Saturday, February 20, 2010

Belajar-belajar juga, makan perlu juga ...

Tetiba terfikir nak buat entri pasal ni, bila baca komen rakan2 hehe....

Datang sini nak belajar ke nak makan ?
Psst...ni soalan aku sendiri hehe.
Camna nak belajar n buat kerja, kalau lapar tak makan.

Nak belajar bidang sendiri ke nak belajar masak?
Hish camna nak jawab eh...
Camna nak makan, kalau tak masak...hmm, boleh pakai ke..:)

Pandai masak ?
Memang tak reti masak pun..campak2 je buat yang paling simple je. Janji ada sayur atau makanan seimbang..ye ke hehe..

Sedap masak?
Ikut tekak sendiri kot..janji kenyang.
Sebab tu kena pelbagai warna dalam masakan...supaya yg kureng sedap mudah ditelan.

Rajin masak?
1. Terpaksa, nak beli kat luar hari2 tak mampu.
2. Tak larat nak telan roti hari2.

Sempat masak?
1. Sebab masak yg simple n cepat je..fried/boiled/steamed je. Tempoh penyediaan dan memasak antara 10-30 minit je.
2. Kalau masakan yg agak remeh n lama, kena tunggu weekend ataupun buat gak weekdays kalau dah teringin sesangat. Tapi jarang berlaku.
3. Buat baked chicken+vegies je. Letak je dalam oven 45min, sambil tu kita boleh la buat keja etc.
4. Masak bebanyak, nanti ulang tayang je untuk hari yang seterusnya ataupun tambahkan aksesori lagi macam ni :
(Rabu:ayam+kentang+carot bakar; Khamis : menu sama+curah frozen beans+tomato hehe).

Tapi hati-hati, risikonya mungkin tekak/perut anda tak tahan...selain risiko food poisoning.

5. Masak jelah instant/frozen food-instant noodle, roti prata, hash brown, fish finger, frankfutter

6. Bersihkan ikan/ayam terlebih dahulu sebelum masukkan dlm freezer.

7. Dedulu memang rajin potong sayur dan hiris bawang bebanyak during weekend. So, tinggal campak je dalam kuali. Tapi dah tak buat coz karot jadi kurang manis n bawang bertukar warna.

Kalau tak sempat jugak?
1. Perlu ada buah/biskut/brunch bar dan sedara maranya. Boleh makan semasa tunggu bas atau kat opis.
Biskut Malaysia je yg ada small pack...kat sini, so far tak jumpa.
Tu yg beli muesli bar or choc je.


2. Perlu jugak ada stok bebenda tu+instant noodle di opis...tapi takleh selalu makan instant noodle+perencahnya..poning kapla, byk MSG.
3. Beli je...cam semalam bz sgt, tak sempat prepare food for lunch so, i just bought chicken breast burger for lunch
lebar tapi nipis..orang sini memang kedekut sauce.

Then, petang tu memang tension ngan kerja, pulak tu berkejar lak pi simposium n tak jumpa barang yg sangat perlu dibeli..cam tak larat n takde mood nak masak. Maka beli grilled chicken wings. Huish..tak pernah lak aku buat perangai buy food for lunch and dinner on the same day. This is the first time. As usual, I can't finished all my chicken wings yesterday, so I bring forward for lunch today. Since the chicken wings a bit dry, so i just poured in a spoon of honey and chili sauce and sprinkle black pepper to make it looks like honey glazed chicken hehe. Takkan nak makan dua ketul kepak je kan, so tambahlah ngan 'orange pasta' yg baru saja ditayangkan oleh LG haritu. Tapi cam biasa la, apa yg den buek selalunya memang tak menjadi haha...sebabnya sesuka hati menokok tambah/mengurangkan bahan . Apa2 pun..memang senang +cepat dimasak.

Macam hari Sabtu lepas, beli chili chicken tapi hanya larat makan 1/4 je...mungkin sebab lapar sangat+dah masuk angin.
So tapau bawak balik, and then on Sunday..i just mixed the chicken+rice+long beans to make fried rice that enough for my lunch and dinner.

Kenapa tak beli hari2?
Huish..mana mampu. Kalau beli hehari alamatnya tak cukup duit nak bayar sewa rumah, bayar bil n beli keperluan lain
Memang jimat masak sendiri dari beli.
Tapi still ada pertimbangan. Elakkan beria-ia masak sebab nak jimat duit, sampai masa untuk studi/work kurang. Sebab tu kena masak semudah n secepat yg mungkin. Tidak boleh juga beli makanan hehari semata-mata nak jimat masa. Antara jimat duit dan jimat masa, pilihan di tangan den. Pepandailah manage my time and my money, tak gitu kak Jah.

7 comments:

  1. begitu panjg explanation drpd cik fairy.hehhe..msk sndri mmg jimat n bleh dimkn b'ulang2..kalu msk byk2 tu slalu nye on weekend sbb xde buat ape sgt...

    ReplyDelete
  2. Merahbaldu,
    hehe..topik menarik utk dibincangkan.
    kat sini memang jimat masak. Cuma kalau makan yg ulang2 tu..klu mmg fevret food terus makan je. Klu, yg kureng tuh..kena ubahsuai/tokok tambah sikit hehe.
    Kat malaysia dulu prefer beli je, tak berbaloi masak setakat nak makan sorang. Klu beli jimat duit/masa/tenaga...

    ReplyDelete
  3. Kenapa tak masak je lauk untuk 1 minggu, pastu masuk le dlm tupperware ke. Bila nk makan panaskan je, macam kwn akak pernah buat masa dia study dulu

    ReplyDelete
  4. kak Aidah, memang bagus cadangan itu. Insya allah akan dipraktikkan untuk menu tertentu :). Kalau yg bersayur mungkin, kena halfcooked je dulu atau bila reheat baru letak. Cuma sebab rumah ni ada 6 orang, so rasanya tak boleh masak banyak jenis walaupun weekend. Takut ambil masa lama lak, orang lain nak masak jugak. Kalau masak pepagi sangat atau memalam, pun kena fikir gak housemate dengan bunyi di dapur dan bau masakan. Teringat kes kami bengang kelaparan tak dapat dinner coz housemate kami masak sampai 3 jam lebih n guna semua 4 stoves huhu...Satu gi ok gak masukkan dalam tupperware, cuma kena fikir ruang dalam fridge. la ni ada 4 orang je pun, yg sri lankan tu macam tak puashati pasal ruang, pulak tu siap masuk ruangan orang lain juga.

    ReplyDelete
  5. salam....time management pnting tu....hehe

    ReplyDelete
  6. hi fairy....kurang asam betul hsemate u yg masak 3 jam tu ye...lenkali u pulak masak 4,5 jam, biar dia lak yg lapar...heeee..

    ReplyDelete
  7. hisham, ya betul tu...selain mood memasak juga

    kaklia, betul gak tuh. Sib baik dia dah pindah. Tapi datang pulak dua orang yg senegara..lagi parah, bila dua2 menguasai dapur, masak sampai 5 jenis kari..sib baik bau sedap hehe.

    ReplyDelete