Wednesday, October 25, 2017

Urus sendiri Part 11:Tak kenal dan dobi

Sometimes pelik la
Bila kita tahu orang kenal kita
Tapi sikit pun tak salam dan tegur kita
Hanya maknya je yg bersalam dan berurusan
Fikir positif dia lupa
😅😅😅
Yelah tu walaupun baru 4 bulan kan

Sometimes pelik la
Kita dah beri diskaun
Kita dah lanjutkan masa
Atas dasar datang jauh dan connection kami
Tetapi tiada pun ucapan terima kasih

Sometimes pelik la
Kita dah pesan nak letak kunci macam mana
Atas dasar nak mudahkan urusan dia
Tetapi tiada pun makluman apabila urusan dah selesai

Around 3pm
Kita pun pi check
Alhamdulillah semua ok
Luckily mereka pembersih
Buat apa yg patut
Macam housekeeping pulak 😅😅😅
Penat tau
Pi ofis dulu

Lewat petang pi dobi
Dik...nak bisnes elok2 la
Bisnes nak lamakan
Bukan setakat setahun dua
Kami ni pelanggan
Kami bayar
Setiap kali datang tak kurang RM20
Bukan minta ihsan you pun
Tak kisahlah kami datang hari-hari pun
Rezeki you kan
Pelanggan masuk, senyumlah
Janganlah buat muka kelat
Pelanggan tanya, jawablah
Janganlah buat acuh tak acuh
Kalau I mampu confirm I buat sendiri
Beli mesin basuh yg boleh cuci toto/comforter
Dan juga dryer...
You see...you bakal hilang customer
Eh udah macam pantun 3 kerat
😂😂😂


No comments:

Post a Comment