Kadang2 tak faham bila membaca komen orang di mana2, seolah2 mereka lebih tau apa yang berlaku dan sesuka hati menuduh, mengata, mengutuk, menilai dan menghukum orang. Awak tinggal serumahkah? Awak keluarga terdekatkah? Awak ada ditempat kejadiankah? Awak lihat dan dengar sendirikah? Hanya mendengar cerita sebelah pihak, terus buat kesimpulan sendiri. Konon serba tau, satu hal; menghukum pulak; Masuk campur hal orang lagi; Menyampaikan juga; melaga2 pun sama. Apa yg ko dapat? Happykah jadi batu api??? Sukakah bila hidup orang tak tenteram???? Ada sajalah yang tak kena....buat tak tahu salah, ambil tahu pun salah...Apa yg ko nak sebenarnya? Kalau betul orang tu salah, siapa kita untuk judge dan hukum dia? Kalau memang dia tak salah, bukankah dah jadi fitnah. Doa orang yg disakiti dan teraniaya tu makbul. Cuba Cermin diri !!! Awak tu baik sangatkah? Sempurna sangatkah? Suci sangatkah???? Tak takutkah suatu hari nanti kejadian yang sama berlaku kepada anda???? Rasa2 boleh hadap????Daripada sibuk menambah perasa ke jalan cerita yang tak diketahui hujung pangkalnya, apa kata doakan yang baik2 sahaja.... .
Peringatan utk diri sendiri juga yg selalu meluahkan dan membebel.
No comments:
Post a Comment