Friday, February 6, 2015

perempuan lemah?????

Tak faham tgk cerita istikharah cinta ni.

Kenapalah menunjukkan perempuan ni mudah percaya dan terpedaya dengan kata2 dan tipudaya oleh orang-orang yang ternyata ingin merosakkan perkahwinannya???? Bukan sekali tetapi berulang kali.

Kenapa menunjukkan perempuan ini begitu lemah dan hanya membiarkan lelaki lain mengganggunya???

Kenapa menunjukkan perempuan ini mudah diperas ugut? Sedangkan dia sendiri boleh membuat laporan polis apabila diugut. Malah boleh membuat dakwaan kerana hampir dirogol sebelum itu.

Kenapa menunjukkan perempuan ini begitu berahsia tanpa mahu berkongsi masalahnya dengan orang lain dan sanggup menjadi mangsa????

Kenapa menunjukkan perempuan ini sanggup mengikut kehendak lelaki lain dan membelakangkan suaminya?

Kenapa menunjukkan perempuan ini mudah bersyak wasangka dan meroyan apabila melihat suaminya bersama perempuan lain, tetapi dia sendiri pernah keluar dengan lelaki lain ketika out station? Malah hanya pasrah keluar lunch setiap hari dengan lelaki lain.....

Kenapa si suami pula hanya pasrah sahaja tanpa berusaha untuk memberitahu perkara sebenar????

Moral of the stories:
1. The importance of communication in marriage.
2. Cubalah tunjuk cerita wanita yang berhati kental dan tidak mudah menyerah
3. JANGAN TENGOK CERITA YG MENGARUT DAN MENYAKITKAN HATI

No comments:

Post a Comment