Awal bulan 9 kalau tidak silap I pergi ke Palm Mall Seremban buat pertama kalinya. Pelik juga bila masuk ke toilet yang tidak dipasang cermin muka. Ada terfikir entah2 ada 'sesuatu' sebab tu toilet tiada cermin. Fikir dua kali mesti pengurusan tak sempat pasang cermin, ya lah tempat baru kan.
Then saya pergi ke sana pada 22/9. Owh kali ni cermin sudah dipasang di toilet. Bila balik rumah tiba2 my sis bercerita yg kawannya orang seremban cakap toilet di situ memang ada sesuatu sebab tu cermin tak dipasang. I tak percayalah coz I kan baru balik dari sana, I siap dah membelek2 muka di cermin toilet. Anyway I surfed internet regarding that issue.....Alamak!!!! Memang ada cerita. Khabarnya si pemasang cermin terlihat dari reflection cermin ramai yang memerhatikannya...Nak tahu sila google sendiri.
Tadi I pi lagi mall tu. Adoiii...tiba2 jadi seram bila tengok cermin. Cermin tu macam tinted je. Lagilah I fikir bukan-bukan. Pulak tu sensorang. Sunyi pulak. Toilet tu pulak memang jauh tersorok di belakang lot kedai...lagilah I yg penakut jadi lebih takut. Pulak tu kerap pulak nak ke toilet grrrrr. Tak selesa betul nak "berurusan".....
Nak solat pun satu hal. Jenuh cari surau. Bukannya dalam Mall tapi di parking lot. Itupun tanda arah mengelirukan. Satu lagi memang bahaya jika kita berseorangan di dalam surau kerana kedudukannya di sudut yang agak terpencil walaupun mungkin ada kenderaan yang lalu berdekatan surau itu. Di Sogo pun suraunya di parking lot tetapi tidaklah terpencil. Dari takut jadi bimbang pula. Bimbang ada yang menyerang atau mencuri. Ruang solat wanita dan lelaki hanya dipisahkan oleh langsir nipis yang kepam dan tidak dijahit sempurna. Telekung memang menyedihkan; kotor, kepam dan ada yang lusuh. Pelik!!! New mall tetapi telekung di Giant Nilai jauh lebih baik. Memang tak capai la standard telekung R&R ataupun AEon Seremban 2. Bimbang bertukar menjadi geli pula. Sangat menyesal kerana tidak membawa telekung sendiri.
Owh selain penakut, bimbang dan penggeli, I ni pelupa juga. I ingatkan I buat facial treatment early sept tapi rupa-rupanya on 22 sept. Baru 18 hari berlalu tapi I buat second treatment tadi. HMM...wasting money huh....
No comments:
Post a Comment