Nak bersihkan kolon, nak buang toksin, nak lancarkan sistem penghadaman, nak sihatkan dan segarkan badan.
Kenape den nak buek detoks pulak ????
Semua jawapan di atas...selain dah terlebih makan dan nak kempiskan perut lah hehehe....
Lagipun haritukan..dah banyak kali plan seminggu tanpa nasi, tapi tak boleh gak. Hish susah betul nak control keinginan nak makan ni, especially Rabu lepas. Nilah penangan nasi ayam kawanku...Yumm..yummm !!!

Lagipun..lately susah nak telan food bebanyak sekaligus. Memang biasanya aku jenis orang makan sikit tapi kerap (Kalau stress makan banyak nak kerap le...). Cuma kali ni yang sikit pun susah nak telan..bagus gak kan hehehe. Tapi, cepat sangat lapar n nak makan selalu la..hish...
So, esoknya bawa bekal sardin kicap je...terpengaruh dengan tayangan kak Aidah lah ni hehehe. Psst..leftover gak ni, cuma serikan ngan vegies hehehe.

Jumaat lak, biasalah kehabisan idea n nak jimat masa...vegies scrambled egg for lunch and black pepper grilled vegies+chicken for dinner...

Camno nak detoks???
Ikut resipi my friend, Cik Ami...segelas susu, 4 sudu yogurt, 2 sudu honey + 1/2 biji limau.
Tapi bergantung kepada individu jugak ya, ada yang selepas 2 jam proses detoks berjalan ngan lancar. Macam den selepas 5 jam kot, tu pun setelah melantak my leftover pajeri nenas+frozen pegedil hehehe....Memang rasa lega, Kak jah woi.....

Salam Fairy,
ReplyDeleteOrg kata kalau nak diet elakkan makan pada waktu malam. Siang tu makan je macam biasa.
salam kak..tu ar kena buat camtukan. Saya ni pulak suka makan malam sambil tengok tv..lagilah laju je telan..macam manalah nak jadi dietnya kan hahaha
ReplyDelete