Monday, December 29, 2014

Travel sana sini

Belum hilang penat ke Pantai Timur, harini destinasi ke Kuala Pilah pula.


I love to see the beauty of nature...foggy hill.


First time memandu ke sini. Seorang pulak tu. Selama ni tumpang kereta org lain or ada somebody yg tolong pandu. Cuak juga kot kena lalu Bukit Putus, rupa2 nya dah ada laluan alternatif ikut jambatan tinggi hahaha. Kalau tak silap kali terakhir jejak kaki di sini pada hujung tahun 2008. Hmm 6 years back ....patutlah serba tak tahu.

Selama hampir 2 jam memandu, meeting with customer, singgah di Seremban2 dan kembali ke rumah memang hujan tak berhenti.


Alhamdulillah hujan renyai2 sahaja bukan hujan lebat. Alhamdulillah perjalanan lancar dan selamat. Memang minta mak doakan tadi.

Risau jugak kok jalan ke sban-Pilah or Pilah banjir macam hari Jumaat lopeh.



Credit source:


I memang lalu jalan ni tadi.

Sesiap bawa satu beg kecil yg ada air, biskut, baju tukar, kain batik, towel kecil n pad as emergency preparation. Risau jugak tadi bilo dongar kek radio jalan soromban pilah sosak. Ada lori rosak dari arah Pilah. Maso lalu pagi tadi memang hampir 4/5 km  jugaklah deretan kereta nearby Terachi. Alhamdulillah on the way balik, jalan dah clear.

Sunday, December 28, 2014

Pesawat AirAsia pula hilang

PRAY FOR QZ8501. Ujian demi ujian....


News from Astrowani :
http://m.www.astroawani.com/news/show/pesawat-airasia-dari-surabaya-ke-singapura-dilapor-hilang-51069

News from AirAsia facebook:


If you notice Air Asia has changed their profile color. May be due to the shocking news ....

Who's the owner of Air Asia Indonesia?


Friday, December 26, 2014

Pabila penyu menangis

Pray for those who affected by the flood in Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis and Kedah and the latest Johor and Negeri Sembilan. May Allah protect them and the rescue team and grant them strength and patience.

I flew to Ganu on 21 Dec. A bit scared and nervous when the plane was shaking after hitting or while passing thru heavy clouds. This was my first flight this year and that MH370 and MH17 tragedies did affect my mind. The following pics show the flood view from the plane




It was drizzling when I left Ganu airport. It was so scary listening to the strong howling wind from night and early morning. The sound of rain bashing against the hotel window made me scared even more. Sleepless first nite in Ganu. Hmm...this was just nothing. Just imagine if we were in the shoes of the flood victim....worry, scare, sad, cold, hungry, disappointment of long awaiting and some may fighting for their life. Survival without/lack of food, without electricity, without water supply, when losing connection, when the road is inaccessible, when it is risky to use boats due to strong water current, when the rescue/supply helis have to turn back due to bad weather condition or no place to land.

On my second day in Ganu it was gloomy, windy and sometimes drizzling and raining in the day. Hmm being a shopaholic I didnt waste any time to go to Pasar Payang after 4pm. The next day I heard the news that Pasar Payang was flooded due to high tide that night. According to the cab driver despite the warning for people to stay away from the beach, yet certain people were excitingly waiting to see this phenomena at the beach.

On my third day there, the gloomy and windy day continued. In the morning the heavy downpour and strong wind sometimes distracted my eyesight from focusing on customers' presentation.

Terbang-terbang dan melayang-layang scarfku, terangkat-angkat kainku sampai ke lutut dan melekat melekap baju di badanku ketika menunggu cab di tempat bertugas, melintas jalan, meronda dan berjalan pulang ke hotel. Tak larat nak cover sana sini dan kempiskan perut. Si Penyu ini mungkin menangis melihat si boroi dan si boncit terkial-kial ....




Remeh Temeh

Kes banjir
Dalam group whatsapp my unit masing2 risaukan keadaan/keselamatan rakan2 yg pergi bertugas ke negeri yg dilanda banjir. Semua nama disebut satu persatu.....except my name. Ya, saya tidak penting.

Kes kerjasama
Email berkaitan pelanggan telah dihantar kepada semua staf yg terlibat pada awal disember. Email peringatan pun sudah dihantar. Medium whatsapp juga digunakan. Sehingga hari ini masih ada yang belum respon. Ya, saya bukan siapa-siapa pun untuk meminta tolong atau memberi arahan.

Kes marah
Sebelum ini katanya apabila dia marah dengan seseorang katanya dia malas nak balas mesej. Tiba2 dia tak balas mesej saya dalam tempoh waktu yang memang biasa dia berwhatsapp. Sepatutnya saya yg marah coz dia masuk campur tugas saya. Kalau nak sangat, ambillah. Lepas tu suka2 hati kata saya tidak adil kerana menyangka dia terpaksa membuat kerja tambahan walaupun sudah berulang kali dinyatakan bahawa dia tidak terlibat. Susah jika orang tidak faham dan tahu apa yg saya terpaksa hadapi. Sepatutnya, saya yang sedih apabila rakan sendiri tidak memberi kerjasama dan sokongan. Ya, seperti yg dia pernah cakap saya bukan calon pilihan sepertinya.

Kes berubah
Enam tahun dulu apabila dibawa ke Nilai 3, katanya tak minat dan tak minta pun nak dibawa ke sana. Maka, kita yang begitu excited untuk share dan bawa kawan ronda2 terus feeling down. Alih2 awal tahun ini pandai2 buat perancangan nak bermalam di kampung saya dan pergi ke Nilai 3. Eh! Bulan lepas pun dia pi. Ya, saya keliru dan terkedu.

WHATEVER IT IS JUST THINK POSITIVE AND LET IT GO. IT JUST VERY SMALL MATTER AND TRIVIAL.
THIS IS THE SYMPTOM WHEN MY EVIL TWIN SISTER IS COMING....SOON.




Saturday, December 20, 2014

Ikea DIY 2 jam?

Sambil menonton kekacakan dan ketangkasan pemain Thailand baiklah I update blog daripada asyik merasa cemas. Semoga Harimau Malaya mengaum!!!!

Hujung bulan 10 haritu I pi ikea. Hasil tangkapan adalah tempat sudu, small vases n tray.


I was really excited to get these cheap glasses from ikea. A bit disappointed once I knew it made in China.


 I like this rack as space saver


Senang nak tindan barang


I bought this bar chair for rm39.90 each



It took me nearly 2 hours to set up the first one. Bila dah tahu teknik yg betul barulah ambil 30 min saja.

Actually I want to buy this table unfortunately it was out of stock.


Few items that I love to see









Hilang mesej

Disebabkan stress psl kes yg x dijangka dan pasal orang yg tuduh I unfair,  I mengadu kepada 2 orang rakan via whatsapp. Tapi bila fikir balik tak baik I mengadu domba I deleted message tu. Lagipun rakan2 tu masih x baca mesej tu.

Tapi bila I google rupa2nya walaupun kita dah delete message tu rakan2 masih boleh baca mesej tu in their conversation history.

Then, I rasa ralat pula delete message tu coz ada juga info penting. Bila google kita boleh restore message tu dgn cara uninstall n reinstall whatsapp. Malangnya, semua message semalam cannot be retrieved. Hanya mesej dari previous days yg boleh restore. Adoi...dah la bamyak sangat mesej penting. Hmm nilah akibatnya bila buat juga perkara yg kita RASA tak patut dibuat dari awal. Tapi ada juga hikmahnya supaya i tak asyik baca dan teringat2 that 'unfair' conversation

Dealing with difficult people

2 minggu ni sangat sibuk dengan tugas harian dan tugasan tambahan lagi2 sejak I memegang jawatan kecil since Nov. I penat, I stress. Banyak sangat masalah yang perlu dikendalikan dan diselesaikan. Lepas satu satu masalah yg timbul. Pulak tu perlu diuruskan segera. Keluar pagi balik senja. Orang lain dah lama balik, tapi I tinggal seorang di ofis sehingga 7pm setiap hari.Sedar2 dah 6.30pm, barulah kalut nak solat. Rasa berdosa sangat. Contact/ minta bantuan/layan ramai org dengan pelbagai cara Call/sms/whatsapp/Email/fb messsge/fb post.

Disebabkan itu mudah sensitif dan sakit hati di tempat kerja bila orang
1. buat tak kisah dari awal.tapi bila dah makin teruk mengharapkan kita selesaikan.
2. tak tahu punca masalah wpun sepatutnya dia perlu ambil tahu. So, kita juga yg terpaksa uruskan. Bila sudah mendapatkan info lansung x respon.
3. yg kita share psl cadangan selesaikan sesuatu masalah, tuduh kita unfair semata2 takut dia terlebih kerja. Faham tak maksud cadangan?
4. sikit2 nak memo.kalau tiada,buat tak peduli
5. pandai2 bagi cadangan sesuatu yg diluar peraturan.tapi mengharapkan kita selesaikan.
6.kata datang cari kita, tapi kita takde.padahal info about my whereabout sudah terpampang.
7.tidak buat kerja dgn betul n bagi info yg salah dan mengakibatkan org lain yg menanggung akibatnya.
8. Enggan uruskan sesuatu dan membiarkan orang yg bermasalah itu selesaikannya sendiri.kesian ditendang sana sini.
9.hantar surat tanpa salinan kpd kita.sesudahnya bila ada masalah kita yg tak tahu apa2 perlu selesaikan.
10. sesuka hati bagi arahan dan tukar arahan.
11. tak beradap hanya attach file dlm emel tanpa sebarang penyataan.walaupun dah ada panduan.
11.tak beri kerjasama n ignore my message yg pelbagai medium itu
12. balas mesej dh lewat mlm padahal perkara itu urgent. Bila I buat keputusan sendiri, dia x setuju pulak.



-

Tuesday, December 16, 2014

Ibu tunggal, Seorang dan Tak kahwin

Few years back, conversation between my 6 yo nephew and my sister.

My nephew: mama ibu tunggal tu apa
My sister: perempuan yang tiada suami
My nephew: owh macam aunty fairy ya.

Hei apa je la penerangan my sis tu, sampai budak confuse antara single mother and bachelor.

Hari Selasa lepas sambil jemur kain di malam hari, conversation with my 5 yo niece.

My niece: kesian auntie fairy tinggal sorang. Sebab tu adik teman
Me: baiknya adik...

I am touched with her words.

Hari Rabu lepas semasa dalam kereta, tak ingat how did we start the conversation

My niece: macam auntie fairy tak kahwin lagi
Me: mana adik tau auntie tak kahwin lagi
My niece: hehehe ( sambil sengih-sengih)
Me: tak kahwin lagi tu macam mana?
My niece: hehehehe....
Me: cakaplah dik
My niece: hehehe...takde lelaki lah

Adoi....another touching moment.
CHILDREN DO HAVE EYES, NOTICE AND AWARE WITH PEOPLE AROUND THEM.
Tidaklah marah dengan kata-kata jujur dari kanak-kanak, hanya TERSENTAK.

Tapi I memang SENTAP apabila berada dalam situasi di bawah:

Orang yg baru dikenali: anak berapa orang?
Me: Saya tidak kahwin lagi
Orang: Hah!!!!! Tak kahwin LAGI!!!!! Umur berapa?

Orang yang sudah 17 tahun tak jumpa, tiba2 contact I untuk jadi cabel anaknya kot. Setelah berbual pasal kes anaknya, dia bertanyakan soalan.

Kawan: anak dah berapa?
Me: I belum ada anak lagilah
Kawan: Nilah masalah orang pandai ni

Luckilylah I tak cakap masih bujang or else faham2 sajalah. I tak rasa masih belum ada anak atau masih belum kahwin tu satu masalah coz I percaya itu ketentuanNya, mesti ada hikmahnya. Memanglah sedih, tapi takkan I nak meratap dan menangis. Lebih baik terus berusaha, berdoa dan nikmati hidup ini. Tapi masalah timbul apabila ada orang yang tidak sensitif, malah seolah2 menafikan itulah ketentuanNya. Jika hidup anda sudah lengkap dan sempurna, maka bersyukurlah. Jika anda tidak dapat menolong orang yang hidupnya yang anda rasa serba kekurangan, jangan  sesekali mempersoalkan nasibnya, menyakitkan hati atau hina dia. Jangan lupa nikmat yang dikecapi itu boleh ditarik bila2 masa sahaja.

Reminder to all n definitely myself too.



Sunday, December 14, 2014

Homepro pulak

Seperti Index Living, Homepro juga menawarkan barangan/kelengkapan rumah yang menarik. Jika di Index Living I lebih berminat untuk melihat sofa, tv cabinet dan bedroom set, di Homepro yang lebih menambat hati I adalah untuk storage dan jubin. Macam biasa hanya jamu mata tanpa beli apa2.

Yang bawah ni macam sesuai utk diletak dlm nursery or playroom.



Stackable storage that seems nice and neat  in open cabinet.

Plastic rack 3 layers suitable for small space in laundry or kitchen


Rack as space saver in wardrobe or kitchen cabinet


Kitchen rack than can be stacked into 2-3 units


Suka yang bawah ni


Suitable as laundry sorter


Storage shelf 4 tier nak buat gapo?


Tamat cuci mata dengan storage now we proceed to variety of tiles. English and wavy style tiles


Brick style tiles. I like the left one and how I wish that I found it earlier to be my kitchen backsplash


Simple line styles


Mediteranean style



Suka pula melihat these grass and stones tiles


Which one to choose? Rambang mata jadinya.



Yang ni pun i suka









Saturday, December 13, 2014

Tersepit

Adakalanya kita tersepit antara arahan ketua, tanggungjawab yang diamanahkan, keluhan rakan sekerja dan simpati kepada pelanggan. Begitulah dilema yang mungkin dialami bila memegang jawatan tertentu.

Lagi-lagi jika ada rakan sekerja yang difficult dan memilih untuk membuat tidak peduli dengan alasan hanya diberitahu dengan cakap2 sahaja tanpa sebarang surat rasmi. Agak angkuh bunyinya. Kita faham semua orang memang sibuk dan tidak larat lagi dibebankan dengan tugasan lain. Malah kita yang turut terbeban pun sebenarnya kalau diikutkan memang tidak sanggup.

Tetapi perlukah ikut kepala sendiri dan memprotes sebegitu? Memang itu hak dia. Tetapi bagaimana dengan pelanggan yang dinafikan haknya? Adakah ramai orang yang sudah berpangkat dan mempunyai gelaran sebegitu? Lupakah dia semasa zaman bawahannya dulu???? Tidak pernahkah dia alami bila sangat memerlukan tiada siapa yang menghiraukan????

Monday, December 8, 2014

Index Living mall?

While I was in OZ I often drooling and craving for food yang popular sana sini seperti pavlova, macaroon, red velvet, puding karamel dan ikea meatball. Adakalanya sangat hampa bila berpeluang menjamah makanan tersebut, ianya tidaklah seperti yang digembar gemburkan. Macaroon dan pavlova I dapat menjamahnya di OZ. Rasanya bolehlah tahan walaupun too sweet for my liking. Pada I yang paling mengejutkan adalah apabila menikmati red velvet. Memang sedap, tapi setakat itu sahaja. Memang citarasa dan selera masing2 adalah berbeza.

Perkara yang sama berlaku bila I pergi ke IOI Mall. Setelah 2 minggu menahan sabar dan mata, akhirnya I berkesempatan ke sana last Saturday. Tempat dituju semestinya Index Living. Again I felt disappointed. So as a lesson never put any high expectation if you see any good reviews. Suka tengok, tapi setakat itu sahaja. Sebab apa? Sebab mahal hahaha. Dah tak mampu banyak mulut pulak kan....oppps.


Saja survey tv cabinet



Sofa bed juga





Trolley

360 deg rack


Wall shelf



I heart ikea more.......