Buat pertama kalinya pada bulan Ramadan ini, saya berpeluang berbuka puasa dan solat tarawih di surau dalam Uni pada hari Selasa minggu ini. Rice and Lamb adalah menu selepas berbuka pada hari tersebut.
Selain rezeki makanan, saya juga mendapat rezeki 'harta'. Pada hari rabu, kawan aku yang akan kembali ke Malaysia pada hari jumaat telah mewariskan 'harta peninggalan'nya seperti heater, food container gadang dll....Pssssssssssssst.....acuan roti jala ada tau ;). Hmm bilalah nak buat projek menjala ni kan??????
Rezeki tak semestinya datang dalam bentuk makanan, wang ringgit dan harta. Pada petang rabu aku diberi kekuatan meminta izin dari spv to do something. Something that I have been keeping to myself since May and I just afraid to tell her. Moreover, I kinda forget about that until this week I become panic. Alhamdulillah my spv approved that....I am really lucky to have really understanding spv. Berkat Ramadan :)....
Then later, I had iftar at the surau again. Yumm..roasted chicken.

Since I got this late, so I just had yogurt while watching my friends eating their portion. By the time I got my portion, I was already full with yogurt hehhee...So, I just tried to finish the potato chips especially those in the gravy. While waiting for the bus to go home, my friend come and gave me karipap and sambal ikan bilis...Alhamdulillah :)....rezeki again
Once arrived at home, I gave one of the karipap to my friend and of course I felt hungry hehhee....So apalagi ngap satu karipaplah. Bila terpandang sambal, bolehlah makan dengan nasi dan ayam tadi. But still tak habis coz ayam tu memang besar. So, simpanlah the leftover chicken in the fridge. Di sebabkan sambal bilis tuh really berapi, aku terpaksalah memakan loacker wafer untuk mengurangkan kepedasan hehehe.....
Semasa menikmati hidangan ini, tiba-tiba rakan saya menghubungi saya. Kebetulan kami terserempak semasa menunggu bas. Saya bertanyakan rahsia bagaimana dia sentiasa ada duit untuk kerap pulang ke kampung dan juga kejayaan membentangkan kertas kerja sama ada in OZ or overseas. So, that's why she called me just to share her experience, not to self-praise or brag herself. Actually, I kinda shocked that she called me since we are not close friend, but ya...alhamdulillah berkat Ramadan. Insya allah, saya akan amalkan as what she does. Of course, certain of it just the things that we normally do, but maybe we can improve it to be better :).....
Lupa nak cerita pasal solat tarawih di sini. Syahdu sungguh bila mendengar kemerduan suara imam yang semestinya orang Arab. Bak kata my friend macam orang bermusabaqah pulak. Meremang bulu roma dan meleleh air mata ketika dengar getaran suara dan tangisannya semasa berdoa. Imam di sini membaca doa ketika berdiri sama ada selepas atau sebelum membaca doa qunut semasa solat witir. Jadi, tiada lagi bacaan doa selepas selesai solat. Terdengar juga Libya dan Gadafi disebut ketika bacaan doa tersebut. Memang kasihan pada pelajar Libya di sini, kerana bantuan kewangan untuk mereka mungkin akan ditamatkan pada akhir bulan ini dan mereka terpaksa pulang ke Libya yang pada ketika ini huru-hara, tidak kenal siapa yang baik, siapa yg jahat. Khabarnya pelajar Libya di Eropah dan US tidak menghadapi masalah kewangan lantaran negara mereka mempunyai simpanan di sana, tetapi tidak di Australia. Semoga Libya kembali aman dan rakan-rakan Libya dapat meneruskan pengajian mereka di sini. Amiin.
makin pedih perut tengok gambar2 food u fai...hehe....
ReplyDelete