Friday, October 3, 2014

Diberhentikan

Terkejut apabila dihubungi oleh seseorang di organisasi kami menjelang waktu zuhur siang tadi. Katanya risau akan diberhentikan dari organisasi kerana masalah prestasi dan meminta pengesahan saya mengenai syarat-syarat yang berkaitan. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Saya sedih kerana dia kedengarannya terdesak. Saya juga geram dan terkilan kerana dia tidak belajar dari pengalaman lalu. Tersentuh juga hati bila dia meminta maaf kerana selama ini dia tidak datang bertemu saya selepas kesnya yg pertama dulu, malah melarikan diri jika ternampak atau terserempak dengan saya. Tidak dapat dinafikan hati terguris apabila dia buat2 tidak nampak, tapi .....itulah realitinya, itulah kebiasaan orang2 di sini..

Setelah disemak syarat yg berkaitan, saya menghantar maklumat tersebut kepadanya menggunakan whatsapp. Saya fikir dia akan berasa lega tetapi sebaliknya katanya dia jadi bingung. Saya rasa mungkin dia salah faham dengan maklumat tersebut. Maka, selama satu jam saya study kes dia berdasarkan maklumat tersebut. Saya sediakan juga jadual untuk memudahkan kefahamannya. Jenuh juga memberi motivasi kepada orang yang telah hilang semangatnya. Sekali lagi hati saya tersentuh bila dia berkata dia bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Saya memang tidak senang duduk memikirkan masalahnya. Sesudahnya dari pukul 5pm sehingga 6.15pm saya study kes dia semula dengan teliti dan terperinci. Alhamdulillah berdasarkan kefahaman saya dia masih mempunyai peluang untuk terus bersama organisasi. Dia pun terkejut dengan berita baik ini. Terasa lega dan gembira apabila dia kedengaran bersemangat untuk meningkatkan prestasinya. Semoga dia diberi kekuatan dan dipermudahkan urusannya. Yang paling penting dia perlu ubah sikap demi masa depannya.



No comments:

Post a Comment