Monday, January 13, 2014

Memacam hal

Pagi tadi, konon nak tengok tv sambil brekky.
Alih2 terpapar di TV yang my astro card inactive.
Bila check bil...opps aku masih tak bayar bil bulan 12.
Due datenya 02/01/14. Hari ni kan dan 13/01/14.
Chet!!! kok iye pun hantarlah reminder grrrrrrrrrrrrrr.

Then, naik ke bilik. Konon nak bayar bil via online.
Celcom broadband pulak buat hal. Connection failed...
Tak boleh jadi ni, awat dari semalam no connection.
Bila check senarai message, takde pulak overduenya
Bila check bil...opps pun bil bulan 12 dah overdue...
Due date 26/12/13.........

Maka, bila sampai opis boleh bayar.
Tapi kita pi bank dulu ya.
Sampai town, tempat parking susah dicari.
Jalan pun sesak gara2 orang parking menunggu dikiri kanan jalan.
Sesudahnya jalan dua lorong jadi jalan tengah lorong.
Ada pulak si bingai yang menyekat jalan dan menunggu utk buat u-turn di jalan sesak.
Bila I bagi laluan, orang belakang pulak bengang dengan I grrrrr

Akhirnya dapat parking jauh dari bank.
Harus menapak dalam kepanasan.
Bila sampai bank, amboi ramainya orang...
Tapi, pendapatan ASB haruslah disemak sebelum buat pinjaman dot...dot..dot
Jika cukup pendapatannya, maka boleh kurangkan loan dot dot dot...
Tapi baru pukul 11am, aku dapat nombor giliran 99..
Ya 99 you...ramai bona nak tambah/keluarkan pelaburan ASB yo...
Maka, dicadangkan datang petang.

Dah alang kepalang keluar ni, elok juga singgah je la watson yang dekat dengan parking
Tapi tak buka lagi pulak......

On the way to ofis, singgah beli nasi ayam
Dah 3 minit selepas ambil my order, baru nak gantung 3 ekor ayam
Then tak muncul-muncul2.
Then keluar semula si tukang ambil order baru perasan kawannya tak siapkan my food
Maka, dia pun potong ayam.
Kalau iya pun potong je la untuk I dulu.
Yang pi potong sampai seekor ayam tu buat apa.
Bila nampak my pandangan tajam dan bengang, barulah terhegeh-hegeh nak siapkan.
Hish! camnolah restoren Melayu nak maju

Bila sampai opis,
Hish ada yang nak kena ni.
I expect to see certain letters in my office before 12pm.
Ada 2 ketul je, yang lain lupa or buat2 lupa.
Dah pukul 12.45pm baru lagi 2 pucuk surat sampai.
Memang saja nak datangkan marah

Bila nak lunch, terkejut tengok sup nasi ayam berlinang dalam plastik besar.
Rupanya plastik sup tak diikat kemas
Bila dah hampir habis lunch, baru perasan, baju basah terkena sup ayam yang menitis dari plastik.
Maka David Beckham perfume bertukar menjadi fragrance nasi ayam.
Hmmmm....what a day!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment