Friday, February 26, 2010

Ponek lah..den baru balik semalam

Setelah 4 hari ada kerja di sydney..akhirnya aku cabut balik. Nak tenet kat sana, tapi guna wireless cam slow lak..free kan, what can u say hehe.

Sepanjang berada di sana, tak sempat nak berjalan-jalan pun. Memang jadual penuh from 8am-7pm. It was interesting listening to the talk about other people works and discovery eventhough i didn't understand most of it which was too technical for me hehe. Anyway it was a good exposure to the latest technology and a great chance to meet and discuss with other people and the expert. Well, no matter how bz i was, i managed to snap several pics hehe...

Hari pertama ingat malas nak dinner coz dah melantak finger food-spring roll n deep fried prawn during the welcoming ceremony. Tapi memandang aku ni jenis yg tak boleh lapar, maka pusing2 ternampaklah outlet ni
Punyalah lama nak decide nak beli apa. Teringin nak makan roti naan, tapi cam kering takde kuah. Nak makan nasi macam banyak sangat.

At last beli ni....

Apa ni ..haha..nasi penuh ngan kuahkan. Actually ada dua kari tuh. Vegie curry and chicken curry. Very sweet for my taste haha...Manalak tau kalau dia kata mild tuh, rupanya manis, ingatkan kurang podeh. Lainkali memang kena minta yg spicey hehe...

On the second day, I just walk alone to this Malaysian cafe-Kesturi cafe. Rasanya pekerjanya malaysian students yg buat partime.

It's location is at this junction
I bought nasi lemak terbalik terbaring tercampur hehe...Bila bukak je penutup nyer nilah ropenyer...
Tu ar pi hayun plastik makanan tuh, tak pasal2 sambal ku dah bercampur rendang hehe.

On the way back to the hotel I passed by Market City~Paddys market. Here's the place where you can buy australian souvenir, fresh fruit and shopping for clothes too. But I think it close at 5-5.30pm.
If you don't want to walk from the Central train station, you can come here by tram~light rail.

Nearby this Paddy's market, there is China town.

So, I just walked thru this 'town' and happened to see this restaurant~Mamak at the end of it that also sell Malaysian food like roti canai, satay, nasi lemak etc. They sell 6 pieces satay yg kurus kering for aud8=RM24...huish kayo toke kodai tuh. But somebody said that they serve non halal chicken. Several of their workers are indonesian chinese.

See how many people waiting, sodap lah kot. It's located at the junction of Dixon St and Goulborn St..i guess hehe.
Nearby that restaurant, I passed by Delima an Indonesian restaurant which also halal according to the waitress.
It's at Dixon St.
Macam best je kan menu dia.

Apa sup buntut ???? Seingat den mbah kat kampung den yang suko makan goreng cili api buntut ayam, boli buntut ayam sampai sekilo tuh. Apo kabar la mbah tuh, haritu masa balik Malaysia mbah tuh dah tua sangat..dah nyanyuk nak marah2 je. Eh! melalut pulak. Ni lagi menu kat restaurant tu.

Teringinnye nak minum cendol, estellar n abc huhu.

Ni pulak the view on my way back to the hotel in Darling harbour.

chinese garden-gambar dedolu.


Tumbalong park-gambar dedolu.

So, here's Darling harbour at night. I stayed at the hotel on the right.


See that bridge..dia boleh terpisah jugak..gambar dedolu.


Now, I'm on the bridge........tapi tak larat nak jalan sampai ke hujung coz tak sabar nak makan nasi lomak tuh..
Yg best nyer kat sini, many places of interest such as maritime museum

wildlife park ala2 zoo dalam bangunan dan aquarium. Sydney tower just in walking distance from here too.
O..oh, back to my food hehe...Kak Aidah, betul la, saya pusing mana pun, kona baring tergolek terguling pun, akhirnya bab makan2 nak gak citokan. On Wednesday, we had formal dinner at the ballroom which have the life band too.

Tapi tetiba dah jadi cam disko lak


when the singer started to sing mama mia.....

Malas nak tangkap gambar makanan coz...takde sea food. Jealous tengok depa makan chicken and lamb. So, aku makan veggies+nasi berkeju berasparagus which was specially made for me.

Yang ni pulak dry black pepper beef+roti naan

Korang cayo ko hehe..ni lempeng hanguih hangit den buek lah, menu last weekend la hehe.
Ni sarapan den pagi tadi..omelette orang malas...yg juga menjadi santapan potang den.

Saturday, February 20, 2010

Belajar-belajar juga, makan perlu juga ...

Tetiba terfikir nak buat entri pasal ni, bila baca komen rakan2 hehe....

Datang sini nak belajar ke nak makan ?
Psst...ni soalan aku sendiri hehe.
Camna nak belajar n buat kerja, kalau lapar tak makan.

Nak belajar bidang sendiri ke nak belajar masak?
Hish camna nak jawab eh...
Camna nak makan, kalau tak masak...hmm, boleh pakai ke..:)

Pandai masak ?
Memang tak reti masak pun..campak2 je buat yang paling simple je. Janji ada sayur atau makanan seimbang..ye ke hehe..

Sedap masak?
Ikut tekak sendiri kot..janji kenyang.
Sebab tu kena pelbagai warna dalam masakan...supaya yg kureng sedap mudah ditelan.

Rajin masak?
1. Terpaksa, nak beli kat luar hari2 tak mampu.
2. Tak larat nak telan roti hari2.

Sempat masak?
1. Sebab masak yg simple n cepat je..fried/boiled/steamed je. Tempoh penyediaan dan memasak antara 10-30 minit je.
2. Kalau masakan yg agak remeh n lama, kena tunggu weekend ataupun buat gak weekdays kalau dah teringin sesangat. Tapi jarang berlaku.
3. Buat baked chicken+vegies je. Letak je dalam oven 45min, sambil tu kita boleh la buat keja etc.
4. Masak bebanyak, nanti ulang tayang je untuk hari yang seterusnya ataupun tambahkan aksesori lagi macam ni :
(Rabu:ayam+kentang+carot bakar; Khamis : menu sama+curah frozen beans+tomato hehe).

Tapi hati-hati, risikonya mungkin tekak/perut anda tak tahan...selain risiko food poisoning.

5. Masak jelah instant/frozen food-instant noodle, roti prata, hash brown, fish finger, frankfutter

6. Bersihkan ikan/ayam terlebih dahulu sebelum masukkan dlm freezer.

7. Dedulu memang rajin potong sayur dan hiris bawang bebanyak during weekend. So, tinggal campak je dalam kuali. Tapi dah tak buat coz karot jadi kurang manis n bawang bertukar warna.

Kalau tak sempat jugak?
1. Perlu ada buah/biskut/brunch bar dan sedara maranya. Boleh makan semasa tunggu bas atau kat opis.
Biskut Malaysia je yg ada small pack...kat sini, so far tak jumpa.
Tu yg beli muesli bar or choc je.


2. Perlu jugak ada stok bebenda tu+instant noodle di opis...tapi takleh selalu makan instant noodle+perencahnya..poning kapla, byk MSG.
3. Beli je...cam semalam bz sgt, tak sempat prepare food for lunch so, i just bought chicken breast burger for lunch
lebar tapi nipis..orang sini memang kedekut sauce.

Then, petang tu memang tension ngan kerja, pulak tu berkejar lak pi simposium n tak jumpa barang yg sangat perlu dibeli..cam tak larat n takde mood nak masak. Maka beli grilled chicken wings. Huish..tak pernah lak aku buat perangai buy food for lunch and dinner on the same day. This is the first time. As usual, I can't finished all my chicken wings yesterday, so I bring forward for lunch today. Since the chicken wings a bit dry, so i just poured in a spoon of honey and chili sauce and sprinkle black pepper to make it looks like honey glazed chicken hehe. Takkan nak makan dua ketul kepak je kan, so tambahlah ngan 'orange pasta' yg baru saja ditayangkan oleh LG haritu. Tapi cam biasa la, apa yg den buek selalunya memang tak menjadi haha...sebabnya sesuka hati menokok tambah/mengurangkan bahan . Apa2 pun..memang senang +cepat dimasak.

Macam hari Sabtu lepas, beli chili chicken tapi hanya larat makan 1/4 je...mungkin sebab lapar sangat+dah masuk angin.
So tapau bawak balik, and then on Sunday..i just mixed the chicken+rice+long beans to make fried rice that enough for my lunch and dinner.

Kenapa tak beli hari2?
Huish..mana mampu. Kalau beli hehari alamatnya tak cukup duit nak bayar sewa rumah, bayar bil n beli keperluan lain
Memang jimat masak sendiri dari beli.
Tapi still ada pertimbangan. Elakkan beria-ia masak sebab nak jimat duit, sampai masa untuk studi/work kurang. Sebab tu kena masak semudah n secepat yg mungkin. Tidak boleh juga beli makanan hehari semata-mata nak jimat masa. Antara jimat duit dan jimat masa, pilihan di tangan den. Pepandailah manage my time and my money, tak gitu kak Jah.

Wednesday, February 17, 2010

Kojo banyak la kak jah

Macam den sorang jo banyak kojo kan. Memang banyak pun, tak sesiap lak tuh. Makin fenin...Nak berblogging pun selain takdo maso, memang cam maleh lak. Siapkan kojo dulu, tu yang ponting. Cam harini kalu ikutkan maleh nak berblogging. Tapi sementara nak tunggu my programming yg tengah running tuh, ok gak menaip entri +upload gambar. Multitasking tuh...Lagipun ok gak blogging ni untuk hilangkan stress dengan meluahkan apa yg terpendam, selain meningkatkan daya ingatan dengan mengingati apa yg aku dah buat/makan. Macam kelakarkan, tapi itulah salah satu cara yg disarankan oleh seseorang to boost my memory.

Last wednesday, suddenly I was craving for bihun goreng. Mana lak nak cari bihun pepagi buta. Kebetulan, petang tu den nampak my indo housemate masak suhun goreng. Ok gak kan, tak terpikir lak. Selalu suhun orang masak sambal jawa/masak lodeh/tumis air je. Terliur lak nengok my housemate masak. Alhamdulillah den memang ada stok suhun, so apo laie maka termasaklah my suhun goreng untuk boka hari khamis

Perasan tak, den kalau masak macam tauke minyak kan. Tak roti2 nak lotak sikit jo minyak eh. Tapi untuk potang tu nak makan apo yo. Pisang ado ni, tapi dah masak na.

Nak masak apo yo. kodok cekodok ko lempeng. Duo2 den teringin., padahal pisang sebijik jo. Raso-raso apo den buek

....


.....

Mako ni la hasil eh....
Buruk makan boto kan. Tapi cam tak cantik la lempeng tuh. Teringatlak dengan segala hiasan masa cari gambar pisang goreng minggu lopeh............dan inilah hasil hiasan den.

Sodap tau makan lempeng ngan aiskrim mint+choc chips. Gulung aiskrim tuh dalam lempeng yang paneh tuh...ish..nikmat nyer.....cuba torai yo. Alamak teringin lak nak makan aiskrim tuh memalam buto ni. Kono habihkan copek, sobab nak defrost our fridge. Jonuh den nak perabih 2 liter aiskrim dalam maso 2 minggu. Haha..baru den tahu kenapo tokak den asyik raso semacam jo.

Hari jumaat lak, teringin nak makan ala2 hot plate yee mee...Apalagi che' pun teruih campak cili serbuk+kicap+sos tiram dan menghasilkan......

Mano lak eh kuah eh kan. Habih disodut dek mee tuh. Series kak jah memang sodap. Cam tak cukup jo, sobab den hanya guna 1/3 je dari sebungkus mee segera.

Hari Senin minggu ni, utk dinner den goreng karipap. Den buek ko??? Hehe...karipap segera lah kak jah oii, den boli kek kodai halal tuha. Disobabkan karipap eh agak hangus penangan melayan kakak ku yg meluahkan perasaan, mako eh...no gambar yo. Hari Selasa semalam, tak sompek lak nak masak boka ke uni. So, den boli jo lah niha..

Apo bondo eh tu ...Turkish dish : oven roasted vegies+feta cheese.

Boleh tahan gak raso eh. Baik untuk kesihatan jika kurang/tanpa cheese hehe. Bosa tuh. Separuh untuk lunch, separuh untuk dinner.

Dah konyang makan, den mengomeh lam komputer. Camno tuh??? hehe..den organize my files lah, kiro menyusun/sort file to suitable folder. Lamo wo..menunjukkan betapa semak belukar nya files in my lappy.

Pagi tadi lak, habih idea nak masak apa. Takkan nak beli makanan kat uni hari2, tak pasal2 tak cukup duit. Nak masak suhun goreng lagi, selongkar kabinet dapur..ada sebungkus je lagi. Baik simpan untuk emergency hehe. Tetiba teringat mee segera cintan tu ada lagi, maka nilah mee goreng mamak den tanpa tahu dan taugeh hehe........

Biasalahkan, den ni amat susah nak menghabiskan sebungkus mee, maka 2/3 den bawak boka. 1/3 mee goreng tuh simpan dulu lam fridge. Dinner lak den teringin nak makan ayam bakar macam yg kak ina kl buek tuh. Ala, yg guna master food marinate tuh. Den guno marinate tu jo, tak lotak bahan lain. Cumo....haha kelakar rupo ayam eh, hehe korang tengok sendirilah....


Tak menyelerakan rupo eh kan. Agak2 kalau den hias ngan kehijauan capsicum atau lettuce, boleh nampak sodap tak. Hmm...rupo tak sodap pun, habih licin gak pinggan den.

La, dari tadi den menunggu my programming tuh...tak habis mengiro lagi tuh. Hish...oklah kak jah den nak turun bawah ni, nak melantak aiskrim tongah malam buto. Ha kan jangan ngengado complain batuk ah, sakit tokak la yo....

Friday, February 12, 2010

Wei...den anak Malaysia la..ade paham.

Case 1 : At Uni bus stop 2009
Are you Vietnamese?
No.

Case 2 : At Sydney Airport 11/01/2010
#$+*~~~~~~~~~~~?
Pardon.
Oh sorry, I thought you are from vietnam too.

Case 3 : On the bus to uni 01/2010
#$+*~~****%%%%%%?
I'm sorry.
Oh sorry, I thought you are from vietnam.

Case 4 : Nearby our accomodation 11/02/2010
Let me guess you must be from Vietnam.
You know what this is the fourth time people said that I'm from Vietnam.


Note : Case 1-3 are my conversation with vietnamese guy.
Do I look like typical vietnamese ???
Hmm....aku typical orang kampung Malaysia la
Melayu+jawa+bugis tau!!!!!

Case 4 my conversation with persian(iranian) guy.
Confident je mamat ni..kok aku cakap dia Arab mesti dia marah haha. Dunno why, my Persian friend told me that mostly Persian will get angry if anyone thought that they are Arab people. In fact they really hate arab people who they said stealing their culture......hmm..macam jiran sebelah kita lak.

Wednesday, February 10, 2010

Ke mano den menghilang ????

Apo kak jah rindu ko ngan den yo ???
Den tau lah kak jah terjonguk-jonguk mencari den...
Bukan apo kak jah, lately so many things happened...hmm..iyo ko????

Weekend baru ni takdo la bz pun. Cumo cam biaso den ponin ngan project..sesudah tak buek apa pun. Tapi makan mesti la kan. Hari Sabtu tu den masak daging dendeng. Daging tu sobona eh x-housemate den punyo. Dio dah balik malaysia, so disobabkan kami nak defrost peti sejuk in 2 weeks time, terpaksolah den memasak eh..takkan nak buangkan kalau masih elok gi.

Ni untuk ingatan den. Maleh, asyik kono tanyo omak camno nak buek eh. Nanti tingga nak check kek blog ni jo:

Bahan : bawang putih, bawang merah, lengkuas, halia dan cili kering-kisar; daging;kicap;asam keping.
Cara : Rebus daging> Perap daging+ kicap> goreng daging>Tumis bahan kisar>Masukkan kicap>masukkan daging>asam keping.

Setelah berhompeh puleh memasak daging yg ciput, tapi proses penyediaan+masak nearly 2 hours haku pun naik ateh. Tup..tup internet KO. Sampailah ke malam. Hidup ku sepi tanpa internet. Maka, sensiang nengok Tv. Malam pun tengok jelah Star Wars episode 2 and sambung ke episode 3:Revenge of the sith. Walaupun, cito lamo..sib baik tak ponah nengok gi. Sambung la nengok cito vertical limit, kisah pendaki gunung. Mako eh, tido ada lambat..1 pagi kot. Psst..ado cito terbaru pasal 'kakak', nantilah la yo hehe...Raso eh den kono buek senarai macam kaklia dan si 'tut.......'.

Hari Ahad potang lak den teringin nak makan pisang goreng. Tapi yg den ado pisang ala2 pisang montel. Mano sesuai nak goreng. Sesudah eh..pisang eh jadi lombik bona. Tak macam gambar kek bawah ni...ihsan cik gugel.
source :http://www.aussiecooking.com.au/cook/thumbnail.php?id=519&thumbwidth=300

Tapi kalau pisang lombik kok kito goreng sampai garing..sodap tau. Tapi raso eh ramai tak suko..pisang goreng benyek di dalam rangup di luar, dahlah berminyakkan. Tapi den suko hehe.

Hari senin, den cam maleh nak poie uni, den buek kojo kek umah jo. So, pagi den sarapan frozen apple crumbe pie, pun peninggalan x-housemate. So, just reheat dalam oven jo. Cam biaso gambar cik gugel :
http://www.cakesetc.ca/_images/pies_applcr.jpg

Tongohari den makan nasi goreng lak. Biasolah lotak tolo+sawi+carot. Tappi...........

AMARAN: JANGAN BACA ENTRI DI BAWAH INI JIKA ANDA SEORANG YANG MUDAH TERJEJAS DENGAN BENDA2 YANG MENGGELIKAN, MELOYAKAN AND MENJIJIKKAN.

Disobabkan dah 3 hari tak kuar umah, teringin nak amik angin petang sambil jogging opss walking..maklumlah dah lama tak exercise. Raso cam loyo pulak maso tongah jalan tuh. Tapi biaso lah, kalau dah lamo tak exercise den biaso eh mongah, hongeh, n poning sikit maso tongah jalan tuh. Bilo dah jalan dalam 1.5 km and poie topi laut, den dah mulo raso nak muntah. Tapi tak muntah gak. Bilo balik, jalan slow jo. Lagi 200m dari rumah, loyo gi..naik tangga dan uwek!!!!....Hampeh boto housemate Indon tuh poie tinggalkan den kek topi tanggo tuh. Mesti dio goli/jijik kan. Tak kocik ati pun, den pun camtuh. Kadang kalau donga org batuk pun den boleh raso mual.

Bilo balik umah, mandilah kan. Nak semaye pun kono hati2 coz ado lagi raso bondo tak kuar. Memang tak lamo lopeh habis semaye den uwekk gi. Sib baik ado baldi lam bilik. Maso tu memang tak larat dah. Bilo dah poie basuh baldi tuh, den bawak masuk bilik gi..manolah tau kan. Osah boto...uwek gi, dah takde apa dah..muntah air je. Pepaham la keadaan den, yg lomah ngan sakit kapla. Tetiba cam diarea lak...pulak dah. Maka, berulang alik lak ke jamban itew. Mako eh bukan eh pasal dah lamo tak exercisekan. Dah macam food poisoning lak. Housemate Indon suruh makan biskut. Then amik ubat diarea. Hmm pepaham je la....buat sekian kalinya uwekkkkkkkkkk lagi. Takdo makno makan apa-apa pun..ngan biskut dan ubek keluar sekali. Semesti eh la tak larat blogging.

Masa nak tido rasa sodih sangat, sensorang di rantau orang..sakit pulak...badan lomah, kepalo sakit lak. Polik pun ado, sojak balik sini, asyik tak sihat jo. Haritu fever n flu. Bilo dah ok, cam asyik susah nak nafas sampai harini. Ni tetibo food poisoning..lum lagi ngan migrain...Bila fikir positif, tu hanya lah sedikit dugaan. Reda jo lah..Ada orang lain lagi besar dugaannya. Misal eh tongahari tadi den dapek tahu, kawan den yang yatim piatu kehilangan abangnya pulak. Al-fatihah , semoga di cucuri rahmat ke atas roh abangnya n ditempatkan di kalangan orang yg beriman...amin.

Hari selasa semalam, memulo ingat tak nak poie uni. Tapi last minute poie gak. Bawa bekal buah je. Beli kat uni je la. Sib baik den datang uni...spv datang cari ..aduss!!! Dio tanyo how's my work. Dah la maso tu tengah makan 'borek'-turkish filled pastry cam gambar cik gugel bawah nun . Yang den boli berintikan cheese+vegi..sodap gak. Cumo makan slow2 la. Satu inci 'borek' selang 1 jam. Takut, uwek gi. Lagipun tokak cam ponuh jo, wpun porut lapa.
http://img1.blogcu.com/images/y/e/m/yemedeyanindayat/ispanakli_borek1.jpg

So, sesudah eh bilo bagitau my spv pasal my result yg cam tak logik wpun dah guna new equation, dia suruh datang bilik dia after finish my lunch. I end up discussed with both my spvs. Diaorang pun rasa pelik, and asked to see my calculation and we will discuss it again later. Tu ar..I have to stay up until 3 am. Sampai tido atas kertas yg bersepah, tak larat nak alihkan ke meja.

So today..of course kono poie uni lah. My spv, asked me to use the same equation as my senior did and plot the graph. Betul gak kan, try plot graf orang lain dulu. Kalau sama, maka my code is ok. Kalau tak sama, maksudnya there's something wrong with my code. What I like about my spv is he encourages me to go as far as I can. Ask me not to stop and keep goin. Yelah aku membebel depan dia for months aku dok ngira benda tu, tetiba kena tukar ke new equation. And the new equation produced the same result too..tak ke haru. He said that my project is very interesting problem with many potential application. If I don't do it, somebody else gonna do it. Well, of course I have to proceed.........

Ok today's menu, niha sambal kentang+suhun+bilis+carrot. Untuk mendapatkan suasana hijau den lotak daun salad niha. Tengok minyak tuh..


Housemate den geleng kepalo jo. Kalau dah diarea, mano buleh makan bondo podeh dan masam.
Walaupun, den bawak buah sebagai 'snack', pun raso tak cukup. Hehe ..dasar tokak pemakan nasi kan.


Sesudah eh den balik awal. Bukan pasal lapar je, leher/tengkuk cam tegang je. Kena rehat la kot. Balik umah makan cekelat haritu sekeping. Then, masak lempeng oat makan ngan dendeng haritu+kacang panjang tumis kicap. Hish..tak insaf2 gi selepas kejadian uwekk tu. Ada hikmah gak uwekk tu walaupun amatlah tersiksa...apa hikmahnya...I lost 1.5 kg in 2 days. Pakai my old jeans macam lapang je kat pinggang niha hehe..

Thursday, February 4, 2010

Apo hal lak, asyik ado jo yg tak kono ...soba yolah.

Bukan apo, pagi tadi sedang enak dibuai mimpi, tetambah ngan hujan lobek...tetibo sesuatu terjadi. Ntah mimpi apotah, agak eh mimpi lompek pagar

http://img.tfd.com/wn/95/62C0A-hurdle.gif

takpun mimpi ber aerobik

http://findmeacure.com/wp-content/uploads/2008/04/aerobic3.jpg

tetibo jo tu yg sampai kojang kaki. Sakit wo...sib baik ok sikit lopeh tu. Tapi sampai la ni still ado raso gak sakit eh.

Peh tu, konon eh pagi tuh nak mandi, tup2 datanglah maintenance guys nak repair lampu kek our bathroom. Kono lah den nunggu. Dahlah lambek nak poie uni, mako bertambah lambek laie.
Bilo depa dah blah, mako aku kalut la mandi. Tetiba depa mai semula ke bathroom while I'm still in the shower room. Ha...sudah. Sib baiklah shower room tu punya pintu gak, tapi pintu eh tak tutup sampai ateh.

Seriau gak, kot2 masa dio baiki lampu dalam gambar niha, sompek dio nak ninjau kan..manolah tau. Alhamdulillah sekojap jo dio baiki. Kalau tak mau den kesojukan lam shower room tu.

Peh tu, bilo fikir dah lambek pi uni..baik den poie uni after lunch. So, b4 that I planned to go to the supermarket in the city first to buy fruits and vegi, then terus ke uni. I have to eat fruit during lunch. Bilo nak kuar umah, hujan la pulak. In fact I'm also missed the bus to city, so I just took the bus to uni instead.
http://www.bilerico.com/2009/05/dont_miss_the_bus.png

Bilo sampai uni, dah cuba pelbagai cara, still the result of my work seems not logic.In fact, it's too complex that the comp took longer time to process..sampai lobih 18jam. At last, I just terminate the process.

At 6.15pm, I decided to go to the supermarket...huhu but once again, I missed the bus.


So..maleh nak nunggu bas lain ke city, bilo bas ke rumah sampai dulu..mako eh den balik jo lah. Tak suka tau..hidup tanpa makan buah.

Bila balik, lega lah jugak dapat makan soto ayam tapi berperencah sup daging yg kureng bahan ni. Asyik-asyik carrot ngan capsicum. Dah itu jo yg tahan lamo, nak masuk 4 minggu dah kot.

Yg tak best nyer masa makan, si kakak tu pepandai je cakap aku cakap benda yg aku tak cakap. Mu pehe ke apo aku ghoyak ni ??? Padahal dia yg cakap benda tu semalam. Bukan apa pun, memang kami terima emel stating that someone will come tomorrow for pest control spraying. Tapi dalam email tu tak state lah nak spray lam bilik, yg aku faham kat kitchen n luar rumah. Tetiba kakak kata org tu nak sembur semua bilik. Lantaklah kan. Yg sakit hati nyer, tup2 tadi dia cakap aku yg cakap pasal semua bilik akan disembur....rasa nak curah je sup soto tu kat dia. Hish..sib baik soto tak cukup bahan tu sodap gak, mako tak jadi lah den nak curah kek kakak tuh. Curah lam mulut den lagi bagus.

Lagi bengang, haritu kami ter sembang pasal swimming. Dia dah pandai swim, lantaklah. Tapi den sesajo jo cakap memain den nak belajar swim ngan mamat filipino tuh. Ado ko patut, tadi dio poie sampaikan kek mamat tuh. Tak suko boto lah, orang sesuko hati sampaikan bondo yg dio tak pasti. Goram satu hal la. Malu alah den, bilo dio cakap mamat tu tanyo kenapo den tak belajar ngan kakak jo. Sogan gak kalau mamat tu fikir den nak menggata lak kan...tak nak belajar ngan orng malaysia, pompuan lak tuh, tapi tergodik-godik nak belajar ngan org filipina, jantan lak tuh. Satu g bukan apo kok nyusahkan orang. Buek eh mamat tu ado plan nak jenjalan or luncur air ko weekend ni, tak pasal2 dio cancel plan dio pasal nak ngorat ngajar den berendam berenang. Hish..tak sesuai !!!

SEKIAN SAYA MELAPORKAN UNTUK HARI INI

Wednesday, February 3, 2010

Ado apo ngan topi Balkis...

Korang minat ko ngan topi niha


Amat sesuai diberi nama topi Balkis atau topi Cinto Balkis. Kenapo??? Saksikanlah..........


Hish, tak baik boto si Balkis ni meniru topi den tau. Topi den ni boli tahun 2006 kek Langkawi.


Ciss...topi melancong den di buek eh topi berkobun takpun masuk ladang...Tak suka tau !!!!

Bilo cakap pasal ladang ni, rumah den dulu memang dopan, belakang n bolah kiri ladang kelapo bali si Golden Hope punyo. Opps..korang tahu ko apo bondo eh kelapo bali tuh...kelapo sawit lah. Eh..kitorang tak cakap ladang tau..kitorang cakap istit yo...terjemahan kepada estate hehe.Best jugak bilo ngonang jaman kanak2 ribena tuh. Main galah panjang ngan konda kondi kek istit dopan umah...hehe tak hingat nak balik. Terjorit-jorit lak mak panggil hehe. Kok sesapo tak tahu apo bondo eh konda kondi tuh, lawatlah blog ini.

Poie cari lidi kek istit sobolah rumah. Cari lidi ??? Alahai...bilo orang kait buah, mesti dio kait pelopah eh sekali kan.


Tu...daun-daun kek polopah tu bilo ko lurut, tak ko dapek lidi eh. Jonuh gak nak ngumpulkan lidi nak buek penyapu cam kek bawah ni...


Lopeh tu, kek istit belakang umah, selalu tompek kitorang jago lombu. Jago lombu???? Haha..nanti2 lah den cito yo. Kalau poie jauh ke dalam gi, boleh poie cari pucuk paku.


Kadang, kalau lopeh hujan...kutip cendawan la. Kenkadang kitorang cabut boneh pokok sawit tuh. Ala, yg baru muncul tuneh/daun mudo duo tigo lai tu. Maso tu biji eh tinggal tempurung hitam tu jo. Yang best eh, bilo tempurung eh tu dipocahkan, ado isi puteh eh..manih gak raso eh..cam gambar bawah ni.


Sobab tu korang tengok, dalam cito cinta balkis tu depa kutip biji sawit yang terlerai dari buah tu. Kalau tak dikutip, kan tumbuh lak keliling pokok tuh..buek somak jo kan. Lagipun buah lorai kalau dikutip, sedikit sebanyak menambah berat kepada hasil tangkapan eh hasil pengumpulan buah tu....

Sobona eh, maso sekolah rondah dulu..nilah sumber pendapatn den. Kalau rajin ngutip biji lerai tuh, dapek lah upah. Ado sekali tuh, nak duit lobih sobab nak poie rombongan cik kiah ke Kolumpo, den siap angkek buah kelapo tu lotak lam keto tolak(kereta sorong). Bosar gak buah eh. Dapek tigo buah tandan, ponuh la keto tuh. Mako terkial-kial la den menolak keto tu. Bilo sampai kek titi nak soborang bonda (parit bosa), berhompeh puleh lak den menyeimbangkan badan yg ketot ni sambil bawak boban yg borek gilo tuh...Maso kocik dulu..memang tak suko buek kojo kutip mengutip n angkek mengangkek ni, tapi kenkadang seronok gak coz raso cam den kuek bagai jantan johan bilo buek kojo orng dewaso. Bilo pikir bilik sekarang ni...pengalaman berhargo tuh kan.

Tu kisah dedolu, kisah harini lak, den makin poning ngan kojo den. Semalam den cakap graph yg den dapek cam tak logik. Bilo ado sorang post doctoral student ni check my work, dio kato mungkin den punyo formula salah. Musykil gak coz haritu my spv check kata ok. Den pun raso formula den cam boto. Bayangkan kojo den yg 6-7 bulan tuh kono buek semulo right from the start tak ke haru. Tapi, den maleh nak ngiro pepanjang dulu. Den kiro sikit, then suruh cik comp kiro. Sib baik buleh...tapi mmg lamo gilo lah. Maklumlah den tak sompek nak permudahkan that equation. Tapi yg sakit hati eh...pun dapek graph yg samo. So, apo lak masalah eh laie....Ya Fatah Ya Fatah...Ya Allah permudahkanlah, bukalah pintu penyelesaian...Amin. Cam biaso, poning2 gak, lunch jgn tinggal. Niha boka siang tadi ...sambal terung semalam ngan ayam hangus hehe..

Tuesday, February 2, 2010

Kojo makan kojo makan makan....

At last I managed to meet my co-spv on thursday last week. Dia pun tak tahu apa yg aku buat, maklum la dia cuti bersalin 6 bulan. So, I just showed her my previous two small projects and my latest project. Hasil diskusi, i should organize my work as below..makin fenin n jiwa kacau la gamaknya. .

1. Second project kena kira sampai dapat penyelesaiannya whether analytically or numerically. And of course have to be nicely written/typed before showing to her.
(tu yg aku pulun mengira n menaip on sunday n yesterday. tapi tadi bila nengok graf ek cam tak logik je compared to real phenomena...Ya Allah, permudahkanlah...)

2. First project should be modified n di solek n diletak assecories for journal publication.

3. Finish with these two, then only i can proceed with my third project which has a problem right from the beginning, fungsi yg ku dapat tak berfungsi ??? hmmm...apa2 je la.

4. Dan sambil2 menghabiskan semua project tu, I still have to review related articels to all 3 projects...

Macam tak cukup kaki tangan nampaknya...camno gayo eh ni. Kalau orang lain boleh buat, aku pun boleh buat kan...yang penting ada kemahuan, perancangan, pengurusan, usaha, doa n tawakal.

Cheh..bz konon, blogging boleh lak...Well, actually for me blogging is actually an activity to release my stress and of course to track my previous activity in case I've forgotten and of course to meet new friends, sembang-sembang n komen2 etc hehe...whatever.

Kojo kojo gak kan. Makan perlu, kalau tak camna nak buek kojo kok porut lapar.


Hari Jumat lopeh nilah boka tongohari den. Sambal ikan bilis+carrot+capsicum tu raso eh hari rabu nyo. Yg ayam tu lobih ayam panggang hari kamis, so then kicapkan pagi jumaat tuh. Tapi nasi eh sejomput na. Walaupun lauk setimbun, tapi dah tokak melayu mesti nak lantak nasi gak..tigo sudu mano cukup. Sesudah eh sebolum puko tigo, den dah balun semuo niha. Camno nak slim kan.

Dongan coklat eh, pehtu ngan biskut cicah cheese.Sodap na keju eh, mmg jilat jari lah. Buah tu nectarin..ala-ala buah plum raso eh. Yg dah dipotong tuh white nectarin. Tapi den lagi suko yellow nectarin yg sebijik tuh.

Tadi lak ni boka den, prata telur gulung. Tapi sesuko hati den poie nambah mayonis/sos/karot/capsicum....


Cam kono gigit dek tikuih kan, bukan den tak roti potong...tapi pisau tu tumpo bona hehe..Actually, ternampak resepi ni dari blogger kt rumah kak ina. Tapi tak hingat pulak nak ambik nama blog nyer n juga blog pemilik asal resepi ni. Tak larat pulak nak pi godek semua blog tuh. In case korang tahu, please let me know, wokay...nanti I update kat post ni.