Memang sudah ditentukanNya.
Tapi apa dah jadi kepada remaja masa kini sehingga sanggup membuat gurauan yg terlampau?
Apakah didikan yang diterima tidak mencukupi?
Tiadakah pemantauan dari pihak sekolah?
Semoga aruah ditempatkan dalam kalangan org yg beriman dan semoga peristiwa ini menjadi pengajaran untuk semua pihak terutamanya pelajar, ibu bapa ataupun pihak sekolah.
Update 3/10/2014 -4.39PM :
KELIRU JADINYA...........................
Sumber dari Sinar Harian :
http://www.sinarharian.com.my/semasa/muhammad-hakimi-bukan-dibuli-1.322409
Muhammad Hakimi bukan dibuli
KANGAR - Polis meminta orang ramai menghentikan spekulasi mengaitkan
kematian pelajar Tingkatan 3 yang jatuh dari siling dewan sekolah kerana
dibuli rakan-rakannya.
Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, laporan mengenai kejadian mangsa Muhammad Hakimi Zukefli, 15, jatuh dalam keadaan tertiarap bersama kotak pensel miliknya adalah tidak benar.
“Apabila polis sampai, tidak ada kotak pensel di tempat kejadian. Bagaimana pula ia boleh dikaitkan dengan kes buli sedangkan rakaman percakapan guru-guru dan rakan-rakannya juga mendapati tiada unsur buli berlaku.
“Tak mungkin ada orang sanggup panjat dan meniti siling bumbung itu semata-mata untuk menyembunyikan kotak pensel, malah kalau ia dilambung pun tak akan sampai kerana ketinggiannya hampir 40 kaki (12 meter),” katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar maut jatuh dari siling dewan sekolah]
Jelas Abdul Rahman, dakwaan mengatakan mangsa cuba mengambil bola takraw juga tidak berasas kerana bola takraw dipercayai hanya melantun di atas atap anjung di hadapan dewan.
“Dia dan rakan-rakan bermain sepak takraw sebelum waktu rehat pada 10.30 pagi, ada dua biji bola melantun ke anjung tersebut tetapi guru tidak benarkan pelajar bermain naik mengambil bola itu.
“Selepas dua kali bola takraw melantun ke anjung, mereka bersurai tetapi Muhammad Hakimi tidak bersama rakannya yang lain sebelum ditemui maut di dalam dewan itu pada jam 11.15 pagi,” katanya.
Siasatan awal mendapati mangsa menaiki tangga di bahagian pintu belakang berhampiran pentas tidak dikunci, namun polis masih menyiasat bagaimana mangsa meniti siling ke lokasi dia jatuh.
Sementara itu, Ketua Unit Pembangunan dan Pendaftaran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis, Yusuff Man yang melawat tempat kejadian, berkata JPN bersedia memberi kerjasama kepada polis untuk menyiasat.
Kelmarin, Muhammad Hakimi ditemui maut di dalam Dewan Sekolah Kebangsaan Syed Alwi di sini.

Sumber dari Harian Metro :
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2014100302355520141003023555/Article/index_html
‘Arwah mengadu wang diperas’
Kangar: “Kami mahukan keadilan dan percaya arwah dibuli kerana arwah pernah menceritakan beberapa kejadian buli yang menimpanya kepada saya,” kata Zally Ismandy Ismail, 30, abang ipar kepada Muhammad Hakimi Zulkifli, 15, yang maut selepas terjatuh dari siling dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Alwi, di sini, kelmarin.Katanya, dia kecewa dengan tindakan sesetengah pihak yang menafikan kejadian buli menimpa arwah kerana mangsa pernah diperas wang oleh pelajar di sekolah terbabit.
“Bukan sekali, malah pernah beberapa kali sejak tahun lalu dia mengadu sering dibuli rakannya termasuk ditarik baju dan dilondeh seluar oleh rakan yang tidak bertanggungjawab.
“Saya tidak percaya kejadian ini tiada unsur buli kerana tidak munasabah jika dia hanya memanjat siling tanpa tujuan. Saya berharap arwah menerima keadilan yang sewajarnya.
“Malah, sesiapa yang waras juga mungkin mempersoalkan tindakan mangsa naik ke atas siling tanpa tujuan melainkan ada perkara lain cuba disembunyikan,” katanya yang ditemui di rumahnya di Behor Lateh, di sini, semalam.
Zally Ismandy berkata, adik iparnya yang juga anak bongsu daripada empat beradik itu tinggal bersamanya dan isteri, Norliana Zulkifli, 28, sejak 2010 selepas kematian ibunya ketika mangsa berusia lapan tahun.
“Arwah seorang yang lurus dan lembut kerana tidak pernah menimbulkan masalah di sekolah selain dikenali sebagai pelajar yang ringan tulang kerana sering membantu guru dan rakan sekolahnya.
“Sehari sebelum kejadian itu, arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan dan dia ada beritahu saya akan hadir pada program bacaan Yassin, hari ini (semalam), di sekolahnya sempena Ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga,” katanya.
Menurutnya, dia terkejut apabila dimaklumkan sekolah supaya datang ke sekolah berkenaan bagi membuat pengecaman.
“Saya tidak mengesyaki apa-apa sebelum menerima panggilan daripada sekolah pada hari kejadian supaya hadir ke sekolah bagi membuat pengecaman. Selepas datang ke sekolah, saya mengecam muka jenazah selain melihat bekas pensel kain yang digunakannya diletakkan bersama dalam beg mayat.
No comments:
Post a Comment