
Kebetulan rumah tu mempunyai sistem penggera, jadi rasalah selamat sikit pada waktu malam. Cuma, kadang-kadang bila sistem penggera tetiba-tiba berbunyi dengan kuatnya pada tengah malam, memang takut sangatlah. Terkejut dengan bunyi kuat ketika enak dibuai mimpi satu hal. Risau jika penceroboh hanya diluar bilik satu hal. Nak turun ke bawah pun takut, tapi kena juga, nanti megamuk pulak jiran sebab tak matikan alarm. Bila mendapat kekuatan, untuk membuka pintu bilik, aku pergi ke tangga dan tinjau ruang bawah. Bila nampak clear, cepat2 aku reset alarm dan lari naik atas. Agaknya cicak main-main di tingkap kot hehehe...Lepas tu memang susah nak tidur. Rasa lega bila dengar bunyi motor Pak guard buat rondaan. Kebetulan, Setiap 1 jam pak guard perlu punch diluar pagar rumah my neighbour. So, bila dia turun dari motor tu, mesti dia mengawasi sekeliling termasuklah rumah aku. So, rasa selamat sikit.
Tapi dalam pada adanya alarm dan Pak guard tu, ada juga yang berani merompak rumah jiran aku. Grill wrought ironnya yang berbetuk bunga ros, dipotong seumpama memetik tangkai bunga oleh si Perompak. Si perompak hanya mencari duit dan barang kemas. Bila aku masuk kerumah aku, memang aku terkejut sliding door terbukak dan penyapu aku didalam rumah. Rupanya ada percubaan nak masuk ke rumah aku. Alhamdulillah mereka tidak berjaya mebuka grill rumah aku, cuma grill jadi senget dan kemek sikit kerana sungkitan. Rumah ni, guna grill murah je, bukan wrought iron mahupun stain less steel. Cuma ada besi padu yang berselang seli dengan besi kosong pada grill tuh. Memanglah tiada barang yang hilang, tapi aku buat juga laporan polis, sebagai langkah berjaga-jaga. Kebetulan aku dan jiran terlupa untuk switch on the alarm on that day. SEhingga ke hari ini, memang aku tak bagi tau my parents, takut depa risau.
Selain 'serangan' manusia, aku juga risau dengan serangan binatang liar dan menjalar disebabkan aku tinggal berdekatan ladang dan hutan. Pernah jiran aku ternampak harimau kumbang berhampiran rumah aku. Manalah masa aku gardening di luar pagar he come and say hello...Ya Allah mintak dijauhkan. Lipan lebih besar dari ibu jari pun ada. So masa korek2 tanah tuh, aku terjumpa lipan saiz halus mahupun yang bersaiz jari telunjuk. So, yang bersaiz halus senang dibunuh. Yang saiz besar tuh susah sikit nak bunuh. Tapi selepas bunuh yang saiz besar tuh, aku terfikir, ni kawasan hutan, mana boleh bunuh sesuka hati. Buatnya ada yg datang cari macam mana?....Manalah kot suami ke bapak lipan tu cari aku huhuhu...SEhinggalah pada satu malam sedang aku lepak atas carpet menonton tv, aku nampak lipan gadang melintas tepi aku menuju bawah sofa.

Begitulah ya kawan-kawan risiko yang terpaksa dihadapi bila kita tinggal bersendirian. Ada macam drama tak? Daripada korang layan drama aku tuh, baik korang layan drama Anissa. Aku haritu dah tengok first episod. Macam bosan. tapi kawan aku cakap cerita tu best. So hari malam Sabtu, aku tengok sikit cerita tuh. Macam best pulak. Tapi tetiba internet kong. Hampeh betul Nowhere internet nih. Only esoknya baru ok, itupun dah 3 pm. Lepas aku dah menjalankan house cleaning duty, maka bolehlah aku bertenet. Tu yg dapat menyambung tengok Anissa tuh. Tapi senja kena stop pulak hehhee. Masterchef season 3 Finale.....Aku nak Michael yang menang, tapi oklah jugak Kate yang menang walaupun ada kes favouritsm di situ. Actually my favourite and popular contestant, Hayden has been eliminated huhhuhu....So,dah habis tu sambung Anissa kat youtube. Tapi ada setakat episod 16 je. Pulak...mana nak cari the rest. Google punya google jumpalah yg sampai episod 24. Sambil buat budget, aku tonton Anissa. Harini, sambil sarapan then lipat baju, then key in spending, aku tonton lagi. Maka tamatlah......Cuma aku ada kemusyikilan
1) Rozita Che Wan pakai 3-4 inches high heel even though heavily pregnant. Kok pakai wedges boleh diterima jugak...
2) Si suami kemalangan pada waktu malam atau awal pagi, tapi si isteri hanya dihubungi pada keesokan harinya.....
Sorrylah, aku banyak komen pulak bila tengok drama-drama nih. Kalau tak suka, jangan tengok kan. Tapi pembikin drama kenalah ambil kira penonton jugak. Bukan semua penonton hanya tonton dan terima apa dipaparkan tanpa berfikir. Aku ni kan suka fikir and quite observant jugak hehehe....Rasanya ramai jugak yang macam aku. Cuma mereka malas nak kecoh hehehe...
Ok, ok...itu my writing sudah kenyit mata and melambai-lambai tuh :P
Dunia skarang ni there's a lot of things happened yg kita takkan sangka2. Menipu, merompak dll. Akak ni dah beberapa hari ni rasa sungguh sedih sgt dg pemergian ke rahmatullah Dr.Rohani Kassim yg kena robbed and stranggled to death. We've known each other for quite sometime regarding kerja2. The last time I met her it was 2 months back bila die nak transfer ke Ipoh. She hugs and kiss me when we met in one of the Ministry sambil kate nak mohon maaf kerana dia dah nak bertukar ke Ipoh. Walaupun die berkedudukan tapi sungguh hormat kakak yg jauh lebih tua dari dia. Tak sangka sungguh pemergian dia sungguh tragis betul. Apa lah nak jadi dengan dunia skarang ni, kalau nak curi,curi aje lah jgn lah sampai nak melayangkan nyawa manusia....sungguhlah kejam... Tapi ye lah dek...nak buat macam mana mungkin dah suratan nasib dia dan sudah takdir kematian dia secara begitu...AlFatihah buat Dr. Rohani yang di sayangi.....
ReplyDeleteKat Malaysia ni dah mcm tak selamat nak duduk dah, hari2 ada orang kena bunuh. Baru2 ni pun dekat je dgn area rumah akak, orang mati kena bunuh lepas tu dikerat2 tubuh badan mayat tu. Tak ke gila? Hanya mampu berdoa supaya di jauh kan perkara yang tak baik dari kita semua...amin...
ReplyDeleteArina,
ReplyDeletePelik kan orang sekarang nih. Mencuri satu hal. Tapi kalau nak mencuri pun, awatlah sampai membunuh. Mana hilangnya perikemanusian. Memang kisah yang tragis. Kami yang tiada kenal arwah pun rasa sedih. Inikan pulak dikalangan keluarga dan rakan2 arwah. more over it happened during fasting month. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yg beriman.
kaklia,
tu yang kes anak beranak yg dijumpai kat toilet tu keh. Huh...seriau betul la. Mudah-mudahan kita sentiasa dalam lindungan Allah..aminn