Monday, March 16, 2020

Terikut panic buying????

Petang I pi Grand Union,
Nak beli barang2 yg memang dah habis
macam bawah ni...


Bila sampai,
terkejut tengok ramai orang.
Pulak tu mostly beli beras, mee segera dan biskut
Memanglah ada dengar2 juga mungkin ada lockdown
Tapi tak sangka pula ramai yg kalut
I ended up membeli juga
Tapi beli yg bukan2 macam ni
🤦‍♀️😅😁



Bila pi speedmart
Pun ramai orang
Ada yg dok beli mee segera
pelbagai perisa dan jenama
lebih 5 bungkus kot

Balik rumah check phone
Ramai yg panik buying rupanya
Beli beras berkampit2
Beli telur berpapan
Byk rak dah kosong

Then tak lama lepas tu
Dok tonton dalam tv perutusan PM
Perintah kawalan pergerakan
Baguslah untuk mengawal
dan cegah penyebaran covid 19

Semoga kita dilindungi
Dan dijauhkan dari segala musibah



1 comment:

  1. Assalammualaikum....masih berblog lgi alhamdulillah moga sihat

    ReplyDelete