Whatever the new number of the flight is, our thought and prayers is always with the passenger and crew of MH370. The most importang thing is yakin dengan kekuasaan Allah.
Sejak kehilangan pesawat Boieng 777 ini pada hari Sabtu 8 Mac 2014, pelbagai teori diutarakan oleh pakar penerbangan dan pelbagai spekulasi telah ditimbulkan oleh orang-orang biasa mahupun keyboard warriors mengenai misteri kehilangan pesawat tersebut. Namun, semakin banyak persoalan yang timbul. Temubual bersama Kapten Norrudin pastinya membuka mata dan hati kita semua...Ya, Allah Maha Berkuasa.
Harini telah masuk hari ke-6 misi mencari pesawat yang hilang tersebut. Antara laporan terkini adalah
- Rakaman satelit China memaparkan imej tiga objek di Laut Cina Selatan yang dipercayai ada kaitan dengan kehilangan pesawat tersebut.
- Warga New Zealand yang merupakan pekerja pelantar minyak di tenggara Vietnam mendakwa melihat pesawat yang terbakar pada altitud yang tinggi dan menjunam.
Kita yang tiada pertalian darah dengan penumpang dan krew pun tidak senang duduk, berasa sedih dan gusar, inikan pula keluarga yang perlu menanggung dan menanti. Berat mata memandang lagi berat bahu memikul. Simpati bila mendengar ada pihak yang telah mengucapkan takziah kepada keluarga, geram bila mendengar ada pihak yang cuba mempromosikan barangan diruangan #prayMH370. Kenapalah wujud orang-orang yang tidak sensitif? Sedangkan menurut kaunselor, mendengar perkataan "sabar" pun boleh menimbulkan kemarahan pihak keluarga yang terlibat.
Tersentuh apabila melihat visual dari astro Awani kelmarin memaparkan dan melaporkan salah seorang waris penumpang yang agak emosi apabila dihalang oleh sukarelawan dari ditemuramah oleh pihak media.
Bergenang air mata apabila Buletin Utama TV3 malam tadi dimulakan dengan visual anggota penyelamat melaungkan azan di lautan.
Sebak bila mendengar doa:
Jika dilangit, turunkanlah
Jika dilaut, timbulkanlah
Jika didarat, tunjukkanlah.....
Semoga pesawat tersebut ditemui dan semua penumpang dan krew selamat.
moga semua kembali dgn selamat...
ReplyDelete