Sunday, October 31, 2021

Akhirnya

Akhirnya....
Setelah 2 bulan 
Last nite barulah aku buka TV
Tu pun tonton recorded movie 😅
The Doorman 



Lepas tu sambung Best Friend Betrayal pula
Konon nak rehatkan minda 😅

Alkisahnya lewat petang sabtu till 8pm
Dok ngadap dokumen
Edit untuk customer....
Untuk mudahkan semua pihak
Harap customer bersyukurlah
Dan usaha buat yg terbaik
Jika sebaliknya....
Tak tahulah nak cakap apa

Sejak 31 Ogos
Addicted dengan IG, Youtube dan program in Dailymotion...
Apalah nak jadi kan
Suppose makin usia meningkat
Semakin tinggalkan benda2 gini 🤦‍♀️
Semakin banyakkan ibadah dan zikir 😭
Tolong doakan untuk saya ya...

Akhirnya....
Setelah 2 bulan membeli mee udon dan udang
Setelah 2 kali sawi menguning dan taugeh membusuk
Maka, terjadilah....
Udon black pepper 😁😁






Thursday, October 28, 2021

Bukan harta mereka

Orang memang macam2
Bila harta kita
Bukan harta mereka
Mereka peduli apa

Jika berbulan2 kita tak balik
Berbulan2 bilik terbiar
Berdebu
Penuh tahi cicak

Tapi satu persatu barang hilang
Tanpa sebutir kata
Sama ada terus lenyap
Atau rosak di bilik lain

Bila harta kita yang ditinggalkan
Untuk kegunaan bersama
Jagalah baik2
Jangan dicalar 
Jangan digesel

Rosak?
Uruskanlah 
Insurans dan Roadtax?
Kadang kita yg bayar

Kemalangan?
Cepat2lah baiki
Maklumkanlah perkembangan terkini
Kenapa 4 bulan senyap?

Hmm...anak siapa yg bawa?
Kalau anak tak tahu uruskan
Mak ayah kenalah ambil tahu
Perlulah bertanggungjawab

Bila tanya apa status
Kenapa pihak insurans senyap je
Takkan nak jadi besi karat
Bila tanya ada report polis
Tak tahu apa
Nak kena tanya si atuk pula 🤦‍♀️😡

Dah hampir seminggu baru nak update
Tu pun hanya inform dah report polis
Yg lain2 kena tanya satu persatu2 🤦‍♀️😡
Sikit2 nak tanya atuknya
Habih korang parents buat apa

Memanglah itu harta aku
Bukan harta korang
Memanglah barang lama
Tapi tetap berfungsi utk korang di sana
Memanglah itu aku beli
Bukan korang beli
Tapi mana rasa tanggungjawab?
Kenapa nak lepas tangan?

Geram
Sedih
Kecewa...
Serabut!!!!

Semua nak kena hadap
Semua nak kena fikir
Banyak n sibuk kerja tu biasa
Tapi penat dengan sikap manusia
Perangai tempat kerja lain
Perangai di sana pula lain....



Aku pantang betul
Harta aku
Tapi orang buat aku terhegeh2
Buat aku macam peminta sedekah
Takkan nak tunggu aku balik
Nak aku juga yg uruskan semula...







Tuesday, October 26, 2021

Reminiscing Winter Sonata

 Lately dok dengar lagu BTS, Adele, Christina Perry, Celine Dion and Maher Zain je....

Tiba2 semalam teringat k-drama dedulu,  Winter Sonata



Malam ni teringat pula Autumn in my heart.



Tapi lupa jalan ceritanya
So googlelah....
Sambil baca sinopsis 
sambil dengar OST
Tak semena2 rasa sebak 
Berjuraian air mata
😭😭😭

Dah kenapa???
Emosi sangat???
🤦‍♀️😅😁🤣


Friday, October 15, 2021

Friday nagging...

Bila emosi masih terganggu
Kerja pula banyak
Long list of things to do
Nak semak itu ini
Nak buat laporan itu ini

Tapi banyak perkara tak selesai
Jadi tertangguh
Sukar dipantau
Due to certain party yg byk songeh
Dia lagi besar dari big big boss 🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️
Benda boleh settle sehari
Jadi hampir 45 hari
Sikit2 nak memo
Org biasa2 tak boleh hantar memo
Nak emel satu persatu bagi setiap task
Tak mau emel yg ada senarai task 😡
Masalahnya ko selamba terlepas pandang email

Nak isi borang itu ini
Nak lengkapkan fail itu ini
Nak muatnaik bahan itu ini
Nak update bahan itu ini
Nak sediakan bahan itu ini
Nak kejar customer itu ini
Rumah macam tongkang pecah
Tanaman kuning melayu kekeringan

Tadi semasa proses semakan 
Ternampak sesuatu dalam sistem
Ini tak boleh jadi
Biasa perlu hadap 1-2 sahaja
Kenapa kali ini 3
Ini tidak adil !!!

Bila ditanya pada leader
Dia pun terkejut
Coz senarai yg dia buat lain
So bagaimana senarai dalam sistem berbeza?

Bila ditanya kepada boss
Bagaimana boleh jadi gitu?
Bunyi macam benda kecik
Oklah jika as dummy temporarily
But still kena fikir risiko dan kesan to me
Nanti my work schedule pasti kacau bilau lagi
Yg sekarang ni pun masih tak selesai
So it is better to settle everyrhing at the early stage
To avoid the same thing happen again

But a bit dissappointed with the boss
Bila ditanya siapa yg masukkan dalam sistem
Coz ikut pengalaman, unit kamilah yg masukkan
In fact during my time...
I was the one who keyed in everything in the system
Dengan yakinnya dia menjawab pihak lain 😅

But when I asked the unit clerk
Definitely she was the one who keyed in it 🤣🤣
How come the boss did not know about it 😅
Moreover, later the leader called me
She actually have forgotten that she asked the clerk to put my name 🤦‍♀️😅🤣

Moral of the story
If you feel you are treated unfairly
Then you should make an enquiry
No harm in informing and asking

But....hello
If you aren't sure of certain things
Just try to get the fact right
Before you telling incorrect things 🤣🤣🤣

Sometimes we think highly of certain people
But they also normal human
....not perfect 😊😁
Well that is life

And we should have the strong courage
To tell them that they are wrong 😁




Thursday, October 14, 2021

Perlu sedar diri

Bila terlalu sayang
Bila terlalu risau
Kita perlu sedar diri
Perlu ada had
Itu anak orang lain
Bukan anak kita

Bila niat kita baik
Kita beri pelbagai cadangan
Kita minta disegerakan
Kita perlu sedar diri
Kita perlu terima
Orang mungkin salah faham
Tak cakap pada kita
Tapi lepaskan pada orang lain
Kata kita memaksa
Kata dia tahu nak buat apa
Itu anak dia

Kita perlu sedar diri
Kita perlu ingat
Itu hak orang
Jika memberi amaran pada yg menyampaikan
Perlu minta persetujuan dia sebelum sampaikan pada kita

Kita perlu sedar diri
Kita perlu faham
Mungkin sebenarnya orang itu terkejut
Mungkin sedih
Mungkin sukar terima anaknya kurang sihat
Maka dilepaskan kesedihan dan kekecewaan yg terpendam kepada orang lain

Kita perlu sedar diri
Di mana kita dalam hati mereka
Tak semua orang ada semangat kekeluargaan
Maka baiklah berdiam diri
Tak perlu bertanya
Tak perlu berkata-kata
Jika orang enggan memberitahu

Kita perlu sedar diri
Dan persiapkan diri
Bila sampai masanya nanti
Memang tiada lansung yg peduli
Hadapilah sendiri ....
😭😭😭😭

Thursday, July 29, 2021

Tamak dan Kroni

 Masing-masing punya misi
Terpulang nak merangkak atau berlari
Tapi kenapa perlu tamak
Berilah peluang pada yg lebih berhak
Biasanya mereka ini sehingga 3 fasa
Malah ada tangganya 

Anda baru lagi
Kenapa nk lompat anak tangga?
Tunjukkan potensi
Yang kini pun hanya arah sana sini
Orang lain yg tersiksa diri
Anda pula bebas buat itu ini
Sumber tambahan?
Tugas pihak luar?
Mungkin sebab tu selalu tak cukup
Terpaksa meminjam

Hmm macam biasa 
kan ada kroni...
Yg kini pun dapat berkabel
Yg baru pun lagi kuat kabel

Hmm macam biasa
Only talk no walk
But people see the talk

Seronokkah dapat cara itu?
Ada beza ya
Memohon dan ditawarkan
Kasihannya pada yg lama
Terkejut ...
Dapat tahu dari org kepochi
Belum rasmi tapi dah ada kecoh sana sini

Tsk dengki
Malah happy...
Tibalah masa untuk unit kami

Tetapi tetap kasihan 
Pada yg mengharap
Pada yg ada byk plan

Tetapi tetap risau
Apa nak jadi 
Jika hanya pandai bercakap




Thursday, July 1, 2021

Jembalang durian

3 minggu lepas
I order D24
Almost kena scam
Konon lori tak jalan
2 hari lepas tu tiba2 kata buah sampai petang
Tapi malam senyap
Bila hantar mesej
Tak respon
Tiba2 dia call hari sabtu 19 jun
Kata buah ada 
Tapi kena ambil di road block
Katanya buah pahang kena scam
So ambil yg Johor
2.5kg RM 75





Hmm....Tawar hebeh
Sedih sangat

So esoknya order durian kahwin
Besar giler 3kg 😅





Pahit sedap tapi agak lembik
Makan sikit
Lebihnya dibekukan

Then hari isnin
21 june
Berjaya dapat dari dusun
Selalu gigit jari terlepas
Or sakit hati tengok orang tamak
Alhamdulillah when the time come
1 ioi, 2 D99 dan 2 kampung



Hah! Hadaplah 🤣🤣
Nikmatnya ioi
Terbaik...
Pahit manis n biji keset
So bekukan 2 bekas






D99 susah giler nak buka
Sampai melecet jari 😭😢
Rasanya pahit juga but lembik
So i kurang suka



Durian kampung dari dusun rasanya kurang



Esoknya, dapat 3 durian kampung pula 
😅😅😅



Yg first cantik
Lemak2 manis



But esoknya
I beri 1 D99+2 kampung pada kawan 😁



2 hari lepas
Selasa 29 jun
Maka, habislah frozen durian kahwin dan ioi 😭
Kecuali si tawar hebeh 😅
My last container of ioi



So selasa order ioi+d88 dari jiran
RM23/kg
Semalam petang pi gerai buah
Order sebiji musang king 
RM46/kg-belum kupas
Malam pula order dari kawan
RM75/kg -dah kupas
Silap plan 🤦‍♀️😅

Harini tiba2 ioi ada masalah
So ada 5 jari je
Besar juga...3kg 🤦‍♀️😅



Adoilah susah giler nak buka
Berpeluh2...
Nak hancur dah
Macam2 doa dan zikir I baca
Tapi tak boleh buka juga
Alih2 kawan cakap musang dah sampai
Kalut I bersiap
Tapi dia dok hadap durian lagi 🤣🤣

So I sambung battle kupas durian
Ada org datang pula
Penjual Musang datang delivery
Dia tolong bukakan musang



Dan dia offer bukakan 5 jari
Alhamdulillah Allah maha mendengar
Dia pun kata susah nak buka 5 jari
Tak nampak ruas
Lagipun buah baru
Liat lagi
Apapun Alhamdulillah dia berjaya





Separuh I beri dia
Rezeki dialah kan
Tambahan semalam semasa beli buah
I nk rasa 1 biji manggis
Rupanya dia masukkan 8 biji you 😊
Terharunya orang tak berkira

Anyway 5 jari ni
Dia pejal, tebal, lemak manis n pahit

Cuba pula musang king penjual
Mungkin kualiti kurang
Biji pun besar
Manis but hujung pahit



Rasa pula musang king kawan
Hah! Manis pahit 😁
Biji kecik sikit
I suka yg ini



So, now ada 3 containers of durian
2 simpan dalam freezer
1 simpan bawah je
Apapun IOI tetap di hati



Thursday, June 10, 2021

Bila nak insaf?

 Berat dah almost 63 kg?
Tapi nak jugak hadap scones 🤦‍♀️😅🤣



Tu for evening tea time
Ni nak dinner apa ek???

Lagi 1 jam nak menghadap episod akhir..
Apalagi?
Rindu Separuh nyawalah....

Kerja banyak 😭😭
Baru submit satu task
Datang lagi task lain
Due lagi 4 hari 🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️

Update:
Hampagas betul....
Kunon episod akhir...
Rupanya bersambung 😡🤦‍♀️😅






J/B untuk odoh...

 Jodoh itu rahsia Allah
Apa kaitan dengan buat bodoh-bodoh?

Demi mengejar jodoh
Perlukah jadi bodoh-bodoh?
Just be yourself!!!
Jujur dan tidak hipokrit

Jika buat bodoh-bodoh sebelum kahwin
Tak ke naya selepas kahwin
Apabila suami sedar dia diperbodohkan

Dah selama ini berdikari
Jika mampu, buat sendiri
Jika tak mampu, upah orang le 😁
Takkan tiba2 nak buat bodoh-bodoh
Macam mana nak buat ya?
Habis siapa yang nak buat ?

Demi jodoh yg cepat
Demi nak memikat
Adakah ibubapa mengajar anak2 untuk bertindak bodoh-bodoh?
Bermaruahkah yang manja2 dengan entah sesiapa?

Yang dah bertemu jodoh itu
Memang pernah buat bodoh-bodohkah?

Memang semua lelakikah terpikat dengan wanita yang bodoh-bodoh?
Siapa yg kata?

Jika lelaki itu baik dan sedar diri
Dia terima wanita seadanya
Lelaki yang yakin dengan dirinya
Tidak rasa tercabar/terancam/risau/takut dengan wanita yang lebih bijak
Lelaki yg hebat
Bukan hanya berusaha meningkatkan dirinya
Malah menyokong wanita untuk menjadi lebih hebat
Jika betul lelaki tu sayang dan menghargai
Dia akan lindungi wanita

Sejak bilakah buat bodoh-bodoh
Bermaksud merendah diri, menjaga adab, berlemah lembut, ada segan silu atau bermanja-manja? 
Sejak bilakah perempuan yg boleh berdikari
Bermaksud tak hormat lelaki?
🤔🤔🤔

Berhati-hatilah memilih perkataan
Jika ada pilihan perkataan yg positif
Kenapa memilih perkataan yg negatif?
Lagi2 jika tujuannya untuk memberi kesedaran atau motivasi
Nak sebarkan kebaikan kan...

Jika sesuatu perkataan itu banyak atau luas maksudnya
Maka gunalah perkataan yang jelas maksudnya, mudah difahami dan tidak mengundang salah tafsiran
Bukan semua orang faham bahasa kiasan
Lagi2 dari pelbagai golongan dan peringkat umur
Masing2 faham ikut konteks masing2
Jika fahamannya lain
Dan mereka suarakan
Hormati pandangan mereka
Jangan musuhi

Kepada pentaksub
Jangan mudah nak menilai dan melabel orang
Jangan terus kata orang bodoh
Jangan tuduh orang bodoh sombong
Jangan kutuk kata gelap hati
Jangan tuduh orang biadap 
Jangan tuduh orang cepat melatah
Hanya kerana tidak bersetuju dengan idola anda
Hanya kerana orang tak faham apa yg cuba disampaikan

Komen2 anda beradab sangatkah?
Anda tidak melatahkah?
Adakah anda faham apa yg disampaikan oleh pihak yg tidak bersetuju?
Baik sangatkah perbuatan pi report orang yang mendidik wanita jadi berani, berdikari tanpa diperbodohkan suami?
Jika anda tak mampu untuk membuat kebaikan
Janganlah merencat usaha orang nak buat kebaikan
Disebabkan tindakan anda ramai yg boleh terkesan
Tak dapat bantuan
Sempurna sangatkah idola anda?
Lansung tiadakah cacat celanya?
Sehebat mana dan setinggi apa ilmunya
Dia tetap manusia biasa
Tidak lari dari melakukan kesilapan
Perlu juga terima teguran orang lain
Tetap perlu refleks diri


Sunday, May 9, 2021

Shopping 5.5.2021

Hi there
How are you ?
Last time I dah terjebak 11.11
Kini 5.5 terjebak lagi 😅
Korang shopping apa?
Mine biasa2 je 
Memang jenis cheapskate 🤣🤣🤣

Anyway, ni barang yg mula2 sampai 
Which was on 6.5.2021
Cepatkan 👏👏


Apakah itu ? 🤣🤣🤣
Itu barang hot lagi viral utk april tau.
Cari di dua negeri tiada
Jumpa di shoppee

Then, on 7.5, I received this 


Dah selamat pun kukus dimsum tadi ☺

and this


Macam gamer tegar ek.
Padahal tak suka pun main game.
Tapi berat pulak benda ni
Tak selesa kepala I 🤦‍♀️😅

Semalam, 8.5.2021 sampai pula ini.



Dah try tadi
Not bad.
Nak dyson sebenarnya
But mimpi je lah 😁😁😁

Owh harum manis pun ada you
Dapat 6.5




Besau-besau nau kan
Not via shoppee lah 🤣🤣🤣
Order dari neighbourhood group
Oklah RM100/3kg

Olehkerana banyak nau kerja
Dan serabut
Dan memikirkan gonna be raya di perantauan again
Sorang pulak tu....
Maka, Semalam pula
Ronda2 cari arm chair
Pi 3 kedai...
Tiada design dan warna yg berkenan.
I prefer blue, dark turqoise or dark grey
Yg bawah ini seems ok
But keras pula



Pi cari pleated shawl tiada yg berkenan.
Sebelum balik sempat membeli seluar aladin pendek
dan kakigori 



But I tertukar juga my bracelet pulak 😁☺😅
from this



To this



Tapi tu la a bit regret
Coz tak fikir panjang 
And kalut sangat
Tak study dulu yg emas kosong tak tahan lasak
Jika jual semula mungkin akan kurang harga compared to emas padu
Tak check dulu harga emas pasaran
Tak tanya harga upah
Tak survey kedai lain
Tak tanya berat 
Tak tanya berat and harga tolak my old bracelet
Hanya tanya harga emas pd org kedai
Katanya RM265/gm
Balik I google RM245/gm
Maksudnya dia ambil upah emas tinggi
RM20x9.98g=RM199.60
I google suppose around RM9-RM12/g
Takpun antara RM50-RM300 ikut design.

Think positively
Lesson learnt
Thing happens for a reason
Dah beli dah pun
Lagipun tu kan self reward
Dari RM1400 tu actually tambah RM700 je
Rm500 rezeki lebih bulan ni.
RM200 upah on certain task
Oklah adalah kenangan utk raya 2021 dan pkp3.0