Friday, October 24, 2014

Bila pi meeting : Part 1

Bila menghadiri mesyuarat :

1. Perlu buat catatan.
Supaya anda tidak terkejut apabila disoal dengan tiba-tiba oleh pihak atasan, lansung terlupa semua yang telah anda faham dan dengar. Akibatnya anda bukan sahaja memalukan diri sendiri, malah ketua jabatan  anda dan mungkin juga dipandang rendah oleh ahli-ahli mesyuarat. That is what happened to me last monday.

2. Sila fikir tentang orang lain juga bila tiba waktu makan. 
Kalau pun anda kebulur sangat dan antara orang yang paling awal beratur mengambil makanan, ia bukanlah alasan untuk anda mengaut segala bahan-bahan dalam kuah sehingga penuh mangkuk dengan bahan-bahan itu dan menenggelamkan bahan utamanya. Akibatnya orang belakang cukup beruntung jika dapat secebis kecil bahan tersebut.  Dan orang yang sama-sama di belakang pun, jika sudah dilihat kuah itu hanya mempunyai cebisan kecil yang terapung, tak perlulah cuba nak mengorek menggali sehingga hampir 10 kali mencari-cari. Sikit sama dikongsi. Bukannya pentingkan diri juga dan membuat orang lama menanti. Sangat memalukan apabila anda tidak perasan bahawa ketua anda antara orang yang paling akhir mengambil makanan. Hmm....belajar tingggi-tinggi, gaji ribu-ribu pun buruk makan jugak ek. That happened yesterday.

No comments:

Post a Comment