Belum habis dikejutkan dengan tragedi MH370, timbul pula kisah penerbangan MAS di Nepal dan ke Korea. Kemudian kebakaran kecil pesawat Malindo Air pula.
Itu kisah penerbangan Malaysia.
Dikeliling saya pun pelbagai cerita yang timbul.
Cerita rakan yang disihir dan rakan yang ada saka yang berpanjangan.
Hari Selasa...saya terkedu mendengar cerita seorang rakan yang tertekan kerana suaminya ada orang lain.
Ya...memang tidak percaya mendengarnya...luarannya nampak bahagia sekali
Rabu pulak...rakan yang lain pula telah didiagnos menghidapi cyst.
Nampak tenang sekali, malah sanggup berkorban datang bekerja untuk menyokong her customer walaupun mendapat cuti.
Ya, masing-masing ada cerita tersendiri....
No comments:
Post a Comment