Wednesday, February 14, 2018

Buatlah: Campak sana sini

I memang tak faham
Kata satu unit
Tapi pentingkan diri
Dan suka pilih kroni

Dulu konon buat program apresiasi
Tapi agihan tak adil dan menyedihkan hati
Kumpulan ini pilih geng sendiri
Kumpulan itu pilih geng muda mudi
I yg sorang ni disumbat masuk golongan senior n berfamili
Tak meriah and rasa mati kutu keseorangan itu pasti
Yelah dengan senior semua perlu dibatasi
Pulak tu mereka pasti sibuk nak uruskan famili sendiri

Kini konon nak buat aktiviti
I ada kekangan untuk hadir awal ke diskusi
Baguslah agihan terus dibuat
Supaya urusan dipercepat
Tapi yang menarik mereka rembat
yg tak menarik, I disumbat
Sekali lagi kumpulan ada yg ikut kroni
Pilih closed friend atau adik beradik sendiri
Yg tak hadir pun menjadi pilihan awal
I pastinya disedari dipenghujungan
Bila dah perasan maka disumbat ke kumpulan yg bukan sekapal
Lepas tu diletak as pengemudi kapal

Maka perlulah disuarakan untuk didengari
Tidak sesuai untuk mengemudi
Berilah peluang I 'berehat' buat masa ini
Tapi apakah aktiviti yg I dapat ini?
Ada yg menerangkan tapi takku ingati
I nak buat aktiviti yg sepatutnya
Mereka kata itulah dia
Tapi I tak nampak bagaimana caranya
Perlu dibuat pertukaran
I nak yg menarik dan mudah difahamkan
Disuruh pula buat pilihan
Semestinya perlu segera difikirkan
Bila sukar buat keputusan
Ada yg mencadangkan
Aktiviti itu berdasarkan pengalaman
Aktiviti ini ada unsur keseronokan
Entahlah akur sahaja bila kepenatan








No comments:

Post a Comment