Sunday, March 24, 2013

Cotton Nilai 3

Haloo!!!! Rindu saya kah?

Selain busy, memang tak larat and takde mood nak berblogging. Balik kerja tak tentu masa tapi biasanya 5.30-6.30pm. Then, melepek giler...9pm dah ngantuk gilos dan biasanya terlelap depan tv. Then, sambung tido kat bilik as early as 10pm.

Harini Sabtu..opps dah awal pagi Ahad, celik pulak mata hehehhe. Tapikan tadi lebihkurang 12.45am, I macam dengar bunyi sesuatu kat siling rumah....seriau pulak. Khabarnya bulan lepas ada kes orang masuk rumah ikut bumbung di kawasan kejiranan yang baru. Dahlah tadi I lupa nak tutup pintu pagar. Hanya perasan ia terbuka luas apabila dah pukul 9pm. Confirmlah tak berani keluar, selain susah nak keluar rumah gara-gara tombol pintu rosak. Jiran sebelah balik kampung kot huhuhu....I pun tak sure whether Pak Guard ada buat rondaan or not waktu gini. Ya Allah, lindungilah hambaMu ini....Alamak! dengar lagi bunyi kat siling. Terus sms jiran selang dua rumah who is also my colleague. Segan jugak ganggu kawan yang dah berfamili awal pagi...1.20am. Terharu juga bila dia terus call, tanya bagaimana bunyi yg aku dengar etc, malah menawarkan dirinya(dan suaminya) untuk datang melihat. Takkanlah aku nak nyusahkan depa kan. So, aku cakap takpe..just nak inform kalau ada apa2 sebagai langkah berjaga-jaga...kira suruh depa standby je lah. Ni takut nak tido huhuhu.......

Mukadimah takde kaitan dengan tajuk. I dah type tajuk tuh...tetiba jadi pulak kejadian seperti di atas :(. Anyway layan je la apa yg mencuci mata I di Nilai 3 iaitu pada 2 minggu lepas on 9/3/2013.


Antara yg I singgah...Ada Perabot di second row of the shops lot

  

Ada carpet di third row


Yang kat atas warna merah dan purple tu macam juarian benang je, tak padat macm carpet biasa.  Ada dua jenis, satu tu yang benangnya mudah ditarik harganya RM60-70. Yang agak kuat sikit benangnya RM100. Tu tanpa minta diskaun ya. Kata penjual carpet dibawah ni pulak yang ada ala2 blink blink tu style baru..Hmm I tak suka.



Ada juga tikar buluh

Then, pi Textile Walk mencari Cotton House, tapi tak jumpa yg ada hanyalah antaranya kain pasang yang biasa seperti 2-3 psg for Rm100. Ada juga pakaian siap,

 tudung,

Hiasan dinding seperti gambar dan ayat suci Al-Quran


 Penat I merayau, pusing sana sini, tapi tak jumpa jugak Cotton House. Sesudahnya makan dulu di Marry Brown hehhehhe

Then, pusing2 kereta lagi. Terpandang kedai ini


 ...rasa nak beli bunga pulak walaupun bukanlah perlu sangat. Plan asal nak beli carpet dan kain cotton je. Sekali masuk kedai nih fenin nak pilih










I suka bunga putih di bawah ini, tapi dah habis stok.


So, I opted for this :)

Total cost=RM91.90. Bunga cam gitu je kan....macam tak berbaloikan. Yang Putih setangkai ada 2 bunga RM10.90. Yang pink setangkai satu bunga Rm15.90. Mintak diskaun tak dapat coz tauke kata upah penngubah bunga tu mahal. Dah kenyit2 mata, dapatlah RM90.00. Penggubah bunga ni lembut orangnya...tapi sombong sikit. Kita dok tercongok depan dia menunggu gubahan, dia boleh ignore aje. Sibuk borak dengan kawan dia pasal cerita di Astro apatah ..Undercover. Orang tanya, dia jawab tak sungguh-sungguh. Pelik..biasa golongan adik2 ni peramah. Bila orang nak ambil gambar dia tak mau pulak hehehe. Sebab I tak ambil gambar dialah maka I cerita pasal kekekwatannya di sini....or else jika ada gambar I hanya akan bagi caption gambar..My Penggubah Bunga ;).

Then. misi pencarian Cotton diteruskan. Entah camna I terpandang outlet baru ....JELITA...namanya


Kedai ni cawangan baru Cotton Houselah :).
Yeay! Suka Suka............Tapi tiada diskaun pulak

Ada European cotton yg mahal bebeno tapi kainnya best




Ada juga Japanese Cotton.




Ada juga Thailand Cotton. Tapi yg dibawah ini I tak sure jenis apa.............











Punyalah lama, sesudahnya beli sepasang je. La ni I noticed banyak corak Paisley. Sebelum ini, pepandai je I kata Paramesium hehhehe......

Maka pulanglah I dengan segala hasil tangkapan :).  Macam membeli belah di Padang pasirlah....


Dinosour pun adalah.....

Psst: La ni 2.43am....lansung tiada bunyi yang mencurigakan semenjak mendapat panggilan telefon dari jiran. Lagilah I takut nak lelapkan mata huhuhu..........




5 comments:

  1. lawnya bunga2 tapi alamak mahalnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yang murah. ikut material dan kualiti :)

      Delete
  2. Sungguh rambang mata tgk bunga-bungaan itu..
    juga kain cotton yang pelbagai corak...

    by the way, hadiah dari akak dah sampai..
    terima kasih banyak2 tau kak..
    comel je koala tu smpai syg nak lekat kat fridge...hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestkan cuci-cuci mata hehhehe. Tak beli tak pe.

      owh lega dah sampai...risau sebenarnya

      Delete
  3. Hey! This is my first comment here so I just wanted to give a quick shout
    out and say I truly enjoy reading through your posts. Can you recommend any other blogs/websites/forums that
    cover the same subjects? Many thanks!

    Feel free to visit my site - ppe Johannesburg

    ReplyDelete