Thursday, May 6, 2010

Jom kito buek stok si manis ni...siapa lagi kulit kayu le

Pernah tak korang minum susu+kulit kayu manis??

Rasanya last 3 months, den nampak my housemate bancuh susu+sesudu serbuk kayu manis+brown sugar. My housemate kata rasa macam coklat. Bilo eden torai, sodap gak tambahan dengan aroma kulit kayu manis tu...Den tak lotak gulo pun...habis licin jo susu tu hehehe.

My housemate told me about her 'finding' in the internet that cinnamon is good for our brain. Kulit kayu manis bagus untuk meningkatkan daya ingatan atas kandungan antioksidanya. Info yang menarik dan bermanfaat. Hehe rasanya korang dah tau..aku sorang je kot yg tak tau lagi. Dedulu masa zaman rumaja hanya tau kulit kayu manis yang digesek di belakang pasu elok untuk keringkan jerawat je. E..eh..jap, kalau la ni masih ada jerawat, maksudnya den masih remaja lagikan hehehe...A few years back my friend suggested to me to mix honey with water and cinnamon powder. Tak ingatlah apa khasiatnya. Tapi, masa tuh memang malas nak buat pun.

Sebenarnya, banyak manfaatnya kulit kayu manis ni, bukan sahaja menambahkan rasa dan membangkitkan aroma dalam masakan, malahan baik untuk kesihatan. Pencarian aku di internet mengenai kulit kayu manis, mendapati ia baik untuk sistem penghadaman, merawat diabetes, mengatasi mulut berbau dan sebagainya. Khasiatnya akan bertambah apabila dicampur madu, misalnya untuk mengatasi sakit kepala, sinus, sakit sendi, masalah berat badan, gigitan serangga, merawat kulit bermasalah-jerawat dsbnya. Ia juga boleh dinikmati bersama teh, sebaiknya teh hijau yang tinggi kandungan antioksidanya.

Walaubagaimanapun, setiap pengambilan perlulah mengikut kadar yang sesuai dan tidak berlebihan untuk mengelakkan sebarang alahan atau tindakbalas yang berisiko. Terdapat juga sumber yang menyatakan bahawa terdapat kulit kayu manis yang mengandungi toksid, terutamanya dalam bentuk serbuk. Maka, berhati-hatilah. Walaupun sesuatu bahan itu baik untuk kesihatan, tapi sekiranya di ambil dari sumber yang meragukan atau tidak sesuai dikhuatiri boleh mendatangkan mudarat.

Untuk maklumat lanjut sila layari Tok Tenet dan antaranya seperti berikut :

[1] 10 health benefit of cinnamons

[2] Health benefit of cinnamons
[3] Cinnamon benefit & Information
[4] Herbal dan manfaat kesehatan kulit kayu manis
[5] Khasiat kulit kayu manis
[6] Khasiat madu+kayu manis 1
[7] Khasiat madu +kayu manis 2
[8] Tumbuhan sebagai penawar penyakit
[9] Makanan dan hikmahnya dalam islam

Apo laie kak jah...jom la kito sesamo mendapat khasiat dari kulit kayu manih ni. Pastikan kito ado stok kayu manih...supayo kito manis selalu...:))

PEMAKANAN BERKHASIAT KE ARAH AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
....pesanan dari Acik Fairy.....

(huish, macam menteri kesihatan lak hehe)

No comments:

Post a Comment