu walaupun jaraknya dekat je...


Eh lupa lak...si petak dan si belang merah.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.

.
.

.

.
.
.
.

.
.
Takde apa pun...just nak tunjuk gaya early winter with my scarf petak yg hampir nak cekik leher tuh and baju belang yg menambahkan bam-bam. Yang double chin tu haishh..camna lah aku tak crop.......


 I didn't go to uni on Wednesday...Giler bangun tengahari. Tidur pagilah. Susah beno nak tidur awal. Terkebil-kebil...Nak bangun buat kerja tak larat...Teringin nak makan acar rampai dan rendang minang....


First time buat tu acar rampai...Recipe from Myrecipe and ada gak jenguk rumah Dayang Jack. Aku malas nak bawak turun recipe. So tak ikut sukatan lah, selain lupa letak kunyit dan tiada mustard seed. Rendang minang cinonit tuh segera ya..Just reheat je la. Tak ingat jenama apa. Nantilah aku upload gambar kotaknya. Sepaket ada 2 ketul cinonit, tu pun tulang je lebih :(...Malam tu pi rumah kawan mengambil kotak2 untuk packing barang la...Ok jugak kanda ada kereta ni...boleh rakyat jelata menumpang.  Cuma yg tak bestnya bila balik rumah, dia bising kata bau cuka. I cakap memang I masak guna cuka. Tapi letak sikit je la. Lagipun dah masak mana bau dah. Nak kata tumpah kat bench top tak pulak. Kena baju pun tidak...Ntah2 baju dia masam hahhaha.........E..eh bukan aku buat cerita, memang dia cium jugak lengan baju dia tau...

Tu tak termasuk dia bebel pasal housemate yang tak buat duty n housemate yg suka complaint. Minah German supposed to vacuum clean the house last weekend. Tapi dia tak buat. So, minah US pun complaint kat aku orang tak buat duty. Aku cakap mungkin tak perasan or dia nak buat monday. Memang on Monday petang baru dia nak buat. Tetiba vacuum cleaner tu hangit dan berasap. So minah german tak jadilah buat duty dia. Tapi kok iya pun, guna je lah penyapu bersihkan dapur, then mop. Tapi tak buat jugak. Takpun pinjam vaccum cleaner unit lain...Pagi Selasa, aku tengok ada somebody dah sapu lantai dapur cumanya sampah serta penyapu dia letak tepi je, tak kemas la kan. Hmm..either Minah German yg buat or Minah US yg dah bengang yg buat. Petang Rabu, Minah German pinjam vacuum cleaner unit lain. Tapi aku musykil bila dia mintak maaf dia lambat vakum dan tak terfikir nak pinjam unit lain punya. She told me that someone said that she didn't do her duty. So bila kanda balik baru aku tau cerita sebenar. Kanda suruh Minah German buat duty dia. Minah german pun kata, US housemate told her to do so too. Kanda ni pulak pi cakap Us housemate complaint kat dia. Minah German pulak said she didn't like people talk behind her back. Kalut pulak kanda, pandai dia cover Us housemate ask her wther she saw German hmate or not.  Tulah buat apa jadi penyampai, dah macam nak lagakan orang. Cakap je la since this week duty kanda pulak, so takkan dia kena habiskan kerja orang. So bila dia bebel2 kat aku, aku cakap lenkali jangan jadi penyampai, nanti tak pasal2 orang gaduh. Dia kata dia tak suka jadi proxy, US housemate suka sangat complaint, kenapa tak directly talk to German hmate. Then I told her, if she didn't like it why didn't she tell Us housemate too.

I really hate tukang sampai. Dulu pun dia jadi tukang sampai masa Minah berdua tu nak pi Melbourne. Minah US kata dia tak tahu pun pasal latest plan. Kanda pi sampaikan kat German hmate. Minah tu pulak cakap dia dah bagitau dalam FB. Memang elok kita dengar from both side...tapi buat apa nak jadi tukang sampai yg akan mengeruhkan lagi suasana. Memang I tak patut bukak aib orang kat sini, tapi macam manalah nak sedarkan orang macam tu ya?

On Thursday pun tak pi uni, so buka puasa dengan leftover food lah. Sekali lagi bila kanda balik, sibuk kata bau rebung. I cakaplah, kanda ni macam2lah...bau cuka lah, bau rebunglah. Sape pulak yg nak masak rebung...Tapi tulah, kalau tak dengar suara kanda rindu jugak hahhaha............Psst, kat rumah kami ada transformer kuning..nantilah i tangkap gambar.

Tadi jalan kaki pi city...Teringin nak makan taco. Tapi terbeli calamari ring sekali. On the way tu, nampak cantiklah pulak pokok maple nih. Jadilahkan...Nak pi botanic garden, malas. Pokok yg dekat rumah dah tak cantik....


Suka tengok daun merah and buah hijaunya...


Hah ni gambar maple tree in the city last 2 weeks...


Bila tengok memory card, banyak gambar aku tak post lagi. Ni ha menu2 terdahulu...senang letak terus bebanyak hahaha...

Beef kaprau...

Junk food for shift petang..chica chips tu ada logo halal tau....

 

Late lunch last last monday-pickled radish+egg+veges and sliced chicken roll+sambal cili...


Alamak....banyak lagi gambar food...Tak kuasa I nak upload dah...lenkali....till then....


UPDATE at 8.48pm:
I kat opis lagi ni. Yeay!!!!! Baru sat ni...My result for paper revision seems very promising. ALHAMDULILLAH....
So esok mungkin datang ofis to check whether other terms affect the total energy or not....


We imagined, we strive and perform dua, we achieved....