Saturday, January 15, 2011

Hina sangatkah jadi orang kampung

Aku bersimpati bila rakanku mengadu masalahnya yang menjadi mangsa kutukan dan gosip orang lain. Kisah dia yang berbangga diri dengan jawatan yang dipegang sebelum datang belajar dan masalahnya dengan supervisor dijaja oleh seseorang yang yang menjadi pendengar luahan masalahnya sebelum ini.
Terdapat banyak isu di sini ;

Pertama, dia membuat generalisasi dengan berkata
" Kenapa teruk sangat you all ni ? "

Dalam pada dia meluahkan perasaan, secara sedar atau tidak dia telah menyakitkan hati aku yang memang dari latarbelakang pekerjaan yang sama dengan orang yang menjaja cerita tentangnya. Seolah-olah aku juga berperangai sama dengan orang yang menjaja ceritanya.

Kedua, dia menghina orang kampung dengan berkata

" Macam orang kampung" (suka menjaja cerita)

Adakah semua orang kampung begitu???Aku memang terasa hati kerana aku memang anak kampung, orang kampung. Sebenarnya, rakanku ini juga menuding jari kepada dirinya sendiri lantaran dia juga berasal dari kampung. Maksudnya, dia pun serupa juga.

Ketiga, siapakah penyampai cerita sehingga rakanku tahu ada orang menjaja kisahnya?

Keempat, apakah tujuan penyampai cerita? Adakah dengan niat baik sebagai peringatan supaya rakanku ini berhati2 apabila meluahkan perasaan atau menjaga kata-katanya supaya tidak kelihatan terlalu angkuh? Adakah dengan niat yang kurang baik supaya rakanku membenci dan bersengketa dengan orang yang menjaja ceritanya? Adakah dengan niat yang memang jahat supaya rakanku tidak tenteram, gundah gulana berfikir tentang ceritanya yang dijaja sehingga menggangu kehidupan sebagai seorang pelajar?


Moral of the story:
1. Bercakap bila perlu.
2. Berhati-hati bila berkata-kata.
2. Perlu tahu apa yang boleh disampaikan dan apa yang tidak boleh disampaikan walaupun tidak diberi ingatan "Ini rahsia tau!!!!
3. Jangan berfikir benda yang tidak perlu
(Macam aku tengah stress sekarang dengan kata-kata rakanku itu, selain geram tidak sempat membalas kata-kata rakanku yang membuat generalisasi dan menghina itu)

(opps !!!! baru perasan...aku pulak menjadi pendengar setia tapi menjaja kisah rakanku)

2 comments:

  1. Fairy, tu sebab kalau org yg akak tak kenal atau baru dikenali akak lebih suka berdiam diri. Ramai org kalau tak kenal akak akan kata akak sombong. Tapi rasanya lebih baik kita berfikir dulu sebelum nak bercakap

    ReplyDelete
  2. Tula, memang kena fikir dan hati-hati sebelum bercakap untuk elak tersilap cakap takpun menyakitkan hati orang lain

    ReplyDelete