Sunday, February 13, 2011

Akhirnya merasa jugak

Macam poyo saja kan. Apa yang nak sangat merasa tuh ?
Nilah karipap keledek hasil air tanganku.

Wei !!!! Tak baik tau ketawa tengok karipap ni. Oklah kan hasil air tangan orang yang pertama kali membuat karipap. Selama ni main tunjuk sahaja di Malaysia. Tapi, bila di OZ nak tak nak if you are craving for something of course you have to do it by yourself.

Actually, aku mengidam nak makan karipap ini sebelum pergi Adelaide lagi. Tapi memandangkan bekalan minyak dah kehabisan, maka aku terpaksalah menahan keinginan tekak. Baru tengahari tadi aku pergi beli minyak. Selepas melaksanakan giliranku for house cleaning this late afternoon, maka aku menyingsing lengan membuat doh dan inti karipap. Akhirnya tepat jam 9 malam, selamatlah dua biji karipap ke dalam perut ku hahaha. Terima kasih kepada Kak Yati dari blog Sinar kehidupan kerana berkongsi resepi karipap ini. As usual aku hanya buat setengah bahagian dari resepi asal. Aku tambah satu sudu madu dan setengah sudu mixed spice. Aku dapat 8 biji karipap saiz biasa dan 6 biji saiz mini. Hidung aku yang memang besar ini bertambah kembang bila mendengar testimoni from my malaysian housemate " jadilah, sedap!!!" dan my chinese housemate "delicious, I want to learn to do it". Luckily, aku boleh control macho, kalau tidak mau aku melompat-lompat gumbira ;)))))))

Just in case, kalau Kak Ina Kl baca this post, saya mohon maaf banyak kerana masih tidak berkesempatan untuk mengepos hadiah contest haritu. Kalau tidak silap, saya pernah cakap saya akan pos selewat-lewatnya pertengahan Febuari. Harini pun dah 13hb. So, kalau pertengahan febuari, esoklah kan huhuhu. Saya tak dapat cari kotak kecik, hehehe banyak alasan pulakkan. Actually, beg untuk kak ina, aku baru pi beli semalam. Itupun kebetulan pi teman my friend yang nak shopping souvenir for her friends and respondents. Dah alang kepalang tuh, aku belikan beg ni untuk seseorang.

So, nak mintak tolong Kak Ina untuk bagi pada seseorang itu.
Hmmm ..........siapalah seseorang itu ya ???
Macam poyo lagikan. Macamlah beg tu mahal sangatkan.

Sebelum pi beli beg tu kan, kami sempat pi Circular Quay. Bosa dan panjang gilo kapal tu kan.
Lagi panjang dari Sydney harbour bridge.........

2 comments:

  1. iyo lah panjang boto2 kapal tu..cm jakun tul kok akak nengok dopan mato nih..hehe

    kueh lompang tu kan,kok takdo kapur pun takpo..dah darurat...hehe..cubolah.

    ReplyDelete
  2. hehehe nati saya try buat kuih lompang tanpa kapur

    ReplyDelete