Tuesday, August 13, 2013

Berurut di hari raya

Orang sibuk pi beraya, I sibuk pi berurut hari Ahad lepas. Kami pi beraya di hari raya pertama je. Habih tu dah semua pakcik makcik kat kampung ni kan :P. Tetamu pun boleh dibilang dengan jari. Bohsan dok umah. Rasa nak termuntah tengok TV. Tak Tv, makan,. Tak makan, tido. My niece tak balik raya, my nephew pulak balik rumah nenek sana. I was the first customer. Urut kaki 1 jam (Rm38), urut badan 1 1/2 ((Rm65) jam. Bab kaki tuh, wpun sakit tapi lega. Bab badan mmg sakit gilos.....angin satu hal, urat tegang satu hal terutama bahagian bahu dan tangan kanan. Bila diurut, menjeritlah....Sampai harini masih rasa sakitnya. I suka pi kat tempat urut sebelah McDonald ni. Ye lah tempat wanita kat atas, cantik dan selesa pulak ....Tapi gambo hampeh coz guna hp cap ayam ;)....

Naik tangga

 Turun tangga


 Sambil urut kaki,

 layan je la TV....


 Tempat urut badan...mestilah golap :P


Then, dah selesai apalagi...jom McD.......hahaha mana tak anginnya kan.


Ingat nak balik, tetiba melencong pi nilai square, mencari kain lycra.  Rasa nak buat ala2 busana Muslimah...labuh and longgar. Jumpa di Bunga Raya Textile RM15/m. Tapi corak tak menarik. Jelita Textile tutup pulak, nak jugak jenguk Japanese Cotton.

Lepas tu singgah solat di Giant...hehehe Masjid besar dekat je dengan Nilai Square tuh. Habih tu I kan tak pakai tudung, tau pulak segan ek......

Then punyalah tak senonoh, patutnya terus balik. Boleh pulak I menyinggah pi cuci cuci rambut. Hish awat mahal sangat RM30. Biasa ku rasa RM25 ajo...Katanya "Biasa mmg macam tu ma...". La iyo ko.......

Sakan memanjakan diri. Luckily, boleh menahan diri dari pi buat facial treatment pulak hehehhe. Bayar nearly RM135-RM165 for each session, tapi muka tetap berjerawat dan berjeragat gak hhhehe. So, lenkali buat je la sendiri scrub n mask tu ya. Duit kat bank tu pun dah menyusut sangat tu. Gaji lagi 12 harikan. Hmmm..macam perlu guna guna duit raya yg tak habis tu hehehhe...

Psst pagi tadi I sarapan meatball you...semata-mata nak perabih thick cream that will be expired next 2 days.


Tapi ni versi ngelat and caca marba ya..... Versi asal from scratch sila google ya. Beli je frozen meat balls. Then rebus sekejap dengan air yang dicampur Seasoned Salt McCormick. Agak2 dah masak, angkat dan toskan. Air rebusan tu simpanlah ya. Then masukkan meatball dalam sandwich zipper bag. Masukkan pulak seasoned salt. Zip the bag dan goncang. Simpan dalam fridge semalaman untuk rasa yang lebih enak. Kalau dah lapar sangat abaikan je the red color steps heheheh. Then panaskan minyak sikit dalam pan dan goreng meatball sehingga perang. Angkat dan toskan. Then, masukkan 2 sudu tepung dalam pan tadi. Kacau dan tambah stok daging (air rebusan meatball semalam or beli je kat kedai hehehhe). Then, tambah thick cream. Perasakan dengan bbq sauce and seasoned salt. Siap.....

Harini kira bz lah. Dok menggulung carpet, basuh baju dan menyiapkan kerja-kerja opis. Huhu..esok start kerja, harini barulah kalut. Macam kena stay up je. Maklumlah I dok relax sakan since Raya ke-2 hingga kelmarin. So now padan muko den .........



No comments:

Post a Comment