Showing posts with label olympic. Show all posts
Showing posts with label olympic. Show all posts

Friday, August 19, 2016

Jantung juga yg disebut...

Pi check Facebook
Berapa ramai yg statusnya
Sakit jantung!!!
Jantungku dup dap dup dap
Nak tercabut jantung
Luruh jantung
Owh...ada satu lagi baru jumpa
Lemah jantung 😅😅😅
Shuib pulak kata pecah jantung

Kalau whatsapp dengan kawan
Aku stress
Aku tak tenang
Kejap duduk kejap baring
My heart pounding really fast

Habis sebungkus chip dan a can of softdrink
Mulut tak putus berdoa di saat2 akhir...

Akhirnya
Yeay....Lee Chong Wei and his fighting spirit


Sense of gratitude....


Syukur Alhamdulillah


Update at 5.12pm
Cant believe that SK posted this photo in FB.
Eh!!! Ada orang ambil my pic kah?
Luckily masa lain 😅😅😅.
Tu la....jgn sangka buruk....
Tak sangka pula ada org lain nk capture this moment too 😂😂😂😂







Diving and Pinching

Angkat tangan siapa yg tonton acara terjun 10m platform awal pagi ni bermula 3am.

Kita patut berbangga Pandelela dan Nur Dabitah berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir, walaupun gagal meraih pingat dalam acara ini. Harus diingat pencapaian peserta lain amat tinggi, konsisten melebihi 80 mata, malah mengejutkan ada yang melebihi 90 mata.

Pasti ramai yang kagum dengan aksi terjunan Dabitah dan terhibur dengan aksinya yang mencuit hati dan ceria.





Tengok tu kan kena cubit dengan coach.


She is very young and the 9th position in olympic is just a starting point and a good experience for her.

Pandelela juga menunjukkan semangat juang yg tinggi walaupun badan, bahu, tangan dan kakinya dipenuhi dengan tampalan plaster. Dia pun telah memberikan yg terbaik walaupun mengalami kecederaan dan mengakui kepenatan. Yelah...awatlah kita nk bising jika dia gagal mempertahankan pingat gangsa yg dimenangi 4 tahun lepas...Bukankah dia telah menyumbang pingat perak untuk olympic Rio 2016.




Thank you and congratulations to both of them.

Udah lah tu beri komentar mengalahkan pengulas sukan....
Tak reti2 nak siapkan bahan meeting...
Eh..pot pet...pot pet.....dah 4.50am.




Thursday, August 18, 2016

Terjun pagi buta

Giler ke hapa ....
Nak terjun air sesejuk ni..
Ni dah 4.42 am
Ya pagi buta ....18 ogos 2016

Oppssss 😀😀😀😀
Kat sana tu 5.42 pm
Baru petang...17 ogos 2016..
So tang mana sejuknya ...
Summer pulak

Apalah merepek meraban...
Kalau sejuk gedi pun...
Takkan idok ade heater

Whatever...
Di ketika ini
Two Malaysian are qualified for 10m diving platform
And definitely in top 10
Lets pray for them....
Go..go...pandelela and dabitah


Not sure when is the semi final.
Hope this time I wont miss it...
Last nite dok menunggu badminton ...
Sedar2 dah 3.30 am
Cepat2 surfed the internet
A bit dissapointed...
But should be grateful 
As supportive Malaysian we should celebrate it and appreciate all the players hardwork and sacrifice 💪💪💪
The underdog won silver medal
Olympic you..
Jangan byk bunyi if we never contribute or fight for our country!!!

Jomlah pi segarkan diri...
Sekali sekala kena air...



Monday, August 6, 2012

Mari mari Marinara

Teringin sangat nak makan buttered marinara. Semasa gathering unit kami haritu, philipino hmate ada buat, tapi tak puas makan...So tanya dia recipenya: tumiskan garlic bebanyak dalam melted butter, curah marinara mix, garam dan Thai sweet chili sauce. So on 3/8/2012, aku buat sendirilah. Aku curah sos lingam je hehehe...tapi terlebih butter, maka berlinang-linanglah minyaknya


Licin je aku makan hahhaha. Macam2 ada =calamari, prawns, mussels, salmon and fish fillets.

Note:
Marinara=(in Italian cooking) A sauce made from tomatoes, onions, and herbs, served esp. with pasta. Meaning no seafoodlah kan
But Australiaan Marinara=seafood hehehe....... very confusing ek...
Tapi logic gak Marine~Marinara hahaha

Sebelum tu on 31/7 aku masak menu sihat lagi sedap~steamed mullet


Curahkan/salut ikan dengan kicap, oyster sauce, powdered chilies, ground black pepper, powdered ginger, minced garlic dan tabur hirisan bawang besar. Then kukus 20 minit. To get crunchy veges, hanya masukkan veges di minit ke-15.

Sekian sahaja, menu mudah, cepat dan sedap...

Last nite sambil main sudoku, saya dok tunggu final badminton-Olympic 2012 live kat OZ TV takde pun. Cuba gak surf tenet kot2 ada live streaming, tapi tak jumpa pulak. Lebih kurang 11.45pm naik ke bilik... huhuhu. Rasa frust sangat..Datuk Lee Chong Wei tewas kepada Lin Dan. Kita penyokong pun rasa devastated, bayangkan perasaan dia sebagai player...Memang sebak melihat gambar dia tunduk ditenangkan oleh coach dan mukanya yang sugul selepas menerima medal. Ada hikmahnya saya tak dapat tonton or else boleh sakit jantung or gundah gulana beberapa hari. Tu pun bila dok cari material-ebook untuk menokoktambah my thesis writing, macam takde mood je nak baca. Jika melihat status rakan FB dan entri di blog, memang terdapat ibu2 yang sedih melihat LCW kalah, tapi lebih sedih bila melihat anak2 mereka menangis sukar menerima kekalahan LCW. Yup he lose, but with dignity...We really proud of his fighting spirit in that battle. He is a true fighter. He not only physically strong but mentally strong too facing his long time rival as well as putting aside his family problem. No matter what, we always support you DLCW, our Malaysian hero :).......

Pagi tadi gigih tu...6.50am menanti 100m men running event. Pelik jugak ya, maksudnya di London masih ada acara at 9.50pm. Acara lari malam2 buta hish...Kurasakan Blake akan menang, tapi ku tetap berharap Bolt menang. Yeay....the lightning BOLT strikes the gold  :)...........Sedih pulak tengok, Powell keciwa....

Baru semalam aku noticed, pemenang dapat medal dan bunga je. Tu yang terpikir kenapalah tak dapat patung Mascot...Tapi apakah mascotnya? Semasa Bolt berlari2 ke arah penonton, barulah ku perasan Mascot Olympic London..MATA SATU? Bukan hanya tidak comel malah menakutkan....