Saturday, July 12, 2014

Menjelang pertengahan Ramadhan

Pantas sungguh masa berlalu, pertengahan Ramadhan bakal menjelang.
Untuk yg perempuan masih puasa penuh atau sudah tertinggal?
Solat tarawih 8 atau 20 rakaat?
Sudah berapa juzuk bacaan alQuran?
Apa menu berbuka?
Bagaimana pula sahur?
Berapa kg berat badan menyusut?

Well sesiapa yg tak dpt berpuasa pd awal Ramadhan mungkin juga tak dpt berpuasa di akhir Ramadhan huhu...I lah antaranya.Tak larat la nak ganti bebanyak. Harap tak ganti last minute mcm sebelum ini.

Semasa first day I mula puasa, I begitu bersemangat nak solat tarawih. Masuk hari ke-2 rasa x larat sangat. Hari yg ke-3, I kuatkan hati walaupun solat agak lewat. Alhamdulillah hari seterusnya I boleh solat isyak awal dan terus solat tarawih. Menjelang 9.04-9.15pm dah habis solat. Sebelum ni I rasa 8 rakaat tu macam byk sangat. Tapi bila fikir bil rakaat tu mcm solat isyak 2 kali je, terus bersemangat hehe. Camno tu? Nenek tua elok je habiskan 20 rakaat, yg tak berapa nak muda ni yang tal larat isk isk....

Masuk bab mengaji Quran tu tak pernah la khatam bulan Ramadhan. Dah la baca slow, sikit pulak and bukannya every time lepas solat. Setakat 4 page sekali baca yg biasanya selepas solat subuh, maghrib atau isyak.Orang lain first day Ramadhan dah habis 1 juzuk....

Berbuka pula ada yg dibeli

Sambal ikan bawal dan pajeri nenas

Gulai batang keladi dan asam pedas pari

Sayur hari sebelum dan rendang kerang

atau di masak sendiri antaranya ialah

Udang goreng kunyit

Masak lomak daging bakar

Kailan n telur dadar (n sambal paru beli)

Veges n lauk haritu

Sahur semasa first day i dok minum milo and makan roti selain buah kurma. Then teringat Ephyra yg telah lama ditinggalkan. So sahur seterusnya segelas kecil Ephyra dan semangkuk cereal n fresh milk berserta buah kurma


Pagi semalam konon nak makan quacker oat n susu Anlene. Baru sesuap dah rasa lain macam. HISH...dah rosak kot. Tu yg pelik I kept it in tupperware container grrr.....

Menu sahur dah macam sesuai utk lose weight. Tapi menu berbuka definitely is a NO NO...oily and fatty food food hehe. Memanglah makan brown rice tapi portionnya 1 1/2 senduk tu byk haha. Awal first week Ramadhan mmg turun sekilo to 49kg.Awal second week 48kg. Now back to 49kg wpun I ada juga buat light exercise huhu. Nampaknya lepas ni perlu eat steamed and baked food je la.






No comments:

Post a Comment