Selamat Bercuti...
Hati-hati di jalan raya.
Tidak sampai 3 minit mendengar berita di radio mengenai lebuhraya yang sesak akibat kemalangan, tiba-tiba terpaksa memperlahankan kenderaan gara2 kemalangan di jalan raya yang kelihatan baru sahaja berlaku. Kejadian berlaku di kala hujan renyai-renyai di lewat petang dan di selekoh.
Hari ini banyak sangat kerja, ada juga mesyuarat dan bengkel. Meja yang penuh dan berselerak dengan file dan kertas ditinggalkan begitu sahaja. Terpaksa bergegas ke Grand Union untuk membeli keperluan. Tiba di pekan dah hampir 6.35pm. Memang grand union dah hampir tutup. I tak dibenarkan masuk. Dengan kecewa kaki melangkah. Tiba2 si bangla tu tanya I nak beli apa. I cakap nak beli milo dan biskut je. Alhamdulillah, selamat membeli. Sempat lagi mencapai kopi Aik Cheong dan Super Ring hehe...
No comments:
Post a Comment