Raya Day 1
Pi beraya rumah my aunt.
Makan rendang+nasi impit sambil mendengar celoteh my aunt pasal tempahan lemangnya tiada dalam senarai penjual one day before raya
Nak terjojol mata bila I dengar dia sebut "Kepalohotak ko" kepada si penjual.
Serius I tak control keterkujatan I :P
Hehehhe....memang kasar ek. Tapi semasa kecil tu dah biasa dengar.
Jangan sesekali sebut depan abah, sesilap kena libas or rotan.....
Raya Day 2
Pepagi lagi I dah terkejut dengan kedatangan rakan yang hampir 23 tahun tak jumpa. Aku bermimpi atau dia yang mengigau hehehhe. Padahal rumah dia seberang jalan rumah mak tu je hehheeh. Ye la dah sekolah menengah berbeza, then I pulak pi belajar dari Melaka, Kedah dan Penang.....Lagipun dia kahwin awal. Tapi macam biasa dialog yang tak diingini untuk sesape yang masih bujang, comel oppps tapi belum kahwin macam I....
Mak kawan : Ko bila lagi?
Me : Hehehhe...Insya Allah
Mak Kawan : Lepas raya ya?
Me : Insya Allah....(sambil berlalu meninggalkan mereka)
Mak Kawan : Jangan marah...gurau je
Me : Takla.... (Sambil menoleh kebelakang memandang makcik dan tersengih )
Tapi dalam hati gerrammmmmmmmmmmmmmmmm
Walaupun macam biasa dah boleh agak soalan tu akan timbul, tapi aku tetap terasa dan bengang.
Tidaklah marah, kena redha kan walaupun malu tu tetap ada.
Kesian dengan mak pun satu hal. Harap mak tak malu lah ada anak macam I.
Teringat kisah kawan I, mak dia memang cakap depan2 yang dia malu ada anak yang tak kahwin lagi......Habis tu belum jodoh lagi kan. Kadang-kadang orang ni sibuk je, tapi tak mahu pulak tolong kita. Bila kita gurau-gurau suruh carikan, banyak pulak alasan...takut tak serasi lah, takde kawan bujanglah..hah tahupun. Lagi teruk dengan kasar cakap "Cari sendirilah". Ada jugak yang kata kita ni memilih. Habih tu beli ikan kat pasar tu kena dipilih. Inikan pulak orang yang kita nak hadap hari-hari kan ;))....whatever. Yang penting kita yakin dengan Allah :). Kalau kita lambat dapat yang kita hajati, Allah nak uji kita. Kalau kita tak dapat yang kita ingini, Allah merancang yang lebih baik untuk kita :).
Hah kan...melalut lagi..
psst ada cerita lain lagi pasal makcik ni, tapi entri lain ya
Raya Day 3
Petang ada bebudak datang. Mak yang layan coz aku nak solat.
Bila aku keluar bilik, dah senyap je..cepat betul bebudak tu balik. So, aku ke serambi nak menengok balang kuih, kot ada yg perlu ditambah. Terkejut aku lihat lumut hiasan pada gubahan orchid berterabur atas meja.
Lagi geram, bila melihat batu hiasan berlumut dari polistren berlubang -lubang kena cucuk......eeeeeeeee....(tu gambar gubahan semasa sihat walafiat). Kalau nak datang beraya, dok ontok-ontok boleh tak !!!!!!
Cucu cucuk gubahan orkidku, nenek pulak hiris hatiku. Soba jolah kan....
No comments:
Post a Comment