Friday, December 31, 2010

Candle light dinner@Anak pontianak

Selasa baru ni aku pi tempat anak pontianak

Macam2 ada, tapi tak nampak pulak anak pontianak tuh
Yang ada mee rebus,
roasted chicken,
dan masakan kampung:- gulai daging salai, kerabu taugeh+kerang+sambal petai udang kertas


Sodap gilos, melantak bagai nak rak,
Yolah, macam2 ado, masakan kampung ado, western ado
Mana nak cari masakan kampung waktu dinner lak tuh
Sesudahnya esoknya aku kena ceret beret hahaha

Actually, nama tempat tuh ,,,,,,hah tengok sendirilah gambar nih

Boleh baca tak ??? Siapakah aunty nih?
Kabarnya cafe ni kepunyaan mak si pelakon anak pontianak tulah
Ala,,,,,lupa dah ke??? Si Zarina Lavoucah tulah
La,,,,tak ingat jugak ke??? Zarina Anjoulie yg dulu banyak kontroversi tulah
Buat apa nak ingatkan, dia pun dah berubah kot,,,mudah-mudahan

SEsape yg berminat ngan cafe ni, here is the info
Address:
Batu 16, Jalan Sepang
Kampung Chalet
71800 Nilai
NS

Tel/Fax: 06 7991276

Bussiness Hour :
Mon-Thurs: 11:30am-3pm, 5:30pm-11:30pm
Fri-Sat: 11:30am-3pm, 5:30pm-12:30pm
Close on sunday

Oklah,,,,
Good bye 2010, welcome 2011
Happy New Year with new resolution
Tak lupa juga, TAHNIAH juga kepada pasukan bolasepak Malaysia yang memenangi Piala AFF Suzuki,,,,salute to their spirit and strong mental & physical
Tapi diharap mereka tidak leka dan mudah lupa diri dan kepada penyokong pula, jangan pulak kemenangan dirai, tapi kekalahan dikeji,,,,,kita perlu beri sokongan semasa mereka menghadapi kesukaran as what our PM said

5 comments:

  1. ooo kamu dah ada kat malaysia dah yer..welcome back..

    masa gi tenguk khurafat akak ada gak jumpa budak seksi tu ..tapi malas nak ambil gambar dengan dia

    ReplyDelete
  2. aduuuhhh terliur sangat tengok daging salai tu. memang feberet yob!

    ReplyDelete
  3. akak pernah tengok restoran ni kat channel 707 tak silap, rancangan si bobby chin tu. bobby interview auntie aini and family dia...tak sangka pula itu mak pelakon tu. mcm best je lauk2 dia ek....terliur i...huhuhu...

    ReplyDelete
  4. Hi Fairylily, thats an unusual name for a restaurant.
    But the food looks delicious.
    I love that mee rebus.
    Mind if I copy the picture? I have always loved mee rebus too.
    You have fun and keep well, Lee.

    ReplyDelete
  5. Kak ina,
    Yolah, dah balik tu yang banyak sesi JJCM ;)

    Yob, memang sodapkan gulai daging salai ni

    Kaklia,
    Yolah tuh ponah kuar kat AStro,rasanya food dia bolehlah tahan, yg bestnya coz banyak pilihan, gulai tempoyak pun ado

    Hi Uncle lee,
    Hahaha,,,that's not the restaurant name
    Actually the daughter of restaurant owner is the actress for the Anak Pontianak serial drama
    It's ok, you can copy the photo :)

    ReplyDelete