Lewat pagi tadi, saya beserta kawan A dan B membantu kawan C dalam satu tugas pemantauan kursus. I thought I perlu bertugas dengan si B, rupa-rupanya si A yang muncul. Haritu si C beritahu kami perlu letak bahan, baru benarkan peserta masuk. Tapi hari ini menurut si A, si C mencadangkan hanya edarkan bahan selepas peserta masuk. I ok lagi. Tapi I agak tersentak apabila si A MENGARAHkan I untuk bertugas di bahagian atas dan dia di bahagian bawah. I tak suka diarah. Kami sama-sama bantu si C. Kenapa A berlagak boss? Ada beza MENGARAH dan MEMBERITAHU kawan. Lagi-lagi rakan2 yang lebih tua dan senior. So tersentak dan tersentap jugaklah. Memang hari ini I am a bit sensitive coz I sebenarnya tak sedap badan, sakit kepala dan sakit perut. I boleh imagine mesti I ketar lutut untuk turun naik. Tapi I malas nak cakap pulak. So, salah I juga lah. Memang dilema. Antara kasihan kan kawan yang perlukan pertolongan atau melayan diri yang sakit.
Pada I, better I uruskan peserta kanan dan dia uruskan peserta kiri. So, sama-sama perlu turun naik tangga. Then, bila dia terangkan kaedah pengumpulan bahan. I ok je la. Memang selama ini I memang praktikkan cara itu. Cuma I ulang sebut kaedah dari mula peserta masuk sehingga pengedaran bahan untuk tujuan pengesahan. Tiba-tiba kelihatan dia cuba menahan sabar. Dan cakap "Sorry ya, jangan kecik hati". Then, dia ulang sebut kaedah. So, memang betullah apa yang yang I sebut dan faham tadi. Ni lah masalahnya orang yang nak kita dengar apa yang dia cakap, tapi bila kita cakap dia tak mau dengar. So, end up we look stupid since orang yang perasan bagus ni kononnya perlu ulang cakap banyak kali. Apa masalahnya to just say YES and NO lepas dengar apa saya cakap. Kenapa perlu nak sebut pasal kecil hati, kalau dari awal dia tau I dah terasa hati dengan cara dia. So, pls TONE DOWN lah kan. Ni lah antara perkara yang I tak suka bila bekerja, apabila orang rasa dia BAGUS and PERFECT dan LOOK DOWN on people. Kalau sekali dua kali tu boleh je diabaikan. Tapi kalau dah hampir 12 tahun kenal, masih macam tu..???Tapi, macam biasa kalau orang tak mahu berubah, I lah perlu berubah kan. Perkara kecik je kan. Jangan over sensitive and just let it be....Lagipun buruk baik tetap kawan kita juga. Sebab tu dah berbelas tahun masih bersama hahhaha.
salam fairy lilly....ingat lagi tak dgn akak...hehe....
ReplyDelete