Thursday, October 10, 2013

Senja@Hotel

Suasana senja



Bila malam, apalagi rehat secukupnya.


Berangan je la ya, sebelah laptop tu ada banyak kerja yang perlu disiapkan.

Tapi biasalahkan bila outstation ni, balik je hotel mesti kepenatan. Sudahlah sesat melilau mencari destinasi customer, balik je hotel jenuh cari parking pulak. Hotel ni ada dua tempat parking, satu tepi hotel satu lagi basement. Tapi biasalah bila ramai guest yang datang in group ada seminarlah, ada workshoplah, maka semestinya full parking. Kesian kat guest yang sensorang macam I ni. Nak parking kek mano? Semalam selepas habis appointment dengan first customer, I balik hotel dan ternampak penunjuk arah parking depan hotel, tapi kena cross the roadlah.


Tu nampak tuh, dekat kandang kuda, tapi kudanya belum balik lagi hehhehe....


Then I keluar lagi ada another appointment luckily nearby the hotel, but still perlu mengharungi kesesakan jalan raya. Bila balik hotel pun, penunjuk arah parking ke kandang kuda jugak. Risau jugak, selamatkah parking di situ di malam hari? Whateverlah... dah lapor giler...maka room service ya...ayam percik dan sambal hijau indonesia katanya RM15.


Bila dah lewat petang dok buat kuak lentang, tetiba dapat phone call dari pihak hotel. Bertanyakan adakah I pemilik kereta sekian nombor dan I diminta mengalihkan kereta, tempat parking tu nak ditutup katanya grrrr..........Maka, tak cukup dalam phone I bebel, pada reception counter pun I bebel jugak. Pandai pulak orang tu kata parking tu utk group yang datang berkursus and ada notice. Bila I tanya notice tu kat mana, hah terdiam pulak. Kalau tengahari tapak kasut I rosak coz pijak batu kerikil kat tempat parking tuh, bila ambil kereta petang tu, becak pulak grrr....Anyway, harini I tengok security yg jadi penunjuk arah hehe......

I datang sini since Tuesday. Confuse lah nak exit ikut mana Simpang Pulai ka, Tambun ka, Ipoh ka...yang I tau, tak perlulah sampai exit Sg Siput or Jelapang hehehhe. First day, I lunch kat food court AEOn ja..yong taufu tak sedap...RM9.30. Pasar malam mari, lagi sedap!!!!


 Mula-mula teringin nak try Seoul Garden, rupa-rupanya  bbq/steamboat buffet. Tak seronoklah makan that kind of food sensorang.....Lagipun I nak makan kimchi dan bimbibap je. Then, nak beli untuk dinner siap-siap, pizza hut salad+chicken wing. Tapi saladnya takde pulak takeaway container. Luckily dalam AEON ada salad


 Siap ada dressing lagi, so just shake ;). Inilah my dinner


Hari Rabu tu kan, penat giler, tu yang dok room service je. Eh tadi dah letak gambar ek...takpelah letak lagilah


 Malam, I habiskan salad tuh.


 Nak diet kononnya, tapi tak sedar diri letak thousand island bertimbun hehehhe.

Siang tadi on the way balik hotel terpandangkan kedai ni


So apalagi....yummy.........kuah campur dan apatah tadi ada dia letak macam blended lentils...RM7.50


Licin menjilat jari you.....Malam ingat nak makan cherry tomato je, tapi tu lah I ni tak cukup kuat menahan diri. Maka room service lagi ooopssssssssss............RM15.


 Actuallykan first time outstation early sept, I sesat barat kat satu destinasi ni. GPS tak dapat kesan tempat ni. Tapi I just google nama jalan yang terdekat iaitu nama burung. Malangnya, GPS bawa I  ke jalan nama bunga hahhaha. At last tahan je sorang guy ni, so I ikut je moto dia dari belakang hahhaha. Dah terdesak, kena cekal, berani dan muka tembok hahhaha. So, last night I dah google baik punya. Pun sesat jugak that resulted in lambat la appointment...again..yup again. Kali ni lagi teruk, dok tanya makcik tepi jalan, dia kata kena pusing, sesudahnya I dok lalu depan dia 3 kali hahahha. Mesti dia pelik awatlah 'slow' minah ni tak jumpa-jumpa. Lagi teruk, jumpa jalan mati...kalau teruskan jugak mesti keluar berita malam ni, kereta terjun tasik selain kejadian tembak menembak kat Jelapang tuh. Tiba-tiba I ternampak destinasti yang I nak cari dalam GPS. Patutlah, nama yang GPS kenal lain sikit. Maka teruslah I search, legalah kononnya. Alih2...jalan mati lagi. GPS pun tak boleh kesan dimana kami berada hahahaha. Habih tu, GPS suruh masuk Jalan Kenari, I jumpa Undan hahhahah. Whatever it is Alhamdulillah I selamat sampai :)........Oklah nak pi sambung makan spageti ;))......

1 comment: