Dulu semasa sekolah, kita dimaklumkan bahawa Malaysia bebas dari dilanda gempa bumi kerana kedudukannya di luar lingkaran api pasifik. Namun siapa yang menyangka tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita daerah Ranau dilanda gempa bumi ukuran 6.0 skala ritcher pada 5 jun 2015 yang menyebabkan 16 kematian dan dua orang dikategorikan hilang. Takziah kepada ahli keluarga mangsa dan syabas diucapkan kepada Malim gunung dan anggota SAR yang bertungkus lumus menjalankan misi menyelamat.
Memang tidak dinafikan, adakalanya di beberapa tempat di dalam Malaysia juga merasa gegaran kesan dari gempa di negara jiran. Kalau tidak silap pada tahun 2004 ketika berkursus di Pulau Langkawi, saya merasakan bangunan seperti bergoyang beberapa saat. Tetapi saya hanya abaikan sahaja kerana merasakan saya pening kerana kepenatan. Rupa2nya rakan sekursus juga mengalaminya. Cuak ada, lawak pun ada apabila melihat rakan sekursus panik nak melarikan diri....Pada malamnya barulah kami mendapat tahu bahawa apa yang kami alami adalah kesan dari gempa bumi di Sumatera.
Dua tahun kebelakangan ini pelbagai musibah yang melanda negara kita. Bermula dengan musim kemarau, diikuti pula dengan kehilangan misteri pesawat MH370 pada 8 Mac 2014 dan pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada julai 2014. Kemudian negara dikejutkan pula dengan puting beliung yang melanda utara tanah air dan seterusnya banjir besar di pantai timur pada hujung tahun 2014 hingga awal tahun 2015. Dan sekali lagi kita dengar berita yang menggemparkan....gempa bumi di Sabah. InsyaAllah ada hikmah disebalik musibah dan semoga Malaysia dilindungi...
No comments:
Post a Comment