Saturday, March 27, 2010

Jogging+Winter Sonata+Torpizzzzzz.........

Last saturday n sunday macam ada semangat baru je, jogging alone early in the morning, but today cam tak terbangun je. Pulak tu instead of trying to finish my writing I end up watching Winter sonata in you tube tapi dalam bahasa Thai kot hehe...layan je la :D.

Yang peliknya, cam dedulu gak mesti berderai-derai air mata..hish...Sesambil tu boleh lipat baju+berblog hehe.

Last sunday teringin sangat nak makan soto, tapi lama sangat lak nak buat pegedil dekat 2 jam haha. Punyalah lapar sampai tak sempat nak buat sambal kicap hehe. Pegedil tu saja buat banyak, buat stok hehe. On Monday, I didn't go to uni and just started my writing at home. Guess what ? I didn't sleep for more than 22 hours and only slept at 6am-7.45am on tuesday. Then at 10am I went to uni. Yang sedihnya, dah lah cam badan kepenatan tak cukup tido, tetiba I can't find my file in my pen drive. Memula ingat nak buat keja lain, baca journal and tulis intro etc...Tapi takleh concentrate. At last at 11am rushing balik rumah, rupanya I saved the file in my document instead of in my pen drive. Then rushed back to uni and straight away had my lunch beef curry and expired pappadom opps.........

Memang pulun running my program in the office. Pelik kat computer office it worked properly but in my laptop the programs seems have problem. Tu yang balik petang sikit. Bila malam, plan nak buat keja, tapi my mind cam wired je and ada jantung degup ada laju le. Nilah akibatnya bila tak ikut waktu tido yg betul. So I ended up baking this

What is it ? Ok let's see another photo. Can you guess ?

Well, seems everybody dah buat tayangan marble cake, so now it's my turn

For the first time in my life baking this cake haha...all first time since I'm in OZ :).
Got the recipe from along rodz yang diambil dari blog hasue and juga dari rumah mama zieza. Thank you very much. As usual kena ubah mengikut bahan yg ada, tapi tak retilah nak buat belang rimau tu huhu...n macam biasa kureng naik. Tapi oklah lembut jugak.

Here's the modified recipe.

Marble cake
1/2 cawan marjerin ( hehe..terguna pulak salted marjerin)
1/2 cawan gula
2 biji telur 600gm
3/4 cawan tepung naik sendiri
3 sudu milo
2 sudu choc emulco
1 sdt esen vanila
1 sdt perasa pandan
pewarna hijau

Cara
1.Pukul marjerin dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu-satu. Pukul hingga sebati.
3.Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga sebati
4. bahagikan adunan kepada dua bahagian
a) satu adunan+esen vanilla+milo+choc emulco
b) satu adunan+perisa pandan+pewarna hijau.
5. Griskan loyang+tabur tepung
6. Masukkan adunan berselang seli warna.
7.Bakar 35-45minit.

Tapi cam pelik pulak si'kakak' itu, memanglah kek aku tak naik sangat. Pada aku janji ada rasa kek n aku boleh telan. Tapi nyampah lak bila dia asyik ulang pasal kek butter aku yg tak jadik tuh. Ala, pasal aku pi pukul butter ngan telur dulu. Bila aku cakap cam kak ina cakap ada orang tu buat campur semua bahan n terus pukul jadi je kek dia. Dia kata mana boleh. Aku cakaplah ni orang yg expert cakap. Tu dia cakap apa tau..dioarang lainlah dah expert. So apa maksudnya tuh...aku ni dahlah tak reti, janganlah ikut style org expert ke. Aku sedar diri la...tapi sakit hati jugak kan, bila benda yg ok kita buat dia tak hingat, tapi benda yg tak jadi tu la diulang-ulang. Bunyi cam dengki pun ada. Dia kata dulu dia buat kek naik tinggi, ada aku kisah. Kurang2 aku buat depan mata dia, taklah cam dia cakap pung pang, tapi aku tak pernah nampak pun kek dia haha..Buat agar2 pun keras, lepas tu salahkan aku sebab tak bagitau pasal sukatan yang betul. Dah dia yg tak mau dengar, padahal aku dah cakap sukatan air 1+3 untuk agar tuh2. Bila aku tengok pun air yg dia letak cam sikit je. And rasanya dedulu aku buat, still guna sukatan air yg sama wpun ada tambahan letak susu atau manisan cocktail tuh.

Since I didn't have enough and proper sleep, I slept until 10.15 am on Wednesday. So, tak larat nak pi uni. Sambil buat keja...writing abstract etc..asyik makan je. Tengok le my lunch yang tak hingat tu hehe....dah ada daging, lagi mau goreng telur.


Then, malam tu siap bakar ayam gi hehe....Sepatutnya ayam tu digoreng, tapi sebab malas, pi bakar je, sebab tu rasa dia kureng. Tapi memandangkan susah nak makan wings kat office, for thursday den hanya bawa bekal telur goreng + timun bersweet cili sauce je. Petang tu saja nak release stress keja ngan baru tau pakcik pi europe for 6-7 weeks, pi shopping..opss memang nak pi beli external hard drive pun. Then belilah la tortilla and fresh milk. Lama teringin terutamanya fresh milk ni, maklumlah fridge penuh je. Kat sini fresh milk nyer bau kuat gak, bak kata kawan tulah tanda ke kesegaran and yeap..it so creamy. That night I kenalah perabih ayam bakar tu+grilled terung..sedap rupaya terung gril ni.

Bila tengok blog Kak ina ada buat pizza, memang teringin sangat. Maka jadilah ini...for my lunch on Friday.

Apa tuh ? Ntah...Torpiz...Tortilla berintikan bahan pizza haha...Tortilla disapukan ngan sos blognese, leftover dari 3 minggu lepas kot. Tabur je carot,tomat,eggplant/brinjal,red n green capsicum, dried basil and last tabur je slice cheese yg dicarik2..bakar 20 min..simple kan haha....

Ingat hari jumaat nak jumpa supervisor,but my paper writing still hasn't finish yet. Susah bebeno nak masukkan eps figure in latex. Saiz nyer susah nak control kalau straight export ke eps dari maple. Kalau convert ke jpeg dulu senang nak control, cuma the object become jaggered. Dahlah remeh dari maple -jpeg-ubah suai dalam paint-convert to pdf-export to eps-masukkan dalam latex....jenuh giler....Bila cari spv that noon, rupanya dia pi breast feed her daughter. Bila dah berjaya masukkan semua relevant figure, pi tinjau spv pulak dah balik at 4.30pm. So, next week je la hehe..at least I can improve my writing this weekend. Alamak baru teringat minggu ni adalah minggu cindrela haha..my turn to clean the house.

4 comments:

  1. fairy

    suka nengok menu2 awak...
    bole bukak restoran nanti

    ReplyDelete
  2. Salam Fairy,
    Wah menu macam2 ada. Cam kat restoran lak rasanya

    ReplyDelete
  3. kl citizen n kak aidah,
    haha..menu utk tekak sorang je. Inilah jadinya bila stress. Camnalah nak bukak restaurant, bila masak utk my famili pun cam tak selera je depa nak makan...pulak tu ada yg siap masak lauk lain atau pi alter apa yg saya masak tu huhuhu...

    ReplyDelete
  4. Fey, sodap eh...kek Mable ko tu...ai likeee...

    ReplyDelete