Aku teringin nak buat kuih bom keledek, tapi malas betul nak rebus keledek.
Tetiba aku buat kuih ketayap/gulung/dadar.
Disebabkan tidak puas hati dengan hasil yang pertama itu, maka malam tuh aku buat lagi. Kali ini memang I got thin crepes, tapi agak keras pulak hehehe. Habis tu sukatan sesuka hati=tepung+susu full cream+telur+garam.
Cerita pahit pulak, selain tempoyak pahit tuh....hmmm biasalah pasal study huhuhu. Actually since last night kepala aku dah sakit. Lepas subuh pagi tadi pun sakit jugak. So, aku apalagi tidurlah. Korang tau???? Memanglah korang tak tahukan. Dah terdengar azan zuhur at 12.02pm baru aku terjaga. Sungguh tidak senonohkan. Lagi sakit kepala adalah, agaknya terlebih tidur. Tetiba terinagt nak call orang yang uruskan shipping my things. Hish, abang ipar ku pi tukar no phone pulak, tu yg kena update tuh. Bila check email, alamak pakcik Adelaide ada kerja untuk aku.....cepat betul la pakcik nih check paper aku tuh. Ni komen dia
F, it is looking good, where do you plan to send it? I will see it once more before it goes.
Cheers, J
Bertambahlah sakit kepala aku, bila paper aku banyak sangat corrections dengan contengan penuh muka surat huhuhu. Makin lagi sakit coz aku tak ingat my main spv punya suggestion nak hantar ke journal apa. Aku pernah jot down somewhere. Tapi tak jumpa. Cari dalam fail dalam beg tak jumpa. Cari atas meja tak jumpa. Cari bawah meja pun tak jumpa. Yelah camna nak jumpa dalam keadaan my work+articles yang bertindan tak tersusun. So, aku kena sort semua kertas atas meja tuh. Bukan hanya ada articles n my works, bil and surat pun ada terselit. Tak habis yg atas meja, yang bawah meja pun aku sort sambil cari di mana aku jot down info nak submit my paper. Then, sambung semula yg atas meja. Alhamdulillah aku jumpa info tuh. Bila dah settle tuh, aku bukak pulak beberapa files atas meja. Adoyai.....dalam file pun tak tersusun. Takpe stop dulu, sembahyang zuhur dulu. Masalah aku sebagai orang yang ada sikit ciri OCD nih, aku tak boleh study jika bilik bersepah/serabut. So, lepas solat, aku lipat baju. Terpandang pulak telekung ofis yg aku baru basuh. Peliklah macam ada habuk/benang halus yg melekat. So, aku guna coat brush to remove that dust. Ingat nak iron telekung tuh. Tapi surf internet pulak, tau2 dah pukul 5pm. So kalutlah perhangatkan the leftover food to break my fasting. Kuskus goreng leftover from saturday dan sambal udang+ petai leftover from sunday.
Hari yg aku buat bubur jagung tuh, aku buat masak kicap ayam.
No comments:
Post a Comment